CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 3

[Tempatan] Siti Mengapit Gajah Jantan

[Copy link]
Post time 29-8-2013 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Kala dan Siti mengapit gajah jantan liar yang berjaya ditangkap bagi memudahkan kakitangan Perhilitan memasang rantai.

TELEMONG – Operasi memindahkan seekor gajah jantan liar yang ditangkap di hutan berhampiran Ladang Tuan dekat sini, lancar dengan bantuan dua gajah denak iaitu Kala dan Siti.

Gajah jantan liar dengan anggaran berat 2.9 tan dan berusia 20 tahun itu dibawa keluar melalui jalan balak sejauh 1.5 kilometer dari tempatnya ditangkap ke kenderaan khas.

Pengarah Perhilitan Negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, gajah itu berjaya ditangkap Isnin lalu llebih kurang jam 11 pagi.Katanya, susulan aduan penduduk, pihaknya
turun padang ke kawasan itu dan berjaya menangkap gajah liar yang dipercayai sudah hampir dua tahun berkeliaran di situ serta memusnahkan tanaman penduduk.

Ambil masa dua hari
“Walaupun berjaya menangkapnya, namun pihak kami terpaksa mengambil dua hari untuk membuat persediaan membawa keluar gajah itu termasuk membersihkan laluan bagi memudahkan pergerakan.

“Pada hari ini (semalam) seramai 15 kakitangan Perhilitan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) Kuala Gandah terlibat dalam operasi membawa keluar gajah liar itu bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 2 petang,” katanya kepada Sinar Harian.

Turut turun padang ialah Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,  Nasaruddin Othman ; Pengurus Ladang Tuan, S Puavan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) Manchis, Lee Ah Kow.

Khairiah berkata, sepanjang proses memindahkan gajah liar itu, pelbagai aspek perlu diambil perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Katanya, operasi memindahkan gajah itu merupakan kali kelima tahun ini dijalankan di negeri ini.

Gajah terperangkap

Nasaruddin berkata, gajah liar yang berjaya ditangkap itu sudah biasa dengan persekitaran kawasan itu.

Katanya, dipercayai terdapat lebih kurang tiga ekor lagi gajah liar dari kumpulan yang sama masih berada sekitar kawasan itu.
“Berdasarkan siasatan pihak kami, gajah yang ditangkap ini sebenarnya sudah hampir dua tahun ‘terperangkap’ di kawasan ini dan sekitarnya memandangkan habitat asalnya sudah diteroka.
“Memandangkan kumpulan gajah ini tidak dapat keluar ke habitat asalnya, ia menjadikan kawasan kebun dan ladang berhampiran untuk mencari makan,” katanya.

Nasaruddin, antara kawasan yang sering menjadi ‘kunjungan’ kumpulan gajah ini ialah Manchis, Felda Chemomoi, Felda Kemasul, Telemong dan kawasan kampung berhampiran.

Katanya, gajah itu ditemui dalam keadaan sihat dan tidak cedera.
“Mei lalu, pihak kami berjaya menangkap seekor gajah liar dari kumpulan yang sama di kawasan ini.

“Selepas dibawa keluar, gajah ini akan terus di bawa ke Taman Negara, Jerantut untuk ditempatkan disana,” katanya.
Sering terserempak gajah

Seorang penduduk, Halus Alib,46, dari Kampung Orang Asli Sungai Gapoi dekat sini berkata, dia dan rakan-rakan pernah beberapa kali terserempak dengan kumpulan gajah di kawasan itu semasa pergi menoreh dan mencari hasil hutan.

Katanya, penangkapan gajah liar itu secara tidak langsung memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk walaupun terdapat beberapa ekor lagi yang masih berkeliaran.
Manakala S Sagendran, 47, berkata, ini merupakan kali kedua dia melihat operasi pemindahan gajah di jalankan kawasan itu selepas Mei lalu.

Katanya, sebagai penduduk mereka gembira dengan usaha dilakukan oleh Perhilitan bertungkus lumus memastikan keselamatan penduduk terjamin dengan menjalankan tangkapan ke atas gajah liar yang mengganggu tanaman dan mengancam keselamatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2013 11:35 AM | Show all posts

ingatkan siti nurhalija tadi

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 11:39 AM | Show all posts
comel je gajah tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 11:44 AM | Show all posts
sesuatu sungguh tajuk thread
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.190712 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list