CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2800|Reply: 11

[Jenayah] Amukan berdarah

[Copy link]
Post time 3-10-2013 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Pelanggan sebuah restoran di Jalan Kristal, Seksyen 7, di sini gempar sebaik melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah ditetak tiba-tiba rebah di kawasan berhampiran kaunter malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 41 tahun cedera di beberapa bahagian badan termasuk leher, bahu, tangan dan jari selepas ditetak seorang lelaki yang juga rakan serumahnya.

[size=0.9em]Beberapa minit sebelum ditemui rebah, mangsa dikatakan ditetak di rumah sewanya yang terletak di bahagian atas restoran berkenaan.

Selepas ditetak, mangsa terus melarikan diri dan cuba mendapatkan pertolongan orang ramai yang berada di restoran berkenaan sebelum rebah di depan kaunter kerana kecederaan parah di leher.


UNIT Forensik menjalakan siasatan di tempat kejadian.


KESAN darah pada pintu masuk restoran.

Sumber berkata, terkejut dengan kehadiran mangsa yang dipenuhi darah, pelanggan restoran berkenaan segera memberikan bantuan kecemasan dan menghubungi polis.

“Tidak lama selepas itu, seorang lelaki berusia 46 tahun muncul di restoran berkenaan sambil membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa sebelum dia ditahan orang ramai dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa dan lelaki berkenaan rakan serumah sejak setahun lalu.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa mangsa selepas dimaklumkan orang ramai yang berada di restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurutnya, sebelum tiba di restoran berkenaan, dia ada menghubungi mangsa namun panggilannya tidak berjawab walaupun beberapa kali mencuba.

“Saya dan mangsa sering minum bersama di restoran berhampiran. Namun ketika saya menghubunginya untuk mengajak minum, panggilan tidak dijawab.

“Tanpa menyangka sesuatu yang buruk berlaku, saya terus pergi ke restoran berkenaan untuk bertemunya. Alangkah terkejutnya bila mendapati mangsa parah ditetak dan sudah dikejarkan ke hospital,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Harian Metro difahamkan mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek berusia 46 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengetahui motif kejadian,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 08:25 AM | Show all posts
terbaca kat facebook... mangsa ni bekerja kat kedai mamak..berdepan ngan pak li kopitiam tue...

pak li kopitiam tue lak tempat lgbt2 berkumpul
dan laksa katong yang dijual kat pak li sememangnya tak sedap .... bnyk santan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:25 AM | Show all posts
apa la yg digaduhkan smpai mcam ni..
takut nyer org sekrang ni ganas2 jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:37 AM | Show all posts
lahai
main amuk tetak2 tgh public
da fuq

ni ada iras rupa kedai makan kena samun hari tu aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:44 AM | Show all posts
slalu gaduh dgn kwn serumah bukan psl apa sgt, tapi psl mulut..

tak pasal2 nyawa melayang..


baik duk ajala rumah lain, atau duk sorg2.. gaduh ngn cicak, lipas, anjing ka lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri wehh.....tengah2 makan tiba2 datang org berlumuran darah....

mudah sangat nak berparang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 09:00 AM | Show all posts
MissNigga posted on 3-10-2013 08:25 AM
terbaca kat facebook... mangsa ni bekerja kat kedai mamak..berdepan ngan pak li kopitiam tue...

p ...

iols tak rasa depan pak li ni kaka. sebab depan pak li tu jalan raya

sebelah kanan pak li plak khulafah, belah kiri lupa nama apa sebab selalu tutup (tepi hakim tuh), tapi pak li ni kira corner lot yang menghadap jalan.

kedai mana satu ni kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:10 AM | Show all posts
MissNigga posted on 3-10-2013 08:25 AM
terbaca kat facebook... mangsa ni bekerja kat kedai mamak..berdepan ngan pak li kopitiam tue...

p ...

okay, takmo gi pakli dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:11 AM | Show all posts
nasi ayam lemon ngn kuey teow pakli sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:18 AM | Show all posts
gila ganas..mengamuk ditempat awam ngan parang...
mujur xde nyawa yghilang..
elok2 cari rezeki di perantauan..dah jadi kes polis...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:18 AM | Show all posts
opposite PokLi ialah almubaraq. restoran tu pun nyawa2 ikan je. kadang bukak, kadang tutup. tapi mungkin lot tu mungkin x ngam kot. sebelum al mubarq ialah nasi kandar pelita...pun tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:05 AM | Show all posts
MissNigga posted on 3-10-2013 08:25 AM
terbaca kat facebook... mangsa ni bekerja kat kedai mamak..berdepan ngan pak li kopitiam tue...

p ...

tak kena mengena langsung dgn topik ni....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.212378 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list