CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 2

[Tempatan] Edisi kementerian prihatin: Bersedia hadapi tengkujuh

[Copy link]
Post time 17-9-2013 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Bersedia hadapi tengkujuh


Mohd Zaili (dua kanan) meninjau kawasan parit utama di Kampung Lubuk Puyu yang terlibat dalam Projek Peningkatan Sistem Saliran Utama.

KUANTAN - Sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf sistem saliran di beberapa kawasan dilanda banjir di Dun Panching sekali gus melegakan hati lebih 10,000 penduduk di sini.
       
        Kerja naik taraf yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu kini sudah bermula sejak awal bulan lalu dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
       
        Adun Panching, Datuk Mohd Zaili Besar berkata, kawasan yang terbabit dalam Projek Peningkatan Sistem Saliran Utama itu adalah Perkampungan Lubuk Puyu, Permatang Badak dan Sungai Belat.
       
        Menurutnya, kerja-kerja naik taraf itu membabitkan pembesaran parit utama, pembinaan jambatan lengkung (arch bridge), pembinaan longkang konkrit dan pembetung baru.
       
        “Sebanyak 59 lokasi akan dibina pembetung kecil supaya air dapat mengalir dengan lancar selain menaik taraf pembetung di lapan lokasi.
       
        “Pembinaan longkang konkrit di Kampung Lubuk Puyu akan menjadikan aliran air lebih sempurna terutama pada musim tengkujuh,” katanya ketika meninjau kawasan terlibat, di sini.
       
        Beliau berkata,  tahun lalu beberapa kawasan di Dun itu dilanda banjir ekoran masalah sistem saliran yang kurang sistematik.
       
        “Justeru, dengan projek peningkatan saliran ini diharap dapat mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku di sini.
       
        “Saya mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah dihadapi penduduk di Dun Panching.
       
        “Walaupun ia dijangka siap dalam tempoh setahun, namun sedikit sebanyak kawasan terbabit akan lebih baik dalam jangka masa panjang,” katanya.
       
        Beliau berharap, penduduk di kawasan terlibat projek berkenaan perlu bersabar kerana mungkin terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi.
       
        Peruntukan itu merupakan sebahagian daripada RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri bagi mengatasi masalah sistem saliran di bandar Kuantan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 11:42 AM | Show all posts
Pancing aje ke? rasanya byk lagi tempat lain yg banjir kat kuantan tu hari
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:20 PM | Show all posts
 
“Saya mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah dihadapi penduduk di Dun Panching.

ape benda mamat ni membebel ...ini memang tugas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.108163 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list