KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang terus meningkat terutama semasa waktu puncak sebelah pagi, demikian menurut kajian tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Kajian itu menunjukkan peratus penggunaan pengangkutan awam pada 2013 ialah 20.8 peratus, meningkat 1.2 peratus daripada 19.6 peratus pada 2012. SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah perjalanan yang dibuat semasa waktu puncak sebelah pagi juga meningkat sembilan peratus kepada 5.7 juta perjalanan pada 2013 berbanding 5.3 juta perjalanan tahun sebelumnya. "Pada 2013, penumpang dalam tempoh puncak sebelah pagi setiap hari ialah 827,000 berbanding 635,000 pada 2012," kata kenyataan itu. Kajian itu juga mendapati penumpang rel bandar juga melepasi penumpang bas memandangkan rel menyumbang 52 peratus bagi pengguna pengangkutan awam. - BERNAMA
|