[size=0.9em]Secara peribadi, Sha kagum dengan semangat artis ini. Bukan saja cantik dan berbakat tetapi punya semangat hidup yang tinggi. Nampak saja lemah tetapi hatinya kuat. Itu sisi positif yang Sha nampak mengenainya. [size=0.9em]Tapi baru-baru ini, ada sumber menyampaikan berita panas lagi sensasi artis ini terjebak dengan skandal. Kali ini suami selebriti popular dikaitkan dengannya. Hubungan mereka baru bermula dan kalau nak ikutkan, dia bukanlah kekasih gelap pertama tokoh korporat disegani itu. Sebelum ini, tokoh korporat itu pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon muda. Ramai terkejut kerana isterinya punya pesona hebat. Biarpun sudah bergelar ibu, isterinya masih bergetah dan laris dalam industri hiburan. Sha sendiri terkejut bila artis ini tergamak menjalin hubungan cinta dengan tokoh korporat itu walhal bukan dia tak kenal isteri kekasihnya. Sha tak faham apa lagi yang dicarinya kerana kalau ikutkan, dia sudah ada semua yang wanita idamkan. Mungkin dia belum puas dengan apa yang ada dalam genggaman dan mahukan jaminan lebih ‘selamat’. Apapun, bagi Sha adalah lebih molek jika dia berkasih dengan lelaki bujang atau duda daripada menjalin cinta secara senyap dengan suami orang. Kita tengoklah sejauh mana hubungan itu dapat bertahan. Rasanya tak lama sebab sejarah sebelum ini membuktikan tokoh korporat itu hanya mahu berseronok. Bila sudah bosan dia akan cari pasangan baru. Kasihan si isteri, setianya selama ini disia-siakan begitu saja oleh tokoh korporat itu.
heheheh nk kutip tacang jek...
|