View: 4445|Reply: 17
|
Sistem PBS ditambah baik
[Copy link]
|
|
Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat pembaikan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini.
Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, usaha meningkatkan keberkesanan sistem tersebut sedang giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu bagi mengelakkannya menjadi bebanan kepada guru.
Menurutnya, beberapa kaedah termasuk mengganti sistem baharu dan membuat ujian keberkesanan sedang dijalankan sebelum sistem itu dapat berfungsi dengan lebih baik untuk memudahkan guru mengisi data murid.
''Memang sistem PBS menghadapi masalah dan kementerian sedang dalam usaha mengatasi kelemahan ini, ia sedang dalam peringkat pembaikan.
''Pembaikan sistem ini memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat digunakan sepenuhnya pada April kerana yang penting ia dapat membantu guru menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan tanpa mendatangkan sebarang masalah selepas ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya Putrajaya, baru-baru ini.
Pelaporan ini diharap dapat memberi gambaran tentang potensi murid secara holistik dan maklumat tersebut dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.
PBS merupakan transformasi sistem pendidikan negara yang sebelum ini berfokuskan peperiksaan diubah kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik namun didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data murid terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
Selain itu, Na'imah berkata, berbanding PMR yang mana murid akan diuji pada akhir tingkatan 3 dengan peperiksaan pusat yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan, penilaian PBS melalui empat komponen tersebut ditaksir mengikut pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada profil, pencapaian, perkembangan serta penyertaan murid.
''Ibu bapa akan mengetahui tahap pencapaian anak mereka melalui pernyataan keputusan bagi empat komponen PBS yang mengandungi komponen akademik dan bukan akademik yang dikeluarkan pihak sekolah mengikut Band 1 hingga 6.
''Keputusan pernyataan Pentaksiran Pusat (PP) A hingga F iaitu Cemerlang atau belum mencapai tahap minimum masih dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan manakala Pentaksiran Sekolah, keputusan kokurikulum dan inventori murid dikeluarkan pihak sekolah," jelas Na'imah.
Katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan dalam pelaporan PBS antaranya termasuklah semua mata pelajaran murid ditaksir menyeluruh dari tingkatan 1, 2 hingga 3 mengikut Band dan pelaporan dijana oleh sistem.
Penilaian melalui PBS itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Menurutnya, konsep PBS menekankan pentaksiran bersifat holistik bertujuan membangunkan modal insan menyeluruh dengan memiliki ciri profil murid PBS, maklumat tentang kebolehan murid dikumpul lebih komprehensif melalui profil dan pencapaian murid.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas ditutup pada bulan november dan akan dibuka kembali pada januari 2014...sekarang sudah ditunda ke april 2014...apa sudah jadi?bagaimana dengan data murid pada tahun lepas yang belum di key-in? |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
xpdckelate posted on 4-2-2014 02:27 PM 
tahun lepas ditutup pada bulan november dan akan dibuka kembali pada januari 2014...sekarang sudah d ...

Kalau dia suruh key-in koma lar...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
AceHand posted on 6-4-2014 08:10 AM 
Kalau dia suruh key-in koma lar...
abah dia kalu kena key in jugak,haha 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
xpdckelate posted on 6-4-2014 10:20 PM 
abah dia kalu kena key in jugak,haha

Semoga bantahang untok mansoh PBS berjaya... Kalau 'malu' nak mansoh cecepat lambat pong tak hapo lar... Banyak lagi cara laing yang lebih berkesang untok meningkatkang prestasi pelajar tanpa menyusahkang guru... Kalau pelajar 'bermasalah' semakeng meningkat ramai pelajar cemerlang pong tarak guno jugok... Itu kerajaang tak nampaklah pulok... Mereka ni kan bakal pelapis negara...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
AceHand posted on 6-4-2014 10:53 PM 
Semoga bantahang untok mansoh PBS berjaya... Kalau 'malu' nak mansoh cecepat lambat pong tak h ...
tak mansuh pun,ditambah baik sajo,katenyalah....semua offline dan kena simpan data sendiri sebagai bukti....mansuh karang nanti malu pulok pok yidin 
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaa...
xpdckelate posted on 7-4-2014 12:13 PM 
tak mansuh pun,ditambah baik sajo,katenyalah....semua offline dan kena simpan data sendiri sebagai ...

Ye lar... Kerajaang kalau dia buat pepe mana ada kengsel lagi dah... Malu lar... Yang jenis 'tak malu' bagi mansoh semer projek kerajaang ni Pak Lah saja... Habes projek Mahathir dia kengsel... Hah! Hah! Hah!
PLKN tu pong aku dengar kata memana tempat yang 'bermasalah' memang ditutop... Tapi tutopnya tu pong sampai tuwo sudah tak bebukak lagi... Tu pong kira 'mansoh' lah tu... Mansoh cara 'halus'... Heh! Heh! Heh!
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
AceHand posted on 8-4-2014 12:43 AM 
Ye lar... Kerajaang kalau dia buat pepe mana ada kengsel lagi dah... Malu lar... Yang jenis 't ...
PLKN tu perabihkan duit sajork...motif tak kemana...budok2 dimanjakan bukan diberi kursus betul2...patut ikut modul macam singapore 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
xpdckelate posted on 9-4-2014 10:29 PM 
PLKN tu perabihkan duit sajork...motif tak kemana...budok2 dimanjakan bukan diberi kursus betul2.. ...

Sepatotnya perkemaskang sajo unit beruniform ko kurikulum sedia ada... Ni semer bazir jah...
Errr... Singapura buat macamana...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hah! Hah! Hah!
xpdckelate posted on 11-4-2014 06:48 AM 
letak saja bawah cabang ATM yang ada samada laut,darat atau udara tak payah letak kat resort n ...

Sapa yang dok kat laut 3 bulang tu balek jadi 'itam'... Hah! Hah! Hah!
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
AceHand posted on 13-4-2014 12:43 AM 
Sapa yang dok kat laut 3 bulang tu balek jadi 'itam'... Hah! Hah! Hah!
pakai sunblok la,hu2 
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kan, PBS ni system yang fail dekat Aussie . dunno why govt tak teruskan dengan PMR...PMR much better kot....they've seen how the system failed and had to be replaced....perhaps in a good way they try to prove that PBS would be a success, tapi application dia sangat2 kena refined... |
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 7-5-2014 02:12 PM 
sebenarnya kan, PBS ni system yang fail dekat Aussie . dunno why govt tak teruskan dengan PMR...PMR ...
nak mansuh boleh,tapi mana nak letak muka yidin...faham2 la, sistem pendidikan kita banyak dipolitikkan dan mereka yang terlibat kebanyakan nak mencetak NAMA sahaja 
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 9-5-2014 12:20 PM 
nak mansuh boleh,tapi mana nak letak muka yidin...faham2 la, sistem pendidikan kita banyak dipolit ...
sebab tu menteri pendidikan kena beri yang ada backgroud pendidik...tak boleh beri portfolio sewenang2nya...tapi tula..sesetengah orang cuma reti pumpang2...blerghhh
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 9-5-2014 04:35 PM 
sebab tu menteri pendidikan kena beri yang ada backgroud pendidik...tak boleh beri portfolio sewen ...
semua nak buat pembaharuan,nak buat program supaya NAMA mereka tercetak dalam sistem pendidikan,hampeh 
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 9-5-2014 05:59 PM 
semua nak buat pembaharuan,nak buat program supaya NAMA mereka tercetak dalam sistem pendidikan,ha ...
silap nye kat situ lah...menteri bijak berkata2, tak bijak berpikir...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|