CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 12

Naik Gaji Adun: Anwar Tegur Khalid

[Copy link]
Post time 29-11-2013 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Naik Gaji Adun: Anwar Tegur Khalid


Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan gaji Adun sehingga mencecah 300 peratus turut mendapat teguran Punahsihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan mendadak, Anwar berkata,  demikian mengulas kenaikan itu adalah tidak wajar.
“Kita setuju dengan kenaikkan tersebut pada dasarnya sebab sudah lama tidak dinaikkan. Kita kena teliti supaya jangan lebih banyak tumpu untuk kenaikan sahaja.
“Sepatutnya kita perlu utamakan bagaimana cara untuk  berkhidmat. Saya fikir kenaikkan tu agak tinggi dari yang diura-urakan,” katanya.
Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memberikan penjelasan secara terperinci.
“Saya minta untuk dia (Khalid) beri penjelasan kepada media apa asasnya (kenaikan gaji) dan teliti semula,” ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya berkenaan kenaikan itu sama ada berlaku desakan daripada mana-mana pihak, Anwar berkata kenaikan itu hnaya mengambil kira kerana tempoh yang lama tidak dinaikkan gaji terhadap pimpinan negeri itu.
“Memang kenaikkan di semua negeri pernah dibangkitkan, tapi tidak ada perbincangan dengan teliti bagi mempertimbangkan dan menelitinya.
“Kalau dibandingkan dengan gaji kawasan Parlimen lain lebih rendah. Sebagai contoh, tengok pejabat Ketua Pembangkang, semua 32 pegawai ada di situ,” kata beliau.
Semalam, usul kenaikan gaji Adun, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan Menteri Besar diluluskan menerusi Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 yang dibacakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang Dun.
Gaji dan elauan bulanan pimpinan Selangor itu dinaikkan antara 87 peratus hingga 373 peratus bermula Januari tahun depan.
Kali terakhir gaji dan elaun dipinda pada 2011, tetapi hanya membabitkan kenaikan Adun seanyak 46 peratus, iaitu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.
- SINAR HARIAN


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 02:21 PM | Show all posts
yup agreed.. kena semak dengan teliti dan beritahu media asas kepada gaji itu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
anwar x pa la dia tegur.. walau pun gaji rm1, tp claim setahun smpi 15 juta..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 02:07 AM | Show all posts
tu semua lakonan je...PKR memang Parti Kencing Rakyat..kononye tegur...dia berlakon tegur pun sebab tak nk bagi rakyat slangor marah..tu je..

politik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 10:12 AM | Show all posts
DIA MEMANG PELAKON HEBAT PUN....KALAU TAK...TAKKAN BANYAK VIDEO PANAS DIA...
MACAI MACAI PR MEMANG PEMINAT UTAMA ALjxbxORI NI...KO KUTUK APA PUN...MESTI MEREKA NI BELA NYA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 02:40 PM | Show all posts
hehehehehee abg nuar marah kat khalid sebab bas abg nuar tue khalid belum bayar duit maintenance lg hehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2013 03:20 PM | Show all posts
MAINTENANCE JET???
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 03:23 PM | Show all posts
great politician in here. tak tahu mana fakta, realiti dan penipuan.
oh ahjib GOReng , macai detected ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 03:29 PM | Show all posts
kunun tegur la tu, padahal dah pakat masing2. PUIH!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 03:41 PM | Show all posts
SANDIWARA ALAF 2014
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 06:16 PM | Show all posts
PANAS DAN TERKINI !!! DRAMA HARAMJADAH TERBARU DARI ANWAR DAN AZMIN !!!






Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak emasnya, Azmin Ali terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disifatkan sebagai 'drama minggu ini'.

Menurut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Anwar dan Azmin dilihat sengaja mahu menjadi hero dalam isu berkenaan apabila bukan sahaja melemparkan kritikan terbuka kepada Abdul Khalid, malah turut mengarahkan Menteri Besar menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji.


Selain itu beliau berkata, Anwar dan Azmin juga diyakini sengaja mahu mengeksploitasi isu kenaikan gaji tersebut kerana mereka melihat 'perang' berkenaan mampu mengalihkan perhatian rakyat terhadap insiden pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang bertindak keluar parti secara beramai- ramai Selasa lalu.


"TIBAI menganggap komen Anwar dan Azmin tidak ubah umpama drama minggu ini yang sedang memaparkan adegan retak menanti belah. Saya juga yakin Azmin marahkan Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak menaikkan gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga kekal dengan bayaran RM1.


"Namun, jika Abdul Khalid kekal dengan pendirian untuk melaksanakan kenaikan gaji itu tanpa mempedulikan bantahan pemimpin PKR agar ditangguhkan, ini membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak laku dan perlu berundur sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Semalam Anwar dalam kritikannya terhadap kepemimpinan Abdul Khalid berkata, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan cara untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau menyifatkan kenaikan gaji itu agak tinggi berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.


Azmin pula meminta kenaikan berkenaan ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar itu lebih munasabah dan mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan kepada rakyat berhubungan pelaksanaan tersebut.





Bagaimanapun Abdul Khalid dalam reaksi segera kepada kritikan berkenaan menjawab; "Itu hak Azmin untuk tolak dan bantah. Beliau boleh ambil semua duit (gaji baharu) itu atau dermakan sebahagiannya untuk kerja amal".



Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 08:54 PM | Show all posts
Anwar saran Adun KEADILAN Selangor sumbang gaji ke tabung pendidikan



KUALA LUMPUR 30 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan sebahagian kenaikan gaji melibatkan wakil rakyat Selangor disumbangkan kepada Tabung Pendidikan Anak Selangor.

Menurutnya, perkara  itu dinyatakan selepas berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, KEADILAN sebagai parti reformasi, sensitif terhadap kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Justeru, setiap wakil rakyat disaran  menyumbangkan RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah tabung berkenaan.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.

Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.

Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56848
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 10:42 AM | Show all posts
SIAPA NAK MONITOR???? KENA SIARKAN LE NAMPAKNYA RM1K TU MASYUK KE DAK?? BAINYA......
GAJI RM1 TAPI CLAIM 15 JUTA....TABUNG RM1K CLAIM...?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063708 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list