CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4502|Reply: 13

[Jenayah] Kastam versus Polis

[Copy link]
Post time 21-12-2013 04:04 PM | Show all posts |Read mode
‘Orang dalam’ kastam diburu

Kuala Lumpur: Lebih ramai kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang disyaki menjadi ‘orang dalam’ kepada sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, akan ditahan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihaknya percaya ada lagi anggota dan kakitangan agensi itu terbabit.

Ia adalah susulan penahanan 11 individu termasuk empat pegawai kastam baru-baru ini, yang dipercayai menjadi punca pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mudah dibolosi sindiket penyeludup.

“Kita akan memanggil ramai anggota dan kakitangan (kastam) untuk membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai yang akan ditangkap,” katanya selepas melancarkan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awan Bersepadu (i-SPAAA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam.

Ditanya kemungkinan ada kakitangan dari agensi penguatkuasaan lain terbabit, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan itu.

Pantau agensi KDRM

Beliau berkata, polis juga sedang memantau agensi penguatkuasaan berkenaan dan hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan.

Selain itu, pihaknya sedang memantau teliti semua pintu masuk utama negara bukan saja di KLIA, malah di semua pelabuhan dan lapangan terbang seluruh negara untuk mengesan pembelot yang bersekongkol dengan sindiket dadah.

Difahamkan, dua dari empat pegawai kastam terbabit ditahan di kuarters kediaman mereka di Kelana Jaya dan Seremban, manakala dua lagi di pejabat KDRM di Nilai, pada 14 dan 16 Disember lalu.

Turut ditahan ialah tujuh individu terdiri dari empat lelaki warga Nigeria, seorang warga India dan dua lelaki tempatan. Semua mereka berusia 22 hingga 58 tahun.

Polis turut merampas 67 kilogram (kg) syabu, 9.7kg heroin dan 25.3kg kafein, keseluruhannya bernilai RM14 juta, menyita wang tunai RM34,950 serta dua kenderaan dipercayai milik suspek selain merampas sepucuk pistol jenis CZ bersama megazin serta 30 butir peluru hidup.

Sindiket itu dipercayai sudah setahun beroperasi di negara ini dan mempunyai rangkaian dengan sindiket tempatan.

Modus operandi ialah dengan masuk ke Malaysia melalui KLIA dan terus ke hotel berhampiran sebelum menghubungi syarikat pengurusan lapangan terbang supaya menghantar barangan mereka ke hotel.  - BHarian

https://www.facebook.com/pages/V ... lam/403142033068693

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
good job..tp jgn bila org dah tak amik tau sindiket ni berleluasa semula..dan aku yakin pemimpin adq terlibat tp mcm biasa akan terlepas..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 04:21 PM | Show all posts
Just Like What My Former Lecturer Said,
Where Corruption Goes Worst Ever,
Between These Two Bodies,
But Just Because Of Few Members Involved,
Semua Kena Tepek Lumpur,
Kesiannya...

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 05:18 PM | Show all posts
seludup dadah je la problem..seludup benda lain ok je
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 09:06 PM | Show all posts
Saya sebagai pegawai  kastam. nak kongsi pandangan Ketua Pengarah Kastam Malaysia tentang Isu ini

perbualan ini dikongsi dalam FB dari seorang pengarah dari ibu pejabat Kastam putrajaya

tertarik dengan cerita dari Ibu pejabat..
hari ni isu Nama Jabatan tercemar didada akhbar
hanya share

MALU?
=====

Tadi, seorang Sahabat berkata kepada Ketua Pengarah Kastam- KPK:

“Kita berasa MALU dengan kejadian 4 orang pegawai kita DITANGKAP Polis. Harapkan pagar, pagar makan padi”.

Ahh…!

Semua orang memberikan JAWAPAN BALAS...

Tapi saya lebih KAGUM dengan jawapan KPK - yang mana jawabnya lebihkurang begini:

“Malu?

“Kenapa kata malu?

"Sememangnya malu. Anak-anak pun malu.

“Tetapi kenapa mahu tengok konteks itu?

"Polis tangkap kita, kita juga pernah tangkap polis.

“Ia bukan soal malu, itu soal KERJASAMA.

"Tugas MELAWAN dadah bukan sahaja tugas KASTAM tetapi tugas SEMUA”.

------------------

Emm...

lantas hati saya berbisik: "Tabik Dato’ Sri – reverse thinking – saya suka itu"

Ya...

Biarkan polis meneruskan tugasnya, tangkap siapa saja untuk kejayaan NEGARA. Kenapa kita harus MEMBUANG MASA berusaha menghilangkan MALU itu?

Ya...

Tidakkah terasa MALU mahu membuang MALU yang sememangnya MEMALUKAN?

Ahh...!


P/S:

Bukan isu Kastam Versus Polis
KPK guna KERJASAMA Kastam dengan Polis Last edited by bushido_ump on 21-12-2013 09:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 10:36 PM | Show all posts
Kesimpulan:

Kastam guna Polis untuk tangkap Kastam. Senang.
Itu baru dinamakan kerjasama.

Kalau Kastam tangkap Kastam, meme tak jadi apa laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2013 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 21-12-2013 10:36 PM
Kesimpulan:

Kastam guna Polis untuk tangkap Kastam. Senang.

Betul. Sy sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 05:51 AM | Show all posts
patut le ...berlambak GRO ..kena tangkap ...poong bolih timbul lagi ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 06:00 AM | Show all posts

Tonto semakin berani-mengugut penguatkuasa
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775303

Menurutnya, dalam serbuan ke atas tapak binaan itu, sejumlah 51 pendatang asing berusia antara 18 dan 45 tahun ditahan.
mana tak berani ...dah bayar ...poong kena kacau ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 06:21 AM | Show all posts
apapun harap2 bila tangkap nanti,media dedahkan muka
dan nama 4 ekor Kastam Senior tu.

biar malu 7 keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 06:25 AM | Show all posts
ringcat posted on 22-12-2013 06:21 AM
apapun harap2 bila tangkap nanti,media dedahkan muka
dan nama 4 ekor Kastam Senior tu.

tak baik mendedahkan aib orang
itu pilihan mereka sendiri
biar mereka menyesal dgn kesalahan itu

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 10:32 AM | Show all posts
YAaaa Apa yang penting kerja........sama.... apa yg penting kerja.....sama..
Kita semua adalah Satu Ketumbukan Organisasi Kerajaan. Kuasa-kuasa yg adalah hendaklah digunakan untuk jalankan tugas dgn berhemah dan saksama...Yang bersalah diadili...Tidak kira mereka-mereka berkerja dlm sektor swasta or govt.
Terkadang mereka-mereka terlepas dari diadili...
Penjenayah/musuh akan berfikir lebih dari apa yg kita fikirkan sebelum membuat jenayah/tindakan..
Sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga ke tanah...
Sepandai-pandai terbang tinggi..jatuh juga ke tanah..
Setinggi-tinggi pangkat/kuasa/sombong/ ke dalam tanah jua akhirnya..

# JANGAN JADIKAN KETUMBUKAN ORGANISASI KERAJAAN SEBAGAI MEDAN PERANG SESAMA SENDIRI KERANA MUSUH SEDANG MEMERHATI DI LUAR PAGAR.
# JADIKAN KETUMBUKAN ORGANISASI KERAJAAN SEBAGAI KETUMBUKAN YANG DIGERUNI DAN DIHORMATI KERANA KETEGASAN DAN KETULUSAN DALAM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA-MEREKA YG BERSALAH TIDAK KIRA DARI SEKTOR SWASTA @ GOVT @ ORG PERSEORANGAN.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Angkara nila setitik... rosak susu sbelanga.... Tahniah PDRM & KDRM... bkerjasama membanteras pengkhianat negara... Warga KDRM jgn rasa malu... asam garam tugas sbg penguatkuasa... cemuhan dan kejian lumrah manusia.... teruskn perjuangan kalian... dalam setandan pisang takkan semuanya busuk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 08:46 AM | Show all posts
sekngucing posted on 22-12-2013 06:25 AM
tak baik mendedahkan aib orang
itu pilihan mereka sendiri
biar mereka menyesal dgn kesalahan itu ...


setuju tu , takdir @ pilihan ..org yg disabitkan tue buat pilihan kemudian menyusul takdir kena tangkap akibat pilihan mereka sendiri


  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081797 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list