CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3489|Reply: 4

Menyorot malapetaka gempa bumi dan tsunami Jepun tahun 2011 dari sudut teknikal

[Copy link]
Post time 25-10-2013 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Malapetaka gempa bumi pantai Pasifik Tohoku dalam tahun 2011 juga dikenali sebagai Gempa bumi Tohoku 2011. Ia merupakan gempa bumi yang bermagnitude 9.0 (Mw ) berpusat 32 km di bawah dasar laut dan70 Km ke timur Tohoku Jepun. Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, pukul 14.46 waktu Jepun 11hb Mac 2011.

Walaupun ia hanya berlaku hanya dalam enam minit sahaja, tetapi membawa kerosakan yang tidak terhingga. Gempa bumi ini pada mulanya dicatatkan pada 7.9 Mw  oleh Pusat Kawalan Gempa bumi Amerika, kemudian dinaikkan kepada 8.8 Mw  dan akhirnya ke 9.0 Mw.  Bandar  yang paling hampir dengan pusat gempa bumi ialah Sendai yang berjarak 130 Km.  Jaraknya dari Tokyo ialah 373 Km.

Gempa bumi ini mencatatkan yang terkuat pernah melanda Jepun dan yang kelima terkuat di dunia semenjak rekod moden dunia dicatatkan dari tahun 1900. Kejadian ini telah mengakibatkan tsunami yang mencapai ketinggian sehingga 40.5 meter di Tohoku yang membawa gelombang ombak sejauh 10 Km ke pantai Jepun.

Dengan adanya peralatan Sistem Amaran Awal Gempa bumi, iaitu yang mengandungi lebih 1,000 alat pengesan seismometer di seluruh Jepun, ia telah dapat menghantar amaran awal kepada berjuta-juta penduduk Jepun daripada terperangkap dalam gempa bumi dan tsunami.

Amaran awal ini telah dihantar oleh Agensi Meteorologi Jepun kepada awam kira-kira 8 saat selepas mereka mendapat signal seismik (P-Waves) atau 31 saat selepas kejadian gempa bumi berlaku.

Agensi polis kebangsaan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12hb September 2012 menyatakan, jumlah kematian menjangkau 15,883 orang dan 6,149 orang mengalami kecederaan serta2,652 orang dilaporkan hilang. Di samping 129,225 buah bangunan ranap dan254,204 buah bangunan hampir ranap dan yang lainnya mengalami kerosakan berjumlah 691,766 buah.

Gempa bumi dan tsunami juga mengakibatkan kemusnahan besar terhadap struktur awam di timur laut Jepun termasuklah jalanraya, rel kereta api, empangan, janakuasa letrik dan sebagainya. Malah Perdana Menteri Jepun ketika itu,  Naoto Kan mengatakan, "Setelah 65 tahun selepas Perang Dunia Kedua, ini adalah krisis yang paling teruk pernah dihadapi oleh Jepun".

Seramai 4.4 juta keluarga di timur laut Jepun tidak mendapat bekalan letrik dan 1.5 juta tidak mendapat bekalan air bersih. Ini disebabkan Kompleks Janakuasa Letrik Nuklear Fukushima dan beberapa janakuasa letrik yang lain terhenti beroperasi. Lebih teruk lagi,penduduk yang mendiami 10 Km radius dari Kompleks tersebut berkemungkinan terkena kesan kebocoran radiasi.

Dianggarkan kerugian daripada gempa bumi sahaja mencecah US$14.5hingga US$34.6 bilion. Di mana Bank Pusat Jepun telah menawarkan US$183 bilion untuk menstabilkan pasaran. Manakala Bank Dunia pula menganggarkan kos berjumlah US$235 bilion, ia merupakan yang tertinggi dalam sejarah dunia mengenai malapekata alam.

Kejadian gempa bumi sering berlaku disebabkan oleh ketidakstabilan pelantar benua atau tektonik. Pergerakan ini menyebabkan pelepasan kuasa elastik yang mengakibatkan gelombang yang akhirnya menjadi gegaran di permukaan bumi.

Ia juga berlaku apabila meletusnya gunung berapi dengan melepaskan kuasa yang berbentuk gas dan lahar. Ini kerana perut bumi dipenuhi dengan bendalir magma serta gas yang mempunyi suhu yang amat tinggi. Ia akan sentiasa mencari mana-mana perut bumi yang lemah untuk ditembusi. Kebiasaannya gunung berapi yang masih aktif sering memuntahkan gas yang panas berserta debu-debu yang mengakibatkan hujan debu gunung berapi.

Jika keadaan semakin kritikal, ia akan memuntahkan pulalahar. Kejadian limpahan debu-debu gunung berapi dan lahar yang terkawal tidak akan menyebabkan gempa bumi. Namun rekod letusan gunung berapi Krakataudi Selat Sunda, Indonesia dalam tahun 1883 telah mengakibatkan gempa bumi yang dahsyat dan tsunami.

Negara-negara yang terletak di pesisir pantai Pasifik yang dikenali sebagai kawasan aktif gunung berapi terutamanya Jepun, Korea, Taiwandan Filipina sering ditimpa malapetaka gempa bumi. Jalur ini juga merentasi barat Pulau Sumatra bersambung sehingga ke Himalaya dan terus ke Iran.  

Gunung-gunung yang masih aktif dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran gas beserta debu-debu dan lahar ditakrifkan sebagai gunung lipat muda. Manakala gunung-gunung yang telah lama terpendam serta tidak aktif seperti di Malaysia dinamakan sebagai gunung lipat tua.

Oleh kerana kedudukan Malaysia terletak tidak jauh dari jalur gunung berapi ini, maka Timur Sabah yang berhampiran dengan Filipina serta utara dan tengah Semenanjung yang menerima kesan daripada pergerakan gunung berapi di pesisir barat Pulau Sumatra sering terganggu jika berlakunya kejadian gempa bumi di sini.

Kaedah untuk mengesan gempa bumi menggunakan peralatan telah dipraktikan di negeri China sejak tahun 132 M lagi. Alat yang dibahagikan kepada lapan arah dengan setiap arah terdapat sebuah kepala naga dengan mulutnya diisikan dengan sebiji bola. Jika salah satu daripada kepala naga tersebut memuntahkan bolanya maka arah itu akan terjadi gempa bumi.

Pada zaman moden, kaedah skala Richter telah dicipta oleh CharlesFrancis Richter dan Beno Gutenberg dalam tahun 1935. Kaedah ini mempunyai skala1-10 yang menetapkan kadar kemusnahan akibat gempa bumi. Namun demikian, kini kaedah pergerakan seismik yang membentuk skala magnitude lebih diutamakan terutamanya bagi mengukur kejadian gempa bumi yang besar.

Bagaimanakah gelombang seismik berfungsi ?

Seismometer adalah sejenis alat sensor yang dapat mengesan dan mencatatkan pergerakan di bumi. Ia mungkin diletakkan di atas permukaan bumi,di dalam lubang bawah tanah ataupun di dalam laut. Satu pakej keseluruhan alat-alat ini yang merekodkan signal seismik dipanggil seismograph. Satu rangkaian seismograph yang secara berterusan merekodkan pergerakan di bumi di seluruh dunia digunakan untuk memantau dan membuat analisa gempa bumi diseluruh dunia.

Dengan banyaknya tempat berlaku gempa bumi dan taburan seismograph yang menyeluruh, ini membolehkan amaran tsunami disebarkan dengan cepat sebelum ketibaan tsunami di sesuatu tempat. Ini dapat menyelamatkan banyak kehilangan nyawa dan harta-benda.

Kaedah menjangka masa terjadinya gempa bumi serta tempat, magnitude dan lain-lain yang menggunakan seismik dipanggil penjangkaan gempa bumi (earthquakeprediction). Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan kejuruteraan.

Gempa bumi yang melanda Tohoku, Jepun dalam tahun 2011 adalah disebabkan oleh pergerakan tektonik Pasifik yang bergerak 8-9 cm setahun. Ia menolak tektonik Honshu ke barat laut. Hasil daripada gempa bumi ini telah menyebabkan  Jepun berubah  2.4 meter ke timur dengan lebih dekat ke utara benua Amerika. Ia secara tidak langsung telah menambah keluasan Jepun dengan tambahan kelebaran ke timur.


Untuk membaca seterusnya sila ke :



Last edited by 4u2Read on 25-10-2013 11:18 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2013 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri gk bila pk sbnrnya kt dasar laut or dlm tnh sntiasa berlaku pergerakan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 09:59 AM | Show all posts
kiranya malaysia dlm kwsn yg tidak selamat walaupun byk gunung berapi dh tua
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:06 PM | Show all posts
kuat jugak...cecah smpai 9.0 skala ritcher
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 04:07 PM | Show all posts
kuat jugak...cecah smpai 9.0 skala ritcher
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.278892 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list