View: 18019|Reply: 88
|
5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita PERLU Tahu
[Copy link]
|
|

Sekadar share manala tahu bermanfaat kepada pengguna 
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru google..mmg banyak kes hotel window fall tu..memang ngeri la.. |
|
|
|
|
|
|
|
shafur posted on 11-11-2013 03:32 PM 
Deja vu
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=756421
sorry. tp xpe bod ni nk ulang2 pun ok rasa nya hehe 
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak...
selama ni selamba je guna cawan dan cerek
 |
|
|
|
|
|
|
|
golinye yg part cerek tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
day2 posted on 11-11-2013 07:05 PM 
golinye yg part cerek tu..
ish...mcm takde tong sampah lak lam bilik tu kan nak buang2 lam cerek lak.....gigih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa nyer kes nie byk berlaku kat hotel2 luar sanun.. bukan di msia..
kat msia nie rasanya hotel2 masih selamat lagi.. kalo ada pun segelintir ajer hotel2 murah
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info
aku pun baru tahu ni
haihhhhhhh
time kat hotel je gedik2 nak buat air
|
|
|
|
|
|
|
|
naya buat bancuh susu anak  |
|
|
|
|
|
|
|
jadi mmg kena selalu membeli Mineral water ketika melancung. Mmg nampak bersih tetapi hakikatnya... ini berdasarkan pengalaman aku semasa kerja di dalam bidang ini satu masa dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
yg cerek tu buat aku 
sbb aku penah guna kot nk buat air...
hrp2 hotel yg aku nginap xde yg buat kje bodo tu  |
|
|
|
|
|
|
|
lagi tips...
jgn tido hotel duduk rumah je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak yang betul pasai hotel nie sbb aku pon penah keje kat situ... hurm  |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm ni mmg amalkn cuci gelas dgn air panas sblm guna. Dan juga cerek cuci dulu dgn air panas. Kalu nak jerang airmmg guna air mineral yg dibeli di luar...tingkap bilik tu mmg perasan mcm x selamat dan jarang nak mnyandar kat situ.
Kalu tdo lat hotel mmg ada rasa x selamat. Baik barang atau apa2 la. Dan selalu terpikir yg kat bilik hotel tu ada kamera tersembunyi.... |
|
|
|
|
|
|
|
tips hebat : jgn sewa hotel..tumpang la d kediaman2 penduduk sekitar |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 12-11-2013 03:19 AM 
yg cerek tu buat aku
sbb aku penah guna kot nk buat air...
hrp2 hotel yg aku nginap xde yg buat ...
Suma hotel buat mcm tu la..aku tau la...aku pun pernah kejer hotel..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|