View: 2356|Reply: 4
|
Facial Buah Dan Sayur Bikin Kulit Lebih Awet Muda – Tips Penting!
[Copy link]
|
|

Apa kata buat sendiri rawatan antiaging (anti-penuaan) untuk wajah anda. Mudah saja. Cukup dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya akan antioksidan. Sama seperti jika dimakan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar juga bagus jika diaplikasikan sebagai bahan facial pada kulit, terutama di wajah. Selain mengandung antioksidan tinggi, dua jenis makanan ini juga kaya akan vitamin C yang mampu melawan radikal bebas, mencegah kedutan, dan membuat kulit lebih kencang dan kelihatan lebih muda.
DELIMA
Memang perlu sedikit usaha untuk mengaplikasikan buah ini di kulit wajah anda. Ambil sari dari buah ini, lalu tambahkan yogurt atau oatmeal. Paduan keduanya berfungsi sebagai scrub exfoliating yang boleh membantu mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus.
Cara membuatnya: Kisarkan 2 sudu besar biji delima dan 1 cawan oatmeal mentah dengan pengisar makanan. Pindahkan ke dalam mangkuk lalu campurkan bersama 2 sudu besar madu (sebagai antiseptik) dan 2 sudu besar buttermilk. Selepas itu, sapukan ke seluruh wajah selama beberapa minit dan bilas. Ramuan ini boleh juga digunakan untuk menghaluskan bahagian kulit yang kasar.
LABU KUNING
Labu bagus untuk melembapkan dan melembutkan kulit.
Cara membuatnya: Satukan 2 cawan labu, 4 sudu besar yoghurt vanila rendah lemak, 4 sudu besar madu, dan 1 sudu teh rempah pie labu. Oleskan ke seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas.
STRAWBERI
Berfungsi memerangi radikal bebas yang boleh merosakkan sel- sel kulit dan memecah kolagen.
Cara membuatnya: Haluskan 1 cawan strawberi beku atau segar. Lalu aduk bersama 1 cawan vanilla atau yogurt, dan 11 / 2 sudu besar madu. Resipi ini boleh anda nikmati sebagai jus dan selebihnya diaplikasikan ke kulit wajah. Terapkan 1-2 kali seminggu.
MADU
Madu membantu mengekalkan kelembapan kulit, menyembuhkan kulit kering atau pecah-pecah, serta mengetatkan dan melicinkan kulit.
Cara membuatnya: Hangatkan madu dalam periuk kecil di atas api kecil. Lalu terapkan di seluruh permukaan kulit dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air hangat dan dinginkan wajah.
YOGURT
Yogurt mengandungi asid laktik, senyawa yang ditemui dalam beberapa chemical peeling yang dapat membantu menghilangkan noda, perubahan warna, dan mengurangkan kedutan halus.
Cara membuatnya: Campurkan 1 cawan yogurt dengan 2-3 titik minyak almond atau zaitun dan 1 sudu besar madu. Aplikasikan pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit . Setelah itu bilas dan keringkan.
ZAITUN
Buah zaitun bagus digunakan sebagai topeng untuk membantu pengelupasan kulit yang kasar serta menghilangkan kotoran dan sel kulit mati.
Cara membuatnya: Haluskan dalam food processor. Aplikasikan seperti lulur pada wajah.
TEH HIJAU
Teh hijau sarat dengan kompaun anti-inflamasi dan tanin untuk membantu mengurangkan bengkak pada kulit. Teh hijau juga mengandungi antioksidan yang melawan penuaan awal.
Cara membuatnya: Masukkan beg teh basah ke dalam peti ais. Setelah sejuk, aplikasikan ke atas mata (tertutup ) selama 10-15 minit.
BROWN SUGAR
Bijirin alami dalam gula membantu kulit kasar mengelupas dan mengangkat sel kulit mati.
Cara membuatnya: Masukkan 1/2 cawan brown sugar dalam penggiling kopi dan buat teksturnya lebih halus dan sedikit kasar ( jika digunakan untuk tubuh tidak perlu digiling ). Tambah 3 sudu besar minyak zaitun untuk kelembapan tambahan dan ( jika ingin ) sejemput buah pala untuk aroma. Aduk hingga membentuk paste. Basahi wajah, oleskan ramuan dengan gerakan melingkar selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan air suam. Gunakan rawatan ini dua kali seminggu.
MAPLE SYRUP
Sirap maple murni yang sarat dengan kompaun antioksidan boleh membantu memperbaiki kerosakan radikal bebas dan tanda- tanda penuaan.
Cara membuatnya: Aduk 1 sudu besar maple syrup dengan 1 sudu besar susu hangat. Tambah 3 sudu besar oat halus dan kacau lagi. Urut lembut ke wajah, biarkan selama 20 minit lalu bilas dan akhiri dengan mengoleskan wajah dengan pelembab.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun jika digunakan secara topikal boleh mengurangkan keradangan, kerosakan radikal bebas, dan mencegah kedutan.
Cara membuatnya : Sapukan minyak zaitun langsung ke kulit, kemudian gosok dengan kain sampai kulit terasa halus, lalu bilas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info  |
|
|
|
|
|
|
|
MegiTomyam posted on 11-9-2013 08:29 PM 
Good info
ada buat ke tips ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
madu / minyak zaitun selalu buat ... hehehehe ..  |
|
|
|
|
|
|
|
cef_gango posted on 12-9-2013 01:26 PM
ada buat ke tips ni?
Pernah buat madu , yogurt dgn teh hijau tu. Tapi tak rajin nak buat selalu  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|