CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6685|Reply: 26

[Jenayah] Mak Derhaka terhadap anak!!

[Copy link]
Post time 7-9-2013 06:01 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Kuala Lumpur: Anak sebagai umpan. Itulah taktik digunakan seorang wanita yang sanggup menjadikan dua anak perempuannya yang masih kecil sebagai umpan dengan berpura-pura membeli barang sebelum menyamun pekerja kedai itu.
[size=0.9em]Dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun itu pula seperti memahami tugas mereka apabila menggunakan helah meminta sesuatu daripada pekerja kedai sebelum ibu mereka bertindak mengacukan pisau lalu melarikan dompet mangsa.
[size=0.9em]
Dalam kejadian baru, seorang pekerja kedai bunga di Danau Kota, Setapak, Lialiana Ali Umar, 24, kerugian lebih RM200 apabila dompetnya dilarikan seorang wanita yang berpura-pura mahu membeli bunga di kedai majikannya, Rabu lalu.


[size=0.9em]Beliau berkata, ketika kejadian jam 2 petang itu, dia yang sedang bekerja didatangi seorang wanita bersama dua kanak-kanak dipercayai anak wanita itu.
[size=0.9em]
“Wanita lewat 30-an itu masuk ke dalam kedai dan mahu membeli bunga segar, tetapi bunga yang dikehendakinya itu tiada.
[size=0.9em]
“Pada masa sama, dua anak wanita itu merengek meminta saya memberikan bunga yang terletak di salah satu rak. Saya tidak mengesyaki apa-apa hanya menuruti permintaan mereka dengan mengambil bunga itu,” katanya.

[size=0.9em]Namun, dia secara tiba-tiba diacu pisau kecil oleh ibu kanak-kanak terbabit sambil meminta menyerahkan barang berharga.
[size=0.9em]
“Hairannya, wanita terbabit tidak memaksa dan berlalu pergi begitu saja. Namun, selepas 10 minit berlalu, baru saya menyedari dompet saya yang diletakkan berhampiran kaunter hilang disyaki dilarikan wanita terbabit,” katanya.

[size=0.9em]Katanya, berikutan kejadian itu, dia mengalami kerugian lebih RM200 selepas wang tunainya dan beberapa dokumen peribadi dilarikan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.
[size=0.9em]
Lialiana berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak. “Saya difahamkan, tiga beranak berkenaan dipercayai individu sama yang pernah dilihat berkeliaran di kawasan berhampiran dan melakukan jenayah sama di beberapa premis perniagaan lain,” katanya.
[size=0.9em]
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2013 06:16 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Anak sebagai umpan. Itulah taktik digunakan seorang wanita yang sanggup menjadikan dua anak perempuannya yang masih kecil sebagai umpan dengan berpura-pura membeli barang sebelum menyamun pekerja kedai itu.
Dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun itu pula seperti memahami tugas mereka apabila menggunakan helah meminta sesuatu daripada pekerja kedai sebelum ibu mereka bertindak mengacukan pisau lalu melarikan dompet mangsa.

Dalam kejadian baru, seorang pekerja kedai bunga di Danau Kota, Setapak, Lialiana Ali Umar, 24, kerugian lebih RM200 apabila dompetnya dilarikan seorang wanita yang berpura-pura mahu membeli bunga di kedai majikannya, Rabu lalu.
Beliau berkata, ketika kejadian jam 2 petang itu, dia yang sedang bekerja didatangi seorang wanita bersama dua kanak-kanak dipercayai anak wanita itu.

“Wanita lewat 30-an itu masuk ke dalam kedai dan mahu membeli bunga segar, tetapi bunga yang dikehendakinya itu tiada.

“Pada masa sama, dua anak wanita itu merengek meminta saya memberikan bunga yang terletak di salah satu rak. Saya tidak mengesyaki apa-apa hanya menuruti permintaan mereka dengan mengambil bunga itu,” katanya.
Namun, dia secara tiba-tiba diacu pisau kecil oleh ibu kanak-kanak terbabit sambil meminta menyerahkan barang berharga.

“Hairannya, wanita terbabit tidak memaksa dan berlalu pergi begitu saja. Namun, selepas 10 minit berlalu, baru saya menyedari dompet saya yang diletakkan berhampiran kaunter hilang disyaki dilarikan wanita terbabit,” katanya.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia mengalami kerugian lebih RM200 selepas wang tunainya dan beberapa dokumen peribadi dilarikan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.

Lialiana berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak. “Saya difahamkan, tiga beranak berkenaan dipercayai individu sama yang pernah dilihat berkeliaran di kawasan berhampiran dan melakukan jenayah sama di beberapa premis perniagaan lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:05 AM | Show all posts
bagus betul.....
pendedahan kejalan neraka sedari kecil lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:22 AM | Show all posts
hendak jadi pencuri handal kena didik dari kecik , nanti besar boleh jadi pencuri macam
dalam citer entrapment lakunan catherine zeta jones tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:22 AM | Show all posts
anak2 jadi decoy - jadi distraction  - mak menyamun
belajar dari ocean 11 ke - mastermind sungguh hampeh mak nya ni
dah besar nanti anak dia confuse moral - tak tau mana betul dan salah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:24 AM | Show all posts

Apa nak jadi donia sekarang??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2013 08:23 AM | Show all posts
Ramai yg makin terdesak sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:47 AM | Show all posts
budus sungguh maknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 08:53 AM | Show all posts
kalo tertangkap kang .... wat citer lak yang dia tak dok duit nak beli barang2 makan anak... nak menyekolahkan anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 01:42 PM | Show all posts
ell768 posted on 7-9-2013 08:23 AM
Ramai yg makin terdesak sekarang ni..

setuju sgt2. sebab tu skrng best choice tingkatkan ilmu kewangan, ilmu penjagaan diri dan sentiasa berwaspada. jenayah mana2 je..bila org tekanan ekonomi.. dia sanggup merompak bunuh.. nk2 tambah lg jenis tekanan kuat berhutang?

masyarakat malaysia ni antara paling tertinggi di dunia hutang isi rumah! baru kerja 3 bulan dh sibuk wat loan.. hurm.. kos hidup sentiasa meningkat.. tanpa ilmu kewangan dan usaha yg gigih rasanye hidup akan tunggang terbalik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:00 AM | Show all posts
ell768: Ramai yg makin terdesak sekarang ni..


Tekananhidup
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:23 AM | Show all posts
psl minyak naik 20 sen,dia pkai 2 anak

klu minyak naik 40 sen, dia gune 4 org anak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:29 AM | Show all posts
MissNigga posted on 7-9-2013 08:53 AM
kalo tertangkap kang .... wat citer lak yang dia tak dok duit nak beli barang2 makan anak... nak men ...

Ayat stended puak2 celaka anak gampunk sundal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawah tapak kakinya ada sorga katanya...  
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:38 AM | Show all posts
kalau ikutkan tekanan hutang...nak jugak aku merompak...

rompak harta negara macam org lain...kaya raya takda sapa tangkap pun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:42 AM | Show all posts
brownstone posted on 10-9-2013 12:30 AM
Bawah tapak kakinya ada sorga katanya...

Bawah tapak kaki ker antara dua kaki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 10:07 AM | Show all posts
macam2.. kretif sungguh
dasyat zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:18 AM | Show all posts
nape lah pilih jalan macam ni nak bg rezeki kat anak..
pelik2 je perangai manusia skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:23 AM | Show all posts
Ma Baker pun ajar anak2 dia jadi penjenayah kalau ikut riwayatnya. Boney M pernah buat lagu based on makcik penjenayah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:41 AM | Show all posts
tak per nanti pak menteri kata rakyat kita msh hidup dalam keadaan selesa...yg kene rompak nie memang patut kene rompak..tu dikira zakat n sedekah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072816 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list