CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4253|Reply: 1

Porshe Panamera memukau mata

[Copy link]
Post time 11-7-2013 12:18 PM | Show all posts |Read mode





PEBUALAN santai bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance (SDAP), Arnt Bayer di Sungai Penchala, Damansara baru-baru ini mencetuskan satu kemungkinan yang bakal berlaku. Porsche Malaysia seolah-olah ada rancangan untuk membawa masuk model asas, Porsche Macan ke pasaran Malaysia.

Sekiranya khabar ini menjadi realiti, sudah pasti ia berita gembira buat para peminat jenama Porsche. Macan yang diberi gelaran Baby Cayenne akan ditempatkan di segmen lebih kecil berbanding abangnya.

Bak kata Arnt Bayer, Macan lebih kecil dari model SUV Cayenne dan setanding dengan Audi Q5. Bagaimanapun, status sebenar masih samar-samar memandangkan pihaknya masih belum mengetahui berhubung harga yang bakal ditawarkan dan cukai kenderaan yang akan dikenakan lebih awal. Tetapi Arnt tidak menolak kemungkinan harganya lebih rendah dari Cayenne.

“Jika lebih rendah berbanding Cayenne, ia berupaya mencatat volum jualan yang lebih memberangsangkan sebagai model asas untuk pengguna tempatan. Sekiranya ia terjadi, kami berupaya menjual lebih banyak unit.

“Andai semua itu berlaku, saya memerlukan lebih banyak fasiliti dan ruang untuk keperluan selepas jualan,” katanya kepada Pemotoran selepas penyempurnaan majlis perasmian Pusat Pameran Porsche di Sungai Penchala, Damansara.

Macan berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud harimau. Model yang menjadi buah mulut pemerhati dalam industri automotif global dikatakan bakal membuat kemunculannya pada penghujung tahun ini. Dengan lebih tepat, lokasi penampilannya ialah di LA Auto Show.

Memandangkan penggunaan istilah Bahasa Indonesia, sudah tentu rakyat Indonesia bangga dengan kemunculan Porsche Macan disebabkan ‘rasa’ Indonesia. Macan memaparkan simbol penggabungan kekuatan, dinamik, dan kekuasaan.

Sebelum ini Porsche memberi gelaran ‘Cajun’ pada model itu tetapi diubah setelah pengumuman perancangan pengeluarannya. Ada rakan memberitahu Cajun ialah singkatan Cayenne Junior. Tidaklah diketahui adakah ia benar atau gurauan semata-mata.

Kelahiran Macan akan disambut di kilang Porsche di Leipzig, Jerman. Ada ura-ura mengatakan Macan bakal menemui konsumer Indonesia sekitar suku pertama 2014  selepas pelancaran globalnya. Mungkin juga Malaysia akan menerima ketibaan Macan sekitar waktu itu?

Saya bertanyakan kepada Arnt Bayer persoalan itu. Katanya pelancaran Macan seharusnya tidak jauh berbeza bagi negara Asia Pasifik terutamanya pasaran pemanduan di sebelah kanan.

Walaupun Indonesia sudah mengesahkan kedatangan Macan. Ketibaan sesebuah jentera itu bergantung kepada pengesahan cukai oleh pihak berkuasa. Ini membuatkan tarikh pelancaran berbeza dengan negara jiran. Walaupun jentera Macan untuk pasaran Malaysia dan Indonesia dikeluarkan serentak di kilang Jerman.

“Pengeluaran Macan di Jerman akan bermula awal 2014 dan penghantaran mengambil masa selama dua bulan. Kemudiannya tempoh memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa dijangka mengambil masa satu hingga dua bulan.

“Jadi selamat untuk saya katakan, Macan mungkin tiba di Malaysia pada suku kedua 2014,” katanya.

Porsche Macan dikatakan bakal menggunakan enjin enam silinder petrol dan diesel, dengan versi empat silinder yang akan menyusul kemudian. Porsche juga disebut akan menawarkan Macan dalam varian yang lebih sporty dan juga varian hibrid.

Namun, kata Arnt SDAP akan membawa masuk setiap model ditawarkan pengeluar.  

“Seperti biasa masih tiada pengesahan berkaitan model dan enjin yang tepat ditawarkan.

“Namun bergantung kepada strategi kebiasaan Porsche sebagai contoh dari Cayenne  kemungkinan ada model Turbo, Macan “S” dan lebih kecil atau model petrol. Namun kami tidak pasti model hibrid atau diesel ditawarkan,”jelasnya.

Dari segi sasaran jualan, ia tertumpu kepada pasaran kenderaan bersaiz kecil dan SUV sporty tetapi dengan karakter tipikal sebuah Porsche. Tentunya Macan model asas lima tempat duduk.





Porsche Panamera

Sejarah berulang kembali!. Pada 2009, Porsche mengejutkan pengunjung Shanghai Auto Show apabila pertama kali mendedahkan model Panamera. Satu jentera alternatif yang baru dan menarik untuk kereta tradisional mewah tertinggi  dan kereta saiz penuh.

Tahun ini, sekali lagi pada majlis yang sama pengeluar kereta sports mewah Jerman itu mengejutkan penonton menerusi Panamera generasi kedua.

Entah mengapa Porsche mengumumkan ia sebagai model generasi kedua. Jika mahu dibandingkan perubahan yang dilakukan pada Panamera adalah minor. Porsche mengemas kini bahagian lampu dan pengambilan udara hadapan yang lebih besar. Pada profil sisi, cermin lebih terentang ke belakang mewujudkan bayang lebih panjang. Dari belakang, Panamera generasi baru dititipkan dengan penutup but baru. Cermin belakang yang melebar menekankan orientasi mendatar Gran Turismo dengan watak sporty. Bahagian belakang juga direka semula, termasuk spoiler yang lebih lebar dengan peralihan lampu belakang, sama seperti peralihan visual lampu hadapan.

Porsche menawarkan lampu bi-xenon sebagai standard untuk Panamera, tetapi lampu LED boleh didapati sebagai pilihan.

Panamera merupakan model terlaris di pasaran Malaysia. Kerana itulah SDAP tidak menunggu lama untuk membawa masuk model Panamera baharu ini sebaik pelancaran globalnya Mac lalu.

Kehadiran model tersebut adalah sempena pembukaan Pusat Pameran Porsche Damansara di Sungai Penchala.

Buat masa ini, pembeli awal Panamera baru ditawarkan dengan varian V6, V6 4, Diesel, dan varian Turbo sebagai pilihan. Harga asas bermula pada RM740, 000 bagi  Panamera V6 dan Panamera Diesel. Kemudian naik kepada RM780, 000 bagi Panamera 4 dan RM1, 200,000 untuk Panamera Turbo. Porsche menawarkan dua jenis sistem pacuan untuk pasaran Malaysia. Yang pertama adalah pacuan roda belakang. Kedua merupakan pacuan semua roda (AWD). Untuk mengenali sama ada model itu sebuah AWD lihat sahaja pada lencana belakang kereta itu. Jika ada angka 4 bermaksud model itu menggunakan pacuan AWD.

Panamera dan Panamera 4 memperoleh kuasa dari enjin V6 3.6 liter (L) yang telah menggabungkan teknologi canggih seperti suntikan bahan api terus dan VarioCam plus. Untuk generasi kali ini kuasa kuda telah ditambah 10hp menjadi 310hp manakala penggunaan bahan api telah dikurangkan sebanyak 10 peratus kepada 8.4 l/100km.

Sementara varian Panamera Diesel dijana enjin bercas turbo V6 3.0L yang menghasilkan kuasa 250hp dan 550Nm daripada turbo diesel. Dipadankan dengan transmisi Tiptronic S 8-kelajuan automatik, Panamera Diesel mempunyai kelajuan tertinggi 244 kilometer sejam dan penjimatan minyak tertinggi sebanyak 6.3 l/100km.

Untuk lebih kuasa Panamera Turbo dilengkapi dengan enjin 4.8L V8. Ia mampu menghamburkan kuasa buas 520hp pada 6,000 rpm dan 700Nm pada 2,250 rpm. Kemampuan berlari sehingga 305km/j, varian Turbo ini mencatatkan masa 3.9 saat dari pegun hingga mencapai kelajuan 100km/j. Ia mampu dicapai dengan penggunaan Pakej Sports Chrono.

Bagi mereka yang berminat bolehlah mengunjungi Pusat Pameran Porsche Damansara ataupun Pusat Porsche di Glenmarie.

Porsche Damansara

Pembukaan Pusat Pameran Porsche Damansara di Sungai Penchala ini bagi menggantikan pusat pameran di Bukit Bintang yang terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada projek MRT.

Dengan keluasan 14606 kaki persegi, Porsche Damansara mempunyai ruang bilik pameran yang luas memaparkan bilik pameran jualan, dilengkapi dengan lounge Porsche  di tingkat bawah. Kos pengubahsuaian pusat pameran berkenaan menelan belanja sekitar RM500,000.

Di samping itu, di tingkat atasnya, Porsche menyediakan Pusat Pra Milik Porsche yang menawarkan Jaminan Pra Milik Porsche minimum dua tahun. Semua kereta Pra Milik dijual SDAP perlu melalui 111 mata pemeriksaan yang ditetapkan oleh Porsche AG. Pusat Pra Milik tersebut turut menawarkan program jual semula kereta  pemilik Porsche untuk memudahkan pembelian model Porsche yang lain.

Menurut Arnt, pembukaan baru Porsche Damansara menandakan satu peristiwa penting bagi SDAP kerana ia memainkan peranan utama dalam perkembangan Porsche di Malaysia.

“Kami percaya dengan pembukaan Porsche Damansara dan pusat pameran baru di Sungai Besi, yang dijadualkan pada separuh kedua 2014, akan memudahkan capaian kepada ramai pelanggan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 12:28 PM | Show all posts
tuntut janji kerajan Berisan nesenel turunkan harga kereta prosche...taceh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.601413 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list