CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18507|Reply: 0

Sejarah Asal Usul Adanya Kasut di Dunia

[Copy link]
Post time 3-12-2013 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Asal Usul Adanya Kasut di Dunia - Kasut adalah barangan yang sudah tentu tidak asing bagi kita semua. Setiap pergi ke sekolah atau ke pejabat mahupun kemana sahaja, kita pasti mengenakan kasut. Selain untuk melindungi kaki, kasut juga membuat penampilan kita menjadi lebih rapi.Namun kasut ternyata juga menyimpan sejarah panjang dan menarik untuk diketahui oleh kita semua.

Sejarah didapati Kasut:
Para ahli sejarah menganggarkan kasut pertama kali dibuat pada zaman ais atau lima juta tahun lalu dan dibuat dari kulit binatang. Kasut primitif dalam jumlah besar pernah ditemui di pedalaman Missouri, Amerika Syarikat dan dijangka berasal dari 8000 Sebelum Masehi (SM). Kasut lain juga pernah ditemui di pergunungan Perancis dan berasal dari 3300 SM. Selain dari kulit binatang ada juga kasut yang diperbuat dari rumput atau semak untuk melindungi kaki dari teriknya sinar matahari atau dinginnya cuaca. Selain di Missouri Amerika, juga didapati alas kaki yang berasal dari peradaban Mesir kuno, Viking, dan China kuno.



Pernah ditemui sebuah alas kaki yang berasal dari Mesir purba dan mempunyai gambar yang sangat indah. Alas kaki tersebut merupakan milik Raja Mesir. Alas kaki saat itu digunakan juga untuk menunjukkan status sosial. Masyarakat Yunani Purba juga mempunyai alas kaki yang sangat menunjang aktiviti mereka. Sepatunya mempunyai banyak tali yang diikat di sekeliling betis. Tentera Romawi kuno juga mempunyai kasut yang sangat khas dan dipanggil caligae. Saat para tentera Romawi kembali dari peperangan dan menang, caligae nantinya akan diberi paku yang berasal dari gangsa, perak bahkan emas. Sejarah Pendek Asal Usul Kasut




1800
Kasut bertapak getah pertama dibuat dan dinamakan "Plimsolls." 1892 Goodyear dan syarikat kasut getah bahagian dari US Rubber Company, memulakan menghasilkan kasut getah dan kanvas dalam nama yang berbeza dan pada akhirnya ditentukan bahawa Keds adalah nama yang terbaik. 1908 Marquis M. Converse mendirikan Converse shoe company, yang merevolusikan permainan bola keranjang lebih dari seabad dan menjadi ikon Amerika.

1917 Kasut keds adalah kasut olahraga pertama yang dihasilkan secara besar-besaran. Kemudian kasut ini nantinya akan dipanggil sneakers oleh Henry Nelson McKinney, seorang agen pengiklanan untuk NW Ayer & Son, kerana solnya lebih halus dan tidak menimbulkan suara decitan pada keadaan tertentu. 1917 Converse mengeluarkan kasut bola keranjang pertama, the Converse All Star.

1920 Adi Dassler, pengasas Adidas, mula menghasilkan kasut sukan buatan tangan di bilik mandi ibunya, tanpa bantuan alat-alat elektrik. 1923 The All Star memberikan kesempatan pada Chuck Taylor All Star, untuk membuat kasut berjenama Chucks, Kekurangan, Connies. Kasut ini terjual lebih dari 744 juta di 144 negara. 1924 Adi dan Rudolph Dassler, dengan bantuan 50 anggota keluarganya, mendaftarkan perniagaannya dengan nama Gebr der Dassler Schuhfabrik di Herzogenaurach, Jerman. Ini menjadi awal penubuhan Adidas seperti sekarang.

1931 Adidas menghasilkan kasut tenis pertamanya. 1935 Converse mengeluarkan the Jack Purcell dengan logo "Smile" di bahagian depan. Kasut itu menjadi sangat terkenal di Hollywood dan di kalangan anak-anak nakal, namun pada tahun 1930, ketika badminton dan tenis menjadi terkenal, Jack Purcell hanya tinggal sejarah. 1948 Puma Schuhfabrik Rudolf Dassler didirikan dan dunia dikenalkan pada PUMA Atom, kasut bola sepak pertama PUMA digunakan oleh pasukan bola sepak Jerman Barat. 1950 's • Sneakers menjadi kasut pilihan di mana-mana dan menjadi simbol dari pemberontakan.



Murah dan mudah diperoleh oleh seluruh anak muda di seluruh dunia. Di US, cheerleaders menggunakan sweaters, skirt mini dan sarung kaki pendek dengan kasut dan atasan canvas (atau keds). The fashion secara rasmi diperkenalkan ketika James Dean diambil gambar menggunakan seluar jinsnya dan sneakers putih. • Kasut bertumit tinggi alias "stiletto" menjadi trend di awal 1950-an. 1962 Phil Knight dan Bill Bowerman melucurkan kasut olahraga berteknologi tinggi (di tahunnya) dengan Blue Ribbon sports (BRS) dan pada tahun 1968 seiring dengan design dan teknologinya yang baru, menukar nama mereka menjadi Nike. 1970 • Platform shoes dengan tumit setinggi 2-5 inci menjadi rebutan lelaki dan wanita. • Era 70-an juga merupakan awal bagi kasut model bakiak menjadi popular. 1972 Logo Adidas mengalami perubahan dengan memakai konsep "Trefoil Logo" yakni logo visual tiga daun kerangkai.



1979 Nike mencipta siri Nike Air yang pertama. Lalu pada tahun 1982 dikeluarkan Air Force One, dan melancarkan si legenda Nike Air Jordan (1985)-yang merupakan sebuah achievement bagi the rookie of Chicago Bulls ', Michael Jordan hingga Nike Air Max pada tahun 1987. 1990 Awal era ini diramaikan dengan jenis kasut bertapak rata, berwarna dan persegi. Namun, lagi-lagi platform shoes kembali berjaya. 1995 Muzium kasut Bata di Toronto, Kanada rasmi dibuka pada bulan Mei. 1996 Adidas melakukan pemodenan dengan konsep "We knew then-we know now" yang menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan masa kini. 1998 -2001 Kasut lars menjadi salah satu simbol paling popular dari Order Baru yang ketenteraan. 2006-2008 Model wedges shoes (bertumit sebiji) yang sesuai dengan banyak jenis outfit, warp dan strappy shoes menjadi incaran wanita.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037785 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list