Denpasar: Sebuah mahkamah menolak rayuan seorang nenek warga Britain yang dihukum mati kerana menyeludup kokain ke Bali. Jurucakap Mahkamah Tinggi Bali berkata, hakim mengekalkan hukuman mati ke atas Lindsay Sandiford , 56, yang diputuskan Januari lalu.
“Hakim mendapati keputusan asal Mahkamah Daerah Denpasar tepat dan benar.
“Lindsay akan dimaklumkan mengenai keputusan itu secepat mungkin,” katanya. Siasatan polis mendapati, Lindsay menjadi ketua rangkaian penyeludupan dadah yang turut membabitkan tiga lagi warga Britain.
Lindsay diberkas selepas polis menemui dadah bernilai RM7.35 juta dalam beg pakaiannya selepas tiba di lapangan terbang dari Bangkok pada Mei tahun lalu. - AFP
|