CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3808|Reply: 15

MUZIUM KAPAL PERANG KARAM MARY ROSE

[Copy link]
Post time 1-7-2013 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Kapal perang Mary Rose adalah kapal perang kebanggaan tentera laut diraja England pada kurun ke-16. Pada waktu ini Raja England ialah King Henry Ke-8 dan England masih berperang dengan Perancis. Mary Rose ialah antara kapal perang paling canggih pada waktu itu dan mempunyai 91 meriam dan lebih 500anak kapal. Ianya dibina pada tahun 1511 dan mempunyai reputasi sebagai kapal perang yang berbahaya kepada musuh. Pada tahun 1545 berlaku pertempuran diantara tentera laut England dan Perancis di Solent, berhampiran Isle of Wight England. Tentera Perancis cuba mendarat dan menakluk Portsmouth. Malang bagi Mary Rose ketika pertempuran berlaku ianya karam. Yang memalukan King Henry Ke-8 ialah Mary Rose karam bukan kerana ditembak musuh tetapi kerana kesilapan anak kapalnya. Menurut rekod sejarah Mary Rose tenggelam kerana air memasuki lubang meriam pada bahagian bawah kapal yang tidak ditutup ketika ia cuba membelok. Lubang meriam paling bawah Mary Rose yang terletak 1 meter dari aras laut.

500 orang anak kapal meninggal dunia akibat kemalangan ini. Bangkai kapal Mary Rose terbiar selama lebih 400 tahun sehinggalah ditemui semula pada tahun 1971. Pada tahun 1982 ianya berjaya diangkat semula ke permukaan dan diletakkan di dalam muzium khas. Penemuam Mary Rose menjadi bualan peminat sejarah kerana 19 000 artifak dari era Tudor ditemui. Antara yang ditemui masih terpelihara ialah sikat, alat permainan, alat muzik, kasut, baju kulit, alat bercukur, senjata kecil dan pelbagai lagi. Selain itu lebih 175 rangka manusia ditemui di dalam bangkai kapal. Rangka ini kemudian digunakan saintis untuk melihat tahap kesihatan dan diet manusia zaman Tudor.

Pada tahun 2009 muzium yang menempatkan Mary Rose di Portsmouth ditutup bagi membina sebuah muzium baru yang lebih moden. Pembinaan muzium baru ini akhirnya siap Mei tahun ini dan ianya dibina menyerupai sebuah bot. Mary Rose Museummenempatkan koleksi artifak Tudor terbesar di dunia. Kesemua artifak yang ditemui pada bangkai kapal dipamerkan kepada pengunjung. Yang menarik tentang muzium ini ialah ianya masih belum selesai dibina. Kerangka kayu Mary Rose masih sedang proses pemuliharaan. In fact proses pemuliharaan sudah dijalankan sejak ianya dinaikkan semula pada tahun 1982. Selepas lebih 30 tahun fasa pengeringan bangkai kapal kini sedang dijalankan. Pada tahun 1918 apabila proses pengeriangan bangkai ini dijangka selesai, dinding kaca yang memisahkan pengunjung dan lantai pameran artifak akan dibuka. Pada waktu itu barulah muzium ini akan benar-benar siap sepenuhnya. Sabar betul ahli sejarah ini!










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 11:08 AM | Show all posts
bestnya kalo dpt g....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 12:01 PM | Show all posts
Wow menariknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 12:08 PM | Show all posts
mcm bentuk lala plak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:33 PM | Show all posts
mcm best aje kan muzium tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 05:21 PM | Show all posts
lame nak keringkan papan kapal tu..tinggi betul tahap kesabaran ahli sejarah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2013 08:45 PM | Show all posts
like...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 08:43 PM | Show all posts
besarnya kapal pergh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 07:57 AM | Show all posts
Kapalnya tak la besar sangat...yang besar bangunan muzium tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:58 AM | Show all posts
cantik gila!
class...


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 02:54 PM | Show all posts
bagusnyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:00 PM | Show all posts
seram je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 10:22 AM | Show all posts
menariknya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 07:52 AM | Show all posts
tu la....
layan corner nak cecah tiang layar...sudahnya tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:58 AM | Show all posts
Kena angin lintang!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 03:50 PM | Show all posts
mnarikkkkk....amazing!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.108942 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list