Hari ini 27 Disember 2013, penyampai radio popular Linda Onn bakal disatukan dengan seorang kerabat negeri Johor di kampung halamannya di Johor Bahru.
Menurut sumber yang Astro Gempak petik daripada Media Hiburan Online, bakal suami Linda bernama Ungku Azhar, berusia awal 40-an.
Gambar berinai ini juga di ambil daripada portal hiburan yang sama…Cantik dan berseri-seri Linda Onn kan? Mungkin dah tak sabar dan berdebar nak bergelar isteri.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, sebelum ini memberitahu kepada pihak media majlis pernikahannya akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. Dia turut memberitahu majlis resepsi akan menyusul selepas majlis akad nikah dan akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini.
|