Lagenda Budak Hostel ni mempertaruhkan barisan pelakon iaitu Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Rahim), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek) dan diarahkan oleh Ismail Bob Hasim.
inopsis Lagenda Budak Hostel (LBH);
Lagenda Budak Hostel (LBH) mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak).
Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan..
okla citer ni..part kelako mmg ada...atleast part nakal2 budk sekolah tu ada walaupun masing2 dah tua x bleh blah.....x mcm legenda budak setan...aku x nampak apa yg "setan"nya..sendu jer...haha
Kepelekang bile tengok cite ni. Ada ke sekolah asrama yang bagi student pompuan free hair + pakai baju ketat atas punggong? Dan lagi satu, boleh ke extend sampai umo 24? Bukan sekolah ade had ke untuk student belajar sampai umo berapa?
Turn off untuk cerita ni ialah pelakon lelaki yang napok bebeno tua nye. Nasib baik ade nora yang comel tu.