View: 6907|Reply: 6
|
Tahukah Anda Setiap Tahun Negara Jepun Akan Diserang Obor-Obor Raksasa!
[Copy link]
|
|
Tahukah Anda Setiap Tahun Negara Jepun Akan Diserang Obor-Obor Raksasa!
Para penyelidik memberi amaran bahawa arus laut boleh membawa kawanan obor-obor raksasa ke Jepun, yang sebelum ini telah berhadapan dengan serangan-serangan yang serupa dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Para Penyelidik Jepun sedang memantau aktiviti obor-obor gergasi di perairan Cina yang berpotensi akan berlaku dalam masa terdekat ini. Ia boleh dikatakan sebagai bencana tahunan bagi industri perikanan di Jepun. Bilangan obor-obor gergasi ini nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan dalam pemangsa semulajadi.
Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram berada di Laut Kuning dan Timur Laut China.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilihat setakat ini, para penyelidik memberi amaran bahawa serangan Nomura obor-obor (Nemopilema nomurai, atau Echizen kurage dalam Bahasa Jepun) tahun ini boleh memberikan satu tamparan besar kepada industri perikanan Jepun.
Kaji selidik yang sedang dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University yang juga mempengerusikan satu jawatankuasa penyelidikan kerajaan yang ditugaskan dengan perkembangan teknologi untuk meramalkan dan mengawal serangan obor-obor.
Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006. Para penyelidik yang berpendapat kebanjiran populasi pada tahun-tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan 1.89 degree Fahrenheit dalam suhu di perairan China akan membuatkan keadaan yang lebih sesuai untuk pembiakan.
Kebiasaannya seekor ikan akan memakan obor-obor yang masih kecil. Ikan juga bersaing dengan obor-obor untuk mendapatkan makanan seperti zooplankton, akan tetapi dengan penangkapan ikan berlebihan, bilangan obor-obor semakin meningkat, kata penyelidik.
Antara 20 dan 24 Jun, 2009, pasukan Uye memerhatikan spesimen yang banyak ini yang berukuran 10-50 sentimeter, dan mereka mengira taburan purata 2.14 obor-obor setiap 100 meter persegi. Angka ini adalah melebihi daripada 200 kali lebih tinggi dari 0.01 obor-obor setiap 100 meter persegi yang diperhatikan di rantau yang sama pada tahun 2008.
Ia juga hampir tiga kali ganda 0.77 obor-obor setiap 100 meter persegi yang diperhatikan pada tahun 2007, semasa industri perikanan di Laut Jepun mengalami kemerosotan yang teruk.
Lebih memburukkan lagi keadaan, kawanan Nomura pada tahun ini muncul untuk mengambil laluan secara terus dan laluan selatan ke Jepun, tidak seperti pada tahun 2007 apabila obor-obor muncul untuk mengambil laluan yang lebih utara, mendekati pantai Laut Jepun dari arah Korea.
Obor-obor Nomura biasanya membiak di perairan China pada musim bunga, dan mereka matang menjadi dewasa semasa arus lautan perlahan-lahan membawa mereka ke utara. Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo. Pada saiz ini, ia hanya memerlukan kira-kira 5 atau 10 daripada mereka untuk merosakkan jaring nelayan.
Selain dari merosakkan jarring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan yang lain dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan.
Pada tahun 2005, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun. Pada kemuncak serangan pada tahun itu, obor-obor raksasa dianggarkan kira-kira 300 hingga 500 juta melalui Selat Tsushima ke dalam Laut Jepun setiap hari.
sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ultraman kan ade. boleh selamatkan negara jepun dari serangan raksasa obor2. |
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 20-5-2013 01:37 AM
ni ultraman terencat akal bro. sekali kena serang ngan raksasa obor2 terus nangis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beso giler seram ahkak dik oi hehehehehh larikkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|