CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3160|Reply: 2

106 pertubuhan di Johor dibatal

[Copy link]
Post time 17-6-2013 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Lebih 90 peratus daripada 106 pertubuhan di negeri ini dibatalkan pendaftaran kerana gagal mengemukakan penyata tahunan lebih tiga tahun berturut-turut.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) negeri, Lim Jit Ngoh, berkata semua pertubuhan wajib mengemukakan penyata tahunan seperti ditetapkan mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Pindaan 1998).      

      Mengikut peruntukan seksyen itu, sesebuah pertubuhan diberi tempoh 60 hari untuk mengemukakan penyata tahunan berbanding 30 hari sebelum pindaannya.      
      
      
“Sebanyak 106 daripada 12,726 pertubuhan di negeri ini dibatalkan pendaftaran setakat 14 Jun lalu. ROS memandang serius perkara ini kerana (sesebuah) pertubuhan memainkan peranan penting dalam menjalankan aktiviti untuk ahli. Jika tidak menghantar penyata tahunan, bermaksud pertubuhan itu tidak membuat sebarang kegiatan sepanjang tahun itu.

“Penyata tahunan pertubuhan wajib dihantar setiap kali lengkap kalendar bagi tahun itu dalam tempoh ditetapkan bagi membolehkan ROS melakukan semakan dan audit serta memantau perkembangan pertubuhan berdaftar di negara ini.

Perlu telus

“Ia juga perlu bagi melindungi ahli dan memastikan pertubuhan bersikap lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas menutup Kursus Pengurusan Pertubuhan dan Taklimat Migrasi eRoses Bilangan 3/2013, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika, di sini, semalam.      
Jit Ngoh berkata, baki 10 peratus pertubuhan lagi dibatalkan pendaftaran, sama ada kerana melanggar perlembagaan pertubuhan, pertubuhan dibubarkan atau sudah tidak lagi wujud.

Beliau turut menggesa pertubuhan supaya menghantar maklumat asas untuk kegunaan ROS, termasuk akaun tahunan atau minit mesyuarat yang meliputi senarai jawatankuasa baru jika mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pindaan perlembagaan pertubuhan jika ada atau alamat baru jika berpindah pejabat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 05:52 AM | Show all posts
Johor Bahru: Lebih 90 peratus daripada 106 pertubuhan di negeri ini dibatalkan pendaftaran kerana gagal mengemukakan penyata tahunan lebih tiga tahun berturut-turut.


nak tunggu 3 tahun baru ambil tindakkan .....katun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 07:11 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 30-6-2013 05:52 AM
nak tunggu 3 tahun baru ambil tindakkan .....katun

tu kira dh baik hati kot,bagi peluang sampai 3 tahun,ahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046907 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list