CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241158|Reply: 2486

All About Neelofa Part 2 : Kembali Ke Lokasi Pilot Cafe

 Close [Copy link]
Post time 27-3-2013 12:51 AM | Show all posts |Read mode
SHARMEER = Sharmila (Lofa) dan Ameer Reza (Fahrin Ahmad)

Filem yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Osman Ali yang baru sahaja menjalani penggambaran bermula pertengahan bulan ini menampilkan pelakon baru yang berbakat seperti Izara Aishah  dan juga Neelofa merupakan filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah berjudul “Pilot Cafe”.
Mereka digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri iaitu Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof.
Untuk mereka yang kurang pasti, Neelofa memegang watak sebagai Sharmila manakala Izara Aishah sebagai Maya yang akhirnya jatuh cinta pada seorang lelaki yang sama iaitu Fahrin Ahmad (Ameer).
Banyak lagi insiden manis dan romantik bakal terjadi di dalam filem ini yang pasti akan menjadi satu lagi filem pecah panggung seperti “Ombak Rindu” dan juga “Lagenda Budak Setan”.
credit : rotikaya.com

Wajah Neelofa sebagai Sharmila. Pramugari muda yang terlanjur kerana cinta dan hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Ameer Reza (Fahrin Ahmad)





Bau harum itu sudah biasa dihidunya. Dia kenal dengan pewangi Lauren yang sememangnya dia gemari. Baginya, wanita yang memakainya ada semacam satu tarikan. Matanya menoleh untuk menatap gerangan wanita yang memakainya. Dia melihat sekilas. Cantik! Matanya terpaku. Otaknya ligat berputar memberi huraian tentang wajah yang sedang ditatapnya penuh asyik. Memang dari dulu lagi, mata helangnya amat gemar merenung wajah-wajah jelita. Asal yang ada rupa takkan pernah terlepas dari santapan matanya.

Dia cuba mengagak umur gadis itu. Masih muda. Lepasan sekolah. Paling tinggi umurnya 20 tahun. Jelita! Mestilah! Kalau tak, mana bolej jadi pramugari. Alah, biasalah tu. dah bertahun-tahun kerja menjadi penapis pramugari baru. Mana yang jambu, akan dipancingnya. Memang itu pun kerja di dan Harris. Hm, nampaknya itu rezeki aku. Harap-harap jalang sekor tu belum tau lagi. Matanya terus memacak ke arah kumpulan pramugari yang menanti di bilik khas itu sebelum berlepas ke destinasi.Harap-harap biar dia dalam flight aku! Eh, tak mungkin! Mesti dia domestik sebab dia budak baru! So? Dia rapatkan kedudukannya. Semakin harum bau lauren menerjah hidungnya. Dia semakin geram kerana gadis itu masih belum menoleh. Tak kan dari tadi tak perasan? Dia membelek jam. Dia tak mahu perlakuannya menimbulkan prasangka. Apa pula pilot buat di sini? Dia perlu berlagak macho. Tak mahu di anggap murahan. Namun, hatinya meronta-ronta untuk menatap wajah itu semahunya. Matanya tak bergerak....

Sewaktu dia sedang asyik merenung, gadis itu akhirnya berpaling ke arahnya. Mata bertentang mata. Terus dadanya berdebaran. Dia kagum. Indah sungguh ciptaan Tuhan! Walaupun ini bukan kali pertama dia meratah wajah jelita, tetapi yang ini semacam ada kelainan. Tarikan yang hebat!  Nak kata terlalu jelita, biasa saja. Cantik? Memang pun.! Cute? Pun iya! Jambu? Iyalah! Ternyata gadis yang direnung itu mempunyai wajah sejuta rasa. Sukar untuk dihuraikannya. Yang pasti, wajah itu unik dan menarik. Dia yakin, gadis itu berbangsa melayu seratus-peratus. Tapi, nak kata pure wajah melayu, tak juga. Bukan 100%. Wajah cina? Ada tapi tak 100%. Arab? Tak juga! Serani? Ada sikit-sikit tapi tak sepenuhnya. Macam hindustan? Boleh juga nak dikaitkan tapi, tak pulak! Pelik! Wajahnya unik. Sukar untuk ditentukan bangsanya. Kacukan? Memanglah kacukan! Tapi kacukan apa? Kulitnya tak lah putih merah atau kuning langsat. Nak kata cerah macam cina, tak juga! Tanned? Boleh dikatakan iya, tapi tak juga!Nak kata gelap macam India, langsunglah tidak. Gadis itu dikategorikan berkulit cerah. Tapi tak pula putih melepak macam kulit cina. Sawo matang? Bukan.! Yang nyata kulitnya semacam kebasahan. Kelihatan lembab! Moist! Rasa macam nak sentuh! Sangat menawan. Rasa seperti sedang menghadap sesuatu yang lazat tatkala perut lapar memuncak. Matanya semakin dikecilkan dan ditenungnya kulit gadis itu yang....

Dia sendiri tak tahu menghuraikan jenisnya! Kulit itu kelihatan sungguh lembab dan menggiurkan bagai diselaputi losen. Tapi, rasanya itu kelembapan semulajadi. Bukan disebabkan losen. Macam melekit pun iya. Macam ada gula. Gula? Macam disapu madu! Hmm..yang..macam madu? Madu? Matanya dikecilkan. Yes, lebih kurang macam madu. Dia menjilat bibir. Warna keemasan madu. Lembab melekit dan menawan bagai madu. Entahlah! Tapi bagi aku kulit dia memang macam madu.

Wajahnya juga menawan. Hidungnya tak semancung Arab, tapi cukup lawa dengan raut seadanya. Rambutnya lebat, hitam berkilat dan cantik3terletak di paras bahu. Bibirnya lembab! Aduh! Pengsan! Bertubuh tinggi lampai dan kakinya panjang lepas. Bagai penampilan model antarabangsa. Mataya melonglaikan iman. Dia bertekad untuk menawan gadis ini!

I must get her!



"Sharmila"
Dia menoleh. Dia perasan akan wajah itu. Sememangnya dia amat cam akan wajah itu. Wajah itulah yang telah mengganggu fikirannya sepanjang hari itu. Malah, sewaktu di dalam penerbangan sebentar tadi pun, dia sering terbayangkan wajah kacak itu.
" Do you mind if I.."
" Er..maaf Kapten, van sedang..."
"Tak apa! Hari ni saya hantar!"
"Tapi..." Suaranya hilang. Dia rasa gementar berdepan dengan lelaki kacak ini, Kegugupan mula bermaharajalela di dalam dirinya. Tak tau kenapa? Dia keu direnung lelaki itu. Sememangnya semenjak tadi lagi dia perasan akan mata tajam lelaki ini. Dia dapat merasakan betapa tajam renungan itu. Dia pura-pura tidak perasan sedangkan jiwanya bergedolakan. Perasaannya mula berubah. Ada sesuatu yang aneh terbit di dalam dirinya. Sesuatu yang ganjil. Sesuatu yang tidak pernah dialami atau dirasai sebelum ini. Adakah ini dinamakan jatuh cinta pandang pertama? Entahlah. Kalau iya, ini bermakna dia telah jatuh cinta. Betul ke? Dia tidak pasti. Namun...dia rasa dia dah pun jatuh cinta.

Melalui uniform yang dipakai, dia tahu lelaki kacak itu seorang pilot. Dia mencuri baca tag dan terlisan tulisan : Ameer Reeza.
"Sharmila!"
Dia tak terkejut apabila sekali lagi lelaki itu memanggil namanya, kerana dia juga pasti lelaki itu tahu melalui tagnya.
"Don't worry. Van tu tkakkan tunggu lama. Lagipun I kan ada untuk hantar u balik. Come!"
Dia tak tahu, tak sedar, sesungguhnya langsung tak perasan bila lelaki kacak itu menarik tangannya. Cuma, dia tahu, saat ini jari-jemarinya mula dibasahi peluh apabila merasakan genggaman erat jemari lelaki kacak itu.....


















Sharmila bersama Dr Khaleed yang juga suaminya yang sudi mengambil dia sebagai isteri. Dr Khaleed merupakan lelaki kedua yang Sharmila cintai selepas Ameer Reza.


















Last edited by shachihata33 on 26-4-2013 12:21 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2013 12:52 AM | Show all posts
Nota cinta Sharmila buat suaminya, Dr Khaleed









Ingin baiki mutu lakonan

Belum pun lakonan pertamanya dalam filem Azura 2012 dipertontonkan kepada umum awal Februari tahun lalu, nama Neelofa, 24, sudah menjadi sebutan dan banyak tawaran diterima sama ada filem mahu pun drama.

Antaranya drama Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta serta Kau Yang Terindah manakala filem, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko. Lofa juga menjadi pilihan menjadi pengacara Nona digandingkan dengan Fara Fauzana.

Waktu sama, Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa turut menjadi perhatian kerana kontroversi. Selain kisah cintanya dengan pelakon dan produser Hans Isaac, isu dengan Anzalna juga paling mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Lofa mengakui, dia tidak memiliki pengetahuan dalam bidang lakonan pada saat melangkah masuk ke dunia seni. Katanya, sebagai pelakon, masih banyak kekurangan pada dirinya.


“Saya bukan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang mempunyai pengetahuan kukuh membabitkan dunia lakonan mahupun Komunikasi Massa. Sudah tentu banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum benar-benar boleh menyatakan saya bagus.


“Itu sebabnya saya pernah meminta kelab peminat Lofers tidak mengundi saya untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) dalam satu sesi dialog sempena majlis kejutan sambutan ulang tahun hari jadi saya, baru-baru ini.

“Bagi saya, ada calon lain yang turut disenaraikan dalam kategori itu jauh lebih layak diangkat sebagai pemenang. Saya menilai diri sendiri menerusi karya yang saya pernah bintangi. Setiap kali melihat aksi saya dalam drama dan filem, saya berasakan banyak perkara boleh diperbaiki lagi.

“Memang tidak dinafikan ada yang bagus tetapi jumlahnya terlalu kecil,” katanya yang mencatat sejarah peribadi apabila dicalonkan untuk tiga kategori dalam majlis bakal berlangsung 7 April depan.

Untuk Pelakon TV Wanita Popular, Lofa bersaing dengan Fasha Sandha, Izara Aishah, Nabila Huda dan Siti Saleha manakala untuk Pelakon Filem Wanita Popular berentap dengan Lisa Surihani, Maya Karin, Nora Danish dan Yana Samsudin.

Lofa turut dicalonkan untuk Pengacara TV Wanita Popular bersama Adibah Noor, Didie Alias, Fara Fauzana dan Sharifah Shahira. Tahun lalu, Lofa dicalonkan untuk Artis Baru Wanita Popular yang dimenangi Tasha Shilla.

Tambah Lofa, kenyataannya juga berdasarkan maklum balas diterima daripada umum kerana penonton sekarang bijak menilai bakat, tidak seperti dulu kerana pendedahan yang diterima.

“Sebelum ini kita lihat ramai pelakon macam kayu sewaktu saat kemunculannya tetapi membuktikan mereka bagus sehingga boleh menang anugerah pelakon terbaik. Bagaimanapun, kejayaan diraih bukan dengan sekelip mata.

“Saya melihat laluan saya dalam bidang lakonan juga begitu. Peningkatan ditunjukkan pelakon sebegini sebenarnya mengajar penonton kita untuk menilai bakat seseorang,” katanya.

Peluang Lofa untuk menimba ilmu di lokasi terbuka apabila membintangi filem Pilot Cafe arahan Osman Ali kerana pelakon dan pengarah pengalaman, Ellie Suriaty bertindak sebagai pelatih lakonan filem itu.

Selepas latihan lapan hari, pelakon asal Pasir Mas, Kelantan ini sungguh bersemangat. Katanya, sepanjang tempoh pembelajaran, pelbagai perkara baru dapat dipelajari.

“Pada hari pertama, saya gementar untuk berdepan Ellie. Saya takut dan memikirkan dia akan bersikap tegas dengan saya. Sebaik hari pertama bermula, apa yang bermain di kepala saya ternyata meleset. Ellie mengajar dalam suasana santai dan memberi banyak ilmu.

“Bayangkan sekarang, setiap hari saya menanti waktu untuk mengikuti sesi latihan bersamanya. Kelas bermula dari jam dua petang hingga lapan malam. Enam jam berlalu tidak terasa. Saya sangat seronok sepanjang sesi latihan dijalankan,” katanya.

Jelas Lofa, dia kini sangat memahami bagaimana untuk melihat sesuatu skrip, perwatakan dan hendak korek latar karakter dan interpretasi.

Setiap kali selesai sesi latihan, segala tunjuk ajar diberikan Ellie akan terngiang-ngiang dalam kepala sehingga Lofa terfikir jika tunjuk ajar ini diperoleh sebelum penggambaran Azura, pasti corak persembahannya berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam Azura.

“Sekarang saya tidak sabar-sabar hendak menjalani penggambaran Pilot Cafe bagi melihat bagaimana keadaannya jika segala tunjuk ajar diberikan itu diaplikasikan,” katanya.

Dalam filem Pilot Cafe yang diadaptasi dari novel popular karya Ahadiat Akashah, Lofa memegang watak Sharmila. Filem terbitan Tarantella Pictures yang pernah menghasilkan Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu ini turut dijayakan Fahrin Ahmad dan Izara Aisyah. Ia mengisahkan percintaan dua wanita.


Bukan publisiti untuk filem

Hubungan cinta di antara Lofa dengan Hans terus menjadi tanda tanya. Sebelum ini Lofa pernah menjelaskan hubungan yang terjalin tidak lebih seperti rakan karib.

Walaupun membabitkan soal hati dan perasaan, tiada perkara yang mengikat mereka berdua sehingga memberi pilihan untuk mereka bersikap lebih terbuka.

Sebaik menyatakan perkara itu, Hans pula kebelakangan ini dilihat lebih senang untuk membicarakan hubungannya dengan Lofa secara terbuka, berbeza sebelum ini lebih banyak mendiamkan diri dan enggan mengulas banyak apabila ditanya mengenai Lofa.

Kebetulan filem terbaru lakonan mereka, Lemak Kampung Santan bakal menemui peminat. Adakah ini sebahagian daripada strategi untuk mereka menghangatkan karya terbaru terbitan Tall Order Sdn Bhd apabila ditayangkan di pawagam kelak?

Bercerita perihal itu, Lofa berkata, filem Lemak Kampung Santan hanya akan didaftarkan bagi mendapatkan tarikh tayangan selepas Lawak Ke Der? habis tayangan.

Bagaimanapun, ada beberapa sesi promosi awal dibuat di mana pasangan ini akan menjayakan rakaman klip video runut bunyi filem itu yang didendangkan Black.

“Sebenarnya, sebelum ini terlalu banyak kenyataan disiarkan media membabitkan hubungan kami, menyebabkan ada rakan sekeliling Hans, termasuk mereka di dalam industri, bertanya. Apabila banyak kenyataan disiarkan dan banyak juga benda yang keluar dari mulutnya.

“Hans pernah menegur saya membabitkan perkara ini dengan menegaskan supaya saya tidak terus-menerus memberi komen mengenainya apabila ditanya. Ia sudah keterlaluan.

“Kalau boleh, dia tidak mahu lagi membaca kenyataan terbaru mengenai hubungan kami di media. Memikirkan tegurannya, saya perlu menghormati permintaannya,” katanya.

Yang pasti, jelas Lofa, kenyataan diberi bukan niat mahu mempromosikan filem Lemak Kampung Santan kerana tegasnya, Hans sudah menjelaskan sebaik mungkin tidak mahu mengaitkan isu ini dengan filem bakal ditayangkan.

“Kami sudah lama kenal dan saya tahu dia bagaimana. Sebelum ini pun dia tegaskan bukan cerita atau gosip yang bakal menaikkan sesebuah filem, sebaliknya bagaimana cara ia dipasarkan atau dipromosikan. Itu perkara paling penting dalam perniagaan seperti ini (pemasaran filem),” katanya.

Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari pada Oktober 2011, diarahkan dan diterbitkan Hans. Ia turut dijayakan Awie, Khir Rahman dan Adlin Aman Ramlie.


FAKTA:

Nama sebenar: Noor Neelofa Mohd Noor
Tarikh Lahir: 10 Februari 1989
Tempat Lahir: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Anak ketiga daripada sembilan beradik
Gelaran: Juara Dewi Remaja 2010

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor


Lofa dan Hans mula digosipkan selepas menjayakan filem Lemak Kampung Santan akhir 2011


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:08 AM | Show all posts
tgh gigih baca blk novel pilot cafe ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 01:10 AM | Show all posts
@angsaemas uolss cakap internet lembab, uolss nak tido. tak larat nak rempit pg 100. alih2 uolss jd org last sblm momod kunci
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 01:11 AM | Show all posts
flarengirl posted on 27-3-2013 01:08 AM
tgh gigih baca blk novel pilot cafe ni...

uolss baca novel lama atau beli yg baru??
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 01:13 AM | Show all posts
shachihata33 posted on 27-3-2013 01:10 AM
@angsaemas uolss cakap internet lembab, uolss nak tido. tak larat nak rempit pg 100. alih2 uolss jd  ...

ALA, ingat aku yg the last person xsangke plak @angsaemas yg jd penutup ye.. weyh, dahla,, besok baru sambung..good nite.. jgn lupe tgok keek lofa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2013 01:23 AM | Show all posts
Wahhhhh x sangka aku terrr double post terus jd last..kahkah.
Btw @shachihata33 noks cantik mukadimah uols..nak msuk pun semangat.MeleTOP
aku check in..esok sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 01:53 AM | Show all posts


amik dr rumah fake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 02:01 AM | Show all posts

nah utk korang cuci2 mata





Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:03 AM | Show all posts

hiyaaaahhh




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:04 AM | Show all posts





kredit to- fB najeeb make up retis
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 06:00 AM | Show all posts
ketet lofa kejap kecik kejap besar.bra kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 06:12 AM | Show all posts
ok tp cite pilot cafe ni mcm x logik skit la.kalau dah playboy si pilot tu and dah byk main sana sini xkan xreti control
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:42 AM | Show all posts
ensemnya fahrin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 07:45 AM | Show all posts
red_devilgiggs posted on 27-3-2013 06:12 AM
ok tp cite pilot cafe ni mcm x logik skit la.kalau dah playboy si pilot tu and dah byk main sana sin ...

ermm lojik gak soalan uolss
tp sebenarnya mungkin dia jenis x kisah pun kalau terlajak. sbb sebelum2 ni dia akan kasi perempuan2 lain duit untuk cuci kandungan tu. sbb tu dia relax je masa sham bgtau yg dia preggy. esoknya dia nak bawa sham ke klinik buat D&C, tp sham dah pindah dan hilangkan diri terus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:52 AM | Show all posts
Good morning!!!! Ape idea nk gosip about sharmeer ni ye?? ..Hehe , well  hari ni dorg shoot same2 tak???? Ke dah shoot utk maya n ameer plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 07:54 AM | Show all posts
red_devilgiggs posted on 27-3-2013 06:12 AM
ok tp cite pilot cafe ni mcm x logik skit la.kalau dah playboy si pilot tu and dah byk main sana sin ...

A'ah ble terpkir blik mmg agk xlojik pon.... Tak kn kne HIV plak klu asik tkar2 pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:56 AM | Show all posts
Lopa ni mmg gila2..
Agak2 mcm ni dia di sekolah dulu
Tak der nya nk control ayu...tp jgn over sgt..lg muda ni ok la
dah berumur sok lusa pandai2 lah reserve ckit.baru terserlah kewanitaan gitew
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:57 AM | Show all posts
Asal lopa upload gambr MeleTOP smlm erk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:57 AM | Show all posts
murasaki posted on 27-3-2013 02:03 AM
hiyaaaahhh

keciknya pinggang.

ai lebih suka lofa dgn keith foo dr pahren. maaf.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.207381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list