CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 2

Filipina gagal kurang kadar kemiskinan

[Copy link]
Post time 24-4-2013 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Manila: Filipina gagal mencapai kemajuan untuk mengurangkan kemiskinan yang berleluasa apabila lebih seorang daripada empat rakyatnya adalah miskin, walaupun ekonomi negara itu semakin berkembang, menurut angka bancian dikeluarkan semalam.
Kadar kemiskinan 27.9 peratus dicatat pada Julai 2012 tidak berubah berbanding data pada 2006 dan 2009, menurut Lembaga Koordinasi Statistik Nasional. Rakyat Filipina yang terpaksa hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$0.62 sen (RM1.89) sehari dianggap miskin berdasarkan statistik kerajaan. Setiausaha Perancangan Ekonomi, Arsenio Balisacan berkata, pengangguran di kawasan luar bandar, masalah keselamatan di wilayah yang berdepan golongan pemisah dan ketua pemimpin tempatan serta kejatuhan harga beberapa barangan komoditi seperti gula menjadi alasan utama untuk dipersalahkan.

“Jika masalah guna tenaga dalam bidang pertanian dirujuk, maka pendapatan petani akan meningkat, kadar kemiskinan akan menurun dan kami tidak akan bertolak ansur mengenai isu keselamatan makanan,” katanya.


Negara yang dihuni 100 juta orang itu mencatat 6.6 peratus pertumbuhan ekonomi tahun lalu dan tahun ini ia memperoleh kadar gred pelaburan yang pertama daripada Fitch Ratings. Bagaimanapun, kadar pengangguran pada Januari tahun ini mencatat 7.1 peratus, dengan 20.9 peratus lagi adalah guna tenaga tidak penuh atau bekerja kurang daripada 40 jam seminggu.

41.8 peratus daripada guna tenaga tidak penuh adalah dari sektor pertanian.

Pakar Ekonomi Kanan untuk Bank Pembangunan Asia yang beribu pejabat di Manila, Norio Usui berkata, kerajaan perlu menyelesaikan masalah pertumbuhan pengangguran jika ia berharap mengurangkan kemiskinan.

“Saya tidak terkejut langsung. Faedah pertumbuhan ekonomi yang kukuh tidak merebak kepada rakyat kerana mereka tetap tidak mendapat kerja,” katanya. Menurutnya, model ekonomi Filipina bergantung kepada penggunaan, kiriman wang daripada sumber tenaganya di luar negara dan industri luarnya yang mengambil pekerja berpendidikan tinggi. - Inquirer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 01:45 PM | Show all posts
Kurang kebolehan mentadbir negara dan rasuah menyusahkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:36 PM | Show all posts
ramai yg miskin rupanya.. ptt laaa kiram karam tuh semangat nak amik sabah...  jln mudah utk senang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045173 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list