CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4132|Reply: 20

[Tempatan] {7} Graduan Undang2 obersi tapi merompak kerjayanya !

[Copy link]
Post time 24-5-2013 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Bagan Serai: Walaupun dianggap pintar dan memiliki ijazah jurusan undang-undang luar negara, seorang lelaki dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kes samun  pejabat pos di Gunung Semanggol, di sini bersenjatakan pistol tiruan.


  Suspek yang berusia 46 tahun itu didakwa menggunakan alasan merompak wang kutipan pejabat pos itu sebanyak RM660 untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan.

  Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, polis menahan suspek di sebuah rumah sewa di Taman Selinsing Melati, Semanggol, di sini, pada jam 1.30 pagi Isnin lalu.




  Katanya, suspek menjadi buruan polis selepas petugas wanita pejabat pos itu membuat laporan bahawa suspek berpura-pura mahu berurusan sebelum mengacukan sepucuk pistol dan melarikan wang tunai berkenaan pada kira-kira jam 9.45 pagi, 6 Mac lalu.

  “Berdasarkan aduan, polis membuat siasatan dan hasilnya suspek berjaya ditahan bersama pistol palsu yang digunakan ketika melakukan rompakan.

  “Dalam soal siasat  suspek mengaku melakukan samun itu menggunakan sepucuk pistol tiruan dan melarikan sejumlah wang tunai daripada mangsa dengan alasan kesempitan wang  untuk membiayai pengajian anaknya di universiti tempatan.



  “Bagaimanapun, siasatan mendapati pada 2003, suspek turut terbabit dalam kes samun di Johor dan sudah menerima hukuman,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

  Mat Fauzi berkata, suspek mengaku pernah melakukan kes rompakan sama di Teluk Emas, Melaka, tahun lalu.



  “Apa yang memeranjatkan kami, selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, suspek adalah seorang graduan luar negara dan mempunyai ijazah dalam jurusan undang-undang,” katanya.

  Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau sebatan.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24


p/s ilmu dan amal tak seiring...

Last edited by tongkatwaran75 on 24-5-2013 10:10 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 08:24 AM | Show all posts
tak berbaloi rompak pejabat pos. tak smpi rm1k pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 09:58 AM | Show all posts
Sebut ttg loyer hampeh, teringat akan loyer paling malaun negara....Zulkipli Nordin
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 10:34 AM | Show all posts
Mental kot pakcik nih...tak perlu highlight ada degree oversea or local..sebab ada manusia pandai tapi tak cerdik dan ada yg cerdik taoimtak pandai
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 10:46 AM | Show all posts
annehuda posted on 24-5-2013 08:24 AM
tak berbaloi rompak pejabat pos. tak smpi rm1k pun

aku tak tau la orang ni bangsa die ape,tapi melayu buat jenayah mmg cukup2 makan..curi getah sekerap,curi motor,curi pisang orang,curi kabel
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 10:53 AM | Show all posts
anak2 dtuk kot..
masa muda senangla dpt sponsor pi oversea.

dpt degree petik jari aja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2013 11:04 AM | Show all posts
urm... ada je cara jenayah buat duit lg senang. work smart not hard..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Weirdnya mamat ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 12:00 PM | Show all posts
Merompak pejabat pos? Gosh... berapa sangat lah duit yg diorg simpan dlm laci tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 12:17 PM | Show all posts
Muntz posted on 24-5-2013 12:00 PM
Merompak pejabat pos? Gosh... berapa sangat lah duit yg diorg simpan dlm laci tu.

Pejabat pos banyak duit la muntz.. kalau tak camne orang keluarkan duit ASB..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 12:39 PM | Show all posts
Apa pun syabas polis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 01:46 PM | Show all posts
Sia sia blajaq tinggi last2 jd penyangak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 02:00 PM | Show all posts
Susah nak Cari Keja so rompak.lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 02:38 PM | Show all posts
dapat gak la duit dari mencelup sana sini.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 03:26 PM | Show all posts
alaaa....yg lebih bijak dari tu pun ada buat lebih teruk lagi..rileks lah beb
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 07:06 PM | Show all posts
Ada 2-3 rekod jenayah lampau?
So maksudnya before this mmg dah pernah masuk jail la.
So maybe dia takde duit sebab dah tak boleh nak practice as lawyer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 07:10 PM | Show all posts
Jemy posted on 24-5-2013 12:17 PM
Pejabat pos banyak duit la muntz.. kalau tak camne orang keluarkan duit ASB..

Oh yer tak yer gak kan. Aku selalu teringat org pegi pejabat pos utk bayar bil, renew lesen kereta dgn beli setem jah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 07:11 PM | Show all posts
manusia terdesak akan buat apa sahaja yang tak masuk akal , apa lagi menyalahi undang2 dunia atau agama...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 07:13 AM | Show all posts
Maruah = rm600 ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 07:19 AM | Show all posts
dia ni graduan undang2 je kan, x disebut pun sbg bekas loyer.. maybe malas nk keje punya psl kot.. nak cri duit cara senang, pakai pistol palsu je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.442941 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list