CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6411|Reply: 42

[Tempatan] Edisi Aidiladha lagi: Kejar lembu di lebuh raya

[Copy link]
Post time 16-10-2013 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.

Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.

“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.

“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 08:32 AM | Show all posts
Lombu pun ikut cam Najib.

Naik minyak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:41 AM | Show all posts
lembu ketakutan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:44 AM | Show all posts
dah biasa duk kondo, tak biasa turun bawah gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:04 AM | Show all posts
dia nak balik kondo umah mak lombu semesia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:19 AM | Show all posts
lmbu skng klu nak lari je msti lari msuk hgway...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2013 09:32 AM | Show all posts
Tak yah la mengumpat lembu tu lg.. Dah selamat dah lembu tu 'kembali' kpd NYA...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:39 AM | Show all posts
tiap tahun ader jer citer mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bole makan lembu beli kt pasar je..yg korban aku tknak amik sebab kesian..tp itula dlm islam tp aku tetap rasa kesian yg amat..sedih hati tgk lembu kt mesjit tungu msa disembelih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:50 AM | Show all posts
paling xleh aku lupakan... terpaksa konbankan lembu dlm parit besor... sbb lari lantas terjatuh....

nak naikan.. lembu ni bagi tentangan yg hebak... terpaksa laa imam turun ke parit sembelih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:54 AM | Show all posts
kalo ada tol agak2 lombu tu bhenti tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:55 AM | Show all posts
keling selangor perasan otai xmarah ke haiwan suci mereka ketakutan ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:13 AM | Show all posts
rospinki posted on 16-10-2013 09:48 AM
Aku bole makan lembu beli kt pasar je..yg korban aku tknak amik sebab kesian..tp itula dlm islam tp  ...

so lembu kat pasar x di sembelih jugakkah? ker jual hidup sekor-sekor
Banyak beza lembu kat pasar dengan lembu korban.
Lembu kat pasar tah bape kurun dari masa di sembelih baru smpai kat pasar.
daging lembu korban sangat fresh, rasanya enak dan manis. Tu sebab ramai orang berkemampuan pun dok berebut nak ambik. Bukan x mampu beli daging lembu kat pasar, tetapi keenakan daging korban tiada bandingan kerana daging itu dikorbankan niat kerana Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:15 AM | Show all posts
nurfariezza posted on 16-10-2013 09:19 AM
lmbu skng klu nak lari je msti lari msuk hgway...

Lombu skang dah skolah, masuk kondo lagi. Dia tau kalau jalan biasa x bole merempit, jalan sempit. masuk highway bole pecut 200 km/ph. Sped trap/AES semua lombu x heran daaa

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:19 AM | Show all posts
bahaya ni pada pemandu..kena hati hati. Nampak macam simple je peristiwa ni tapi ..impak pada pemandu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:20 AM | Show all posts
boyagombak posted on 16-10-2013 10:13 AM
so lembu kat pasar x di sembelih jugakkah? ker jual hidup sekor-sekor
Banyak beza lembu kat pasar ...

tahu...sebab dh jatuh kesian..tak kesah le sedap manis atas niat korban, tpi dh kesian gitu manale makan..biarla sy beli dari pasar(walopun semelih jugak) tpi simple trade..sbnrnya lagi sedap tau..semalam sy masak gula kari daging yg beli je..ada dpt dri surau byk..tpi sedekah kt orang lain..tahun ni ramai yg buat korban berlebih2 daging korban kat surau, 12 ekor..ish2..sampai membazir2 pulak sy tengok semalam..
tpi kesedapan daging beli yang sy masak semalam menyebabkan gulai tu habis sebelum asar..kena lak makan ngan nasik minyak dan acar goreng tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 10:21 AM | Show all posts
boyagombak posted on 16-10-2013 10:15 AM
Lombu skang dah skolah, masuk kondo lagi. Dia tau kalau jalan biasa x bole merempit, jalan sempit. ...

sb lembu2 x heran ngan AES ni.. sbb derang tau boss derang baru menang PAU..ade kabel baik punya nk hapus saman2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:30 AM | Show all posts
kak ijat nape tak ikat betul2 lombu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:37 AM | Show all posts
orang kata lombu nie nak tahu mcm mane tuan empunya nama yg dipikul
kalau ringan dosanya senang lah nak korban kan dia
lagi payah nama yg dipikul lagi payah lah lombu tu nak mati..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:41 AM | Show all posts
sian kat orang yang mengejar tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.378232 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list