Sukar SS nak percaya apabila dimaklumkan mengenai kisah seorang artis wanita ini. SS menepuk dahi apabila diberitahu seorang rakan baru-baru ini di mana artis itu kini mula menjadi kurang siuman gara-gara pengambilan dadah. Satu ketika dulu, dia cukup dihormati, malah berbakat besar dalam lako-nan. Namun entah di mana silapnya hingga dia boleh terjebak gejala yang memakan diri itu.
Tak tahulah mungkin disebabkan nama sudah tidak popular dan tiada lagi tawaran kerja yang mengakibatkan dia kecewa hingga memilih jalan salah itu?
Lebih malang, suami-nya yang juga artis terkenal khabarnya sudah beralih arah dengan wanita lain. Malah, suaminya juga tidak segan-segan mengusung kekasihnya ke hulu ke hilir walaupun semua orang tahu dia suami orang.
Agaknya suami artis itu rasa tak bersalah kerana isterinya sekarang ‘tidak sihat’ dan tidak perlu sorok-sorok lagi.
Apapun SS sangat simpati dengan anak mereka yang pastinya menjadi mangsa keadaan. SS harap kehidupan mereka sekeluarga segera pulih dan sebagai suami, cubalah ikhtiar untuk memulihkan kembali isteri tersayang yang pernah dikenali sebagai pelakon yang cantik dan berbakat.
|