CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2013 03:18 PM | Show all posts
Selepas sejam setengah berborak kosong dengan Adi, Aaron memberi isyarat mahu mengundurkan diri dengan alasan esok kerja! Adi dan Aaron berlalu pulang ke rumah masing-masing.

Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, Aaron tiba-tiba teringat akan Damia.

"Aku pergi rumah dia kejap la.." sambil menggigit batang rokok, dia membuat pusingan 'U' di jalan hadapan dan terus menyusur pergi ke rumah Damia.


                                                         ********************

Damia mengambil dua biji panadol lalu ditelannya. Kemudian segelas air masak dibawanya ke ruang tamu. Punggung direbah disofa empuk itu. Kemudian air masak itu diminumnya perlahan-lahan. Kepala dipicit. Kemudian cahaya lampu kereta menyuluh ke arah sliding door rumahnya.

"Siapa pula yang datang malam-malam buta ni?"

Damia bangun. Digagahi badan yang masih lemah itu. Diintainya melalui tingkap.

"Aaron?"

Sementara di luar, Aaron keluar dari keretanya. Dia berjalan ke arah pagar rumah Damia.

"Damia!" panggil Aaron agak lantang.

Damia masih terfikir, mahu membuka pintu atau tidak.

"Damia! Bukak pintu ni Damia!!" Aaron semakin lantang.

Jiran-jiran mula dikejutkan dengan kehadiran Aaron itu. Oleh kerana tidak mahu malu, Damia terpaksa membuka pintu. Kelihatan wajah Damia yang kusam ditambah pula ditampal 'coolfever' di dahinya.

"Are u ok, Damia? I call U, U off handphone.."

"Pergi balik la, Aaron.. I tak sihat ni. I nak rehat.."

"I nak jumpa U kejap..please.."

"Esok-esok je la." Belum sempat Damia hendak menutup pintu...

"U nak I jerit malukan U lagi ke?" ugut Aaron.

"U ni dah kenapa? U tak faham ke I suruh U balik? I tak sihat U faham tak?!!" Damia terus menutup pintunya dengan kuat.

Aaron tercabar.

"Jaga kau!" Aaron terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2013 03:55 PM | Show all posts
yoozara posted on 4-9-2013 11:34 AM
iskkkk baran sesangat pastu xleh control aaron neh
jgn kwn dgn aaron la damia
kalo adi tu ok gak

sabar2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 03:56 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 4-9-2013 03:08 PM
Sambungan TT? seronok membaca

tapi seriusly tak suka lelaki panas baran macam Aaron ni { ...

jap momey smbung ckit lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 04:24 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya, Damia cuba membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat dan badannya masih panas. Dia cuba melihat jam di dinding. Pukul 7.30 pagi!

Kemudian dia cuba capai handphonenya di atas meja kecil disebelah katilnya itu. Nombor telefon Fazira mula di dailnya. Panggilannya dijawab.

"Fazira.."

"Ya, Cik Damia.."

"Saya ingat nak mc la hari ni. Saya tak sihat."

"Owh yeke? tapi pagi ni kan ada meeting dengan pengurus besar Syarikat Maju Enterprise. Macam mana ye, Cik Damia?"

"A'ah laa.. Saya lupa. Kalau macam tu, saya pergi juga la.."

"Eh, saya tak bermaksud nak paksa Cik Damia."

"Tak pe. Saya pergi kejap. Lepas habis meeting, saya pergi klinik."

"Ooo..ok lah.. Hati-hati ye, Cik Damia."

"Thanks."

Panggilan dimatikan. Perlahan-lahan Damia bangun lalu mencapai tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.


                                                                 ********************

Pukul 7.30 pagi dengan kehadiran Aaron mengejutkan staff yang lain. Apa mimpi Aaron pada pagi itu?

"Morning, Aaron.. Awal datang.." tegur Anzalna sambil mengekor Aaron sehingga masuk ke dalam bilik Aaron.

Pintu ditutup dan dikunci oleh Anzalna. Staff yang lain hanya menggelengkan kepala. Aaron merebahkan punggungnya di atas sofa. Dia mengeluh. Anzalna dengan penuh goda duduk disebelah Aaron.

"U tak sihat ke? Nak I picitkan kepala U?" tanya Anzalna lalu memicit kepala Aaron.

Aaron memandang Anzalna. Wajah Damia bermain difikirannya. Anzalna difikirnya Damia pada waktu itu. Tangan Anzalna dipegangnya. Dikucup. Anzalna tersenyum sinis. Aaron menarik mengusap rambut Anzalna yang mayang mengurai itu. Anzalna membiarkan sahaja Aaron melakukan sedemikian.

Aaron mula nakal. Dia mendekatkan bibirnya ke bibir Anzalna. Mereka berkucup seketika. Kemudian Anzalna dengan gelojohnya terus naik ke atas Aaron. Dibukanya blazer lalu di baling ke belakang. Kemudian dia membuka butang baju Aaron satu demi satu. Sehingga butang yang terakhir, tangan Anzalna digenggam.

"Wait! You bukan Damia!" Aaron terus menolak Anzalna dan dia terus berdiri.

"What? Damia? Who? Ooo..perempuan murahan yang bertudung tu ke?"

"Keluar!" Aaron membutangi bajunya semula.

"Siapa perempuan tu?!"

"I said get out!!!" jerit Aaron.

Jeritan Aaron itu mengejutkan staff di luar. Anzalna menghentak kakinya. Dia mengambil blazernya semula dan keluar dari bilik Aaron dengan perasaan marah.

Aaron melepaskan nafasnya. Matanya ditutup rapat.

"Aku rindukan kau, Damia.." bisik hati Aaron.


                                                         ********************

Semasa dalam perjalanan ke pejabat, perut Damia asyik berbunyi kelaparan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti di kedai 7-eleven untuk membeli nasi lemak atau bihun goreng segera.

Enjin kereta dimatikan. Dia menggagahkan diri keluar dari kereta. Dia berjalan menuju ke kedai itu. Sebaik sahaja hendak masuk ke dalam kedai tersebut, dia terasa pening. Seolah bumi tengah berputar laju. Tangannya mula memegang kepala. Sebelum dia rebah jatuh, badannya dipaut. Dan tentu dipaut oleh lelaki yang berbadan sasa.

"Cik..cik..kenapa ni?" tanya lelaki itu.

"Saya rasa macam nak pitam."

"Cik rehat dulu.." Lelaki itu membawa Damia ke tepi dan dibiarkan Damia duduk seketika.

Damia memicitkan kepalanya.

"Nah, minum air ni dulu.." Lelaki itu menghulurkan air mineral kepada Damia.

Damia menyambutnya sambil memandang wajah lelaki yang berlesung pipit itu.

"Thanks.." Damia meneguknya.

"Saya Adi.." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Ooo..saya Damia." Mereka hanya membalas dengan cara mengangguk kepala sahaja.

"Cik Damia dah ok ke? Nak saya bawa ke klinik?"

"Tak pe. Macam dah ok sikit. Awak pergi lah keje. Kang lewat plak.."

"Betul ni?"

"Ya.."

"Ok.. jaga diri.."

"Thanks sekali lagi.."

Mereka berdua berbalas senyuman. Damia seperti dipukau. Dah la handsome, baik pulak tu! Sempat lagi Damia nakal sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:46 PM | Show all posts
momey posted on 20-8-2013 02:18 PM
Sebaik sahaja Damia yang baru sahaja keluar dari dapur yang mahu menuju ke biliknya, dia di sapa ole ...

to be continuesss, best cerita nih watak zizan tu mcm lawak aja. suka suka hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:00 PM | Show all posts
aron bergasak plak dgn adi berebutkan damia....

disebbkan nama dia aron , ahkak pangkah jadi hero..undi adi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 06:40 PM | Show all posts
hahaha adi jek jd hero
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 07:04 AM | Show all posts
awanjingga posted on 4-9-2013 05:00 PM
aron bergasak plak dgn adi berebutkan damia....

disebbkan nama dia aron , ahkak pangkah jadi ...

ramai bebeno peminat adi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2013 07:05 AM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 4-9-2013 04:46 PM
to be continuesss, best cerita nih watak zizan tu mcm lawak aja. suka suka hihi

hahaha sian zizan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 07:06 AM | Show all posts
yoozara posted on 4-9-2013 06:40 PM
hahaha adi jek jd hero

tggu dan baca sape yg kenee..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 10:21 AM | Show all posts
momey posted on 5-9-2013 07:06 AM
tggu dan baca sape yg kenee..

Harap harap Aaron berubah tak jd panas baran
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaron- Aaron aziz
Adi-adiputra..

Damia-Rita Rudaini..ekeke!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 04:08 PM | Show all posts
stars83 posted on 7-9-2013 05:05 AM
Aaron- Aaron aziz
Adi-adiputra..

xmola rita rudaini
ce hamik nora danish


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yoozara posted on 7-9-2013 04:08 PM
xmola rita rudaini
ce hamik nora danish

nora danish pnah blakon ngan aaron ajis x? :-P
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 10:13 PM | Show all posts
stars83 posted on 7-9-2013 08:20 AM
nora danish pnah blakon ngan aaron ajis x? :-P

takde kot
haha
tp rita tua sket kot
muleh je gandingkan aaron ajis ngan nora danish tu
ce try megin dlu ..acane ???


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
yoozara posted on 7-9-2013 10:13 PM
takde kot
haha
tp rita tua sket kot

okeh..dh imejin..bolehlah..wlaupun gandingan nora ngan aaron mcm kurg sesuai,tp kira bolehlah..

aaron-aaron ajis
adi-adiputra
damia-nora danish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2013 10:13 PM | Show all posts
hahaha tibe2 megin blk nora danish n aarun ajis cem xsesuai plak
hurmmm ape2 jela
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 12:30 PM | Show all posts
waaa siap imagin bagai dh ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:35 PM | Show all posts
momey posted on 9-9-2013 04:30 AM
waaa siap imagin bagai dh ni

opkos ler
haahahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 12:59 PM | Show all posts
damia-nelydia senrose...mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.071955 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list