CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4692|Reply: 3

Saya dibayangi watak Detektif Lingam' - Deen Maidin

[Copy link]
Post time 4-6-2013 12:53 PM | Show all posts |Read mode

Deen di atas motor superbike miliknya


PEMINAT
drama bersiri Gerak Khas pasti mengenali lelaki bertubuh tinggi lampai, sasa dan bermisai tebal ini. Inilah Shamsudin Maidin, 48, atau lebih dikenali sebagai Deen Maidin. Wataknya sebagai Detektif Lingam dan banyak melakonkan watak lelaki berketuruna India menyebabkan ada yang menyangka bahawa dia berbangsa India.

Deen mampu bertutur bahasa Tamil namun lebih fasih berbahasa Malayanam yang sering digunakan oleh keturunannya iaitu Malbari. Namun begitu, dia masih memerlukan bantuan inti sari bahasa kala menonton filem-filem Tamil.

“Memang selalu orang fikir saya lelaki India. Pernah saya ucap salam kepada individu yang berselisih bahu dengan saya, orang tersebut memandang saya dengan penuh hairan.

Apa nak buat, memang saya dilahirkan begini. Berlakon pula watak India. Tentulah orang akan fikir saya India. Lagipun ramai penonton tak baca credit title pada akhir tayangan drama atau filem,” kata Deen yang menegaskan bahawa bapanya berasal dari Kerala, India manakala ibunya dari Sungkai, Perak.

Sebelum memegang watak Detektif Lingam yang bergandingan dengan watak Detektif  Lim lakonan Farid Amirul, Deen pernah menjadi gengster bernama Raju dalam drama Remang-Remang Kota Raya. Bukan semberono melakonkan watak India. Deen ada jawapannya.

“Pada awal tawaran melakonkan watak India, saya tahu ayah saya kurang setuju. Jadi saya bertanya pada orang yang berkelayakan. Saya tanya pada Datuk Abu Hasan Din. Saya difahamkan bahawa tidak salah seseorang Muslim melakonkan watak bukan Islam asalkan akidah tidak terpesong. Saya bukan melakonkan cara orang India membuat ibadat dan sebagainya,” kata ayah kepada Umer Farouk, 23, Umer Fazeel, 18 dan Umairah Fairuzz, 14.




Disangka polis sebenar

Personalitinya yang sasa dan berwajah tegas membuatkan dia begitu sinonim dengan perwatakan polis. Apatah lagi berlakon pula watak polis dalam drama bersiri Gerak Khas. Hal ini membuatkan Deen disangka polis sebenar di dunia nyata.

Menurut lelaki yang pernah memegang watak penjahat dalam filem Maria Mariana 2 pada tahun 2000 ini, salah faham begitu memang selalu berlaku. Ada orang yang tidak percaya bahawa dia bukan polis walaupun berkali-kali dia menerangkan kedudukan sebenar.

“Hal ini menyebabkan saya memang tidak mahu jalan-jalan di Petaling Street sebab nanti akan ada sahaja orang terutama peniaga tanpa lesen yang kelam-kabut kerana menyangka saya mahu buat rush,” katanya sambil ketawa.

Suami kepada Haslina Laili ini menegaskan dia sememangnya bersifat tegas. Dia mendidik anak-anaknya dengan ketegasan supaya mereka membesar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Dalam ketegasan, Deen tetap rapat dengan seluruh ahli keluarganya.

Bercerita lebih lanjut, Deen berkata, “Saya pernah memandu kereta dan melihat ada beberapa orang pelajar sekolah duduk di tepi jalan. Apabila ditanya mereka menjawab takut nak masuk sekolah sebab pengawas tulis nama.

Saya bawa mereka pergi ke sekolah dan beritahu kepada pengawas supaya jangan tulis nama mereka. Pada saya lebih baik pelajar itu pergi sekolah walaupun lambat berbanding tidak ke sekolah langsung.”

Sudah terbiasa dengan disiplin, Deen ‘mewajibkan’ anak dan isteri memaklumkan melalui SMS di mana mereka berada. Misalnya ketika temu bual ini diadakan, anak keduanya hendak keluar ke tempat kerja.

SMS berbunyi on the way ke gym dan ‘sudah sampai gym’ dihantar memaklumkan lokasi dia berada. Bagi Deen, dengan cara ini dia sentiasa dimaklumkan lokasi ahli keluarganya. Dan SMS begini dilakukan oleh semua anak dan isterinya.

Deen turut terkenang bekas gurunya dahulu iaitu Puan Maizon Hamzah yang sangat baik terhadapnya walaupun dia merupakan pelajar nakal di Sekolah Menengah Ulu Kelang. Hingga kini Deen masih lagi menghubungi Cikgu Maizon yang dipanggil Mama.

“Cikgu Maizon sangat baik. Dulu saya dan kawan-kawan selalu minta duit dengan Cikgu Maizon. Percaya tak, bila kami minta duit, dia akan kata ambil dalam beg cikgu. Walaupun nakal, kami tak ambil lebih. Kami ambil cukup-cukup untuk kami beli makanan sahaja,” katanya yang akan beraya di rumah Cikgu Maizon setiap tahun.

Boboi penghibur hati

Kehadiran penulis bersama jurugambar di kediaman Deen disambut oleh Boboi yang ada di tepi pagar rumah teres itu. Boboi ialah seekor monyet kecil yang begitu lincah. Inilah haiwan peliharaan Deen dan seisi keluarganya.

Menurut Deen, Boboi diambil daripada seorang lelaki yang menjumpainya di sebuah kawasan hutan kecil di pinggir Kuala Lumpur. Disebabkan kasihan melihat monyet itu, maka Deen mengambil keputusan membelanya.

“Boboi makan buah dan biskut. Dia juga saya beri minum Bliss. Menjaga Boboi membuatkan kami sekeluarga gembira. Boboi akan menyahut apabila namanya dipanggil.
Dia tinggal di dalam sangkar khas di bahagian depan rumah,” ujar Deen lalu memberikan biskut kepada Boboi dari mulut ke mulut membuatkan penulis terpaku memandangnya.

Ekstra! Sekilas tentang Deen Maidin

•    Watak polis bermula dengan tawaran Datuk Yusuf Haslam dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur sebagai Lans Koperal Maniam.
•    Pernah tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem Mekanik dan Matinya Seorang Patriot.
•    Sebelum berlakon, terlibat sebagai krew penataan cahaya bersama Perfirma Filem.
•    Pernah berlakon produksi Hollywood dalam filem Entrapment bersama Sean Connery sebagai pengawal keselamatan sebanyak tiga babak selepas melalui uji bakat membabitkan 400 orang.
•    Hobi bermain futsal, bola sepak, takraw. Namun kini beralih kepada motor superbike.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 09:50 AM | Show all posts
sekarang dia dah bersara dari berlakon ke? Yusuf Haslam x amek berlakon lg kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 11:22 AM | Show all posts
abg deen mmg seorang yang baik.. dulu selalu lepak nan dia kat ampang. masa kua iphone, abg deen beli.. taim tu aku memang teringin.. dia kasi aku try hp dia.. memang terbaik.. kalo ktorg tengah lepas.. dia datang.. dia belanja semua.. tak kisah la dia minum ke tak ke.. sebab tu kami semua sangat hormat dia.. kalo dia pangil semua datang.. skang takde da.. sedih sangat.. rindu nak borak nan abg deen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm hambar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list