CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 4

elak jangkitan tb

[Copy link]
Post time 16-4-2013 09:33 AM | Show all posts |Read mode
DAPATKAN rawatan segera jika batuk berpanjangan lebih sebulan ditambah pula dengan kahak berdarah. Anda mungkin dijangkiti penyakit kronik berpanjangan iaitu batuk kering atau tuberkulosis yang sering dipanggil tibi.

Pakar Perubatan Pusat Perubatan Kelana Jaya Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru.

Bagaimanapun bakteria ini juga mampu menyerang sistem saraf tunjang, sistem kelenjar, sistem peredaran darah dan tulang.

Penyakit tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini antara tahun 1945 hingga 1957.

Dr. Malik berkata, tibi biasanya berjangkit melalui titisan cecair daripada orang yang telah dijangkiti seperti bersin, batuk atau bercakap.

"Titisan cecair yang terapung lebih kurang empat jam boleh menjangkiti mereka yang terhidu," katanya semasa ditemui di pejabatnya.

Dianggarkan satu pertiga populasi dunia mempunyai bakteria tibi di dalam badan mereka tetapi tidak merbahaya dan menonjol.

Bakteria tibi boleh hidup diam di dalam badan dan kemungkinan besar tidak menyebabkan masalah kesihatan kecuali dalam keadaan yang sesuai.

Dr. Malik berkata, biasanya dalam keadaan imunisasi badan yang rendah seperti demam disebabkan virus, bakteria tibi akan muncul.

Pesakit diabetes yang tidak mengawal kandungan gula dalam darah menyebabkan imunisasi badan rendah boleh menyebabkan bakteria tibi menonjolkan diri.

Selain itu pesakit HIV dengan imunisasi badan rendah, mudah dijangkiti dengan bakteria tibi.

"Dianggarkan satu perempat pesakit HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tibi," katanya.

Biasanya penyakit tibi mudah tersebar di kawasan penempatan yang sesak dan sempit, kurang bersih, kurang nutrisi terutama di kawasan dengan sosio ekonomi yang rendah.

Pesakit tibi boleh didiagnos menggunakan sinar-X, ujian kahak berdarah dan ujian mantoux.

Dr. Malik berkata, dianggarkan terdapat sembilan juta pesakit tibi di seluruh dunia setiap tahun.

"Kita boleh mengawal penyakit tibi dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makanan bergizi dan memakai topeng muka apabila berhadapan dengan pesakit tibi," katanya.

Ditanya sama ada tibi boleh sembuh, Dr. Malik berkata, kebanyakan pesakit tibi boleh sembuh dengan mengambil ubat selama enam bulan tanpa henti.

Bagaimanapun terdapat bakteria tibi yang resistan atau kebal terhadap ubatan biasa seperti multidrug resistance TB (MDRTB) yang memerlukan pesakit mengambil ubat selama dua tahun.

Terdapat juga MDRTB berubah kepada extreme drug resistance TB (XDRTB) di mana semua ubatan tidak lagi berkesan.

"Biasanya tibi biasa boleh berubah kepada MDRTB dan XDRTB apabila bakteria menjadi lebih kebal sebab tidak mengambil ubat secara berterusan atau secara semulajadi," katanya.

Kaedah terbaik untuk menghalang jangkitan tibi adalah dengan suntikan imunisasi BCG bagaimanapun ia tidak melindungi sepenuhnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering.

Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk.

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 09:10 PM | Show all posts
akak saya telah disahkan mengidap penyakit TB.badan dia dah kurus kering.sekarang ni makan ubat kat hospital setiap hari.
dah masuk sebulan.

Nak tanya, ada tak sesiapa yang boleh bagi pendapat.sekarang ni kakak saya loya2 dan hilang selera makan.kalau makan, mesti rasa nak muntah tapi tak muntah.kesian dia.kalau keadaan ini berterusan, takut badan dia tak tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 12:31 PM | Show all posts
aku penah kene tb awal thun 2011...simptom batuk 3 minggu, badan berpeluh, kahak berdarah (x pegi lg hospital) dan yg terhebat skali batuk darah 2 cawan + hisap rokok (baru g hospital)...ubat tb tu mmng ade kesan sampingan mcm loya, muntah, pening kepala...6 bulan makan ubat...giler pale...jangan miss ubat tb dn ikut arahan doktor sbb kuman tibi bleh kebal dngan ubat tb...kalo dah kebal mmng kene guna ubat yg lg powerful + bertoksid...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pnyakit tb atau dikenali mycobacterium tuberculosis.simptom batuk berterusan lebih 2 minggu.hilang selera mkn.hilang berat badan secara mendadak.demam dan brpeluh diwaktu mlm.kahak berdarah..pnyakit ni jugak adalah air bone disease @ pnyakit bawaan udara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:45 PM | Show all posts
Salam..

utk makluman sbnrnye tb bkn shj blh menjangkiti paru2 malah tb ade byk jenis spt tb tulang, tb kelenjar dll. mcm sy, thn lps bln 10 doc diagnos tb gut (usus). tb jns ni agak rare. xtaula cemane leh kene.. tp based on study rsnye cos sy ade handle international student n sy mmg byk pg plkn and so on. possibility lain maybe sbb ceaserean dulu.. skang dh msk 8 bln dgn ubat tb. xsabo rs nak hbss..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040938 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list