CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1778|Reply: 6

[Tempatan] SPAD: 40% kenderaan berat terlalu uzur, lama

[Copy link]
Post time 19-2-2014 11:04 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ketika ini, sebanyak 40 peratus kenderaan berat yang beroperasi di atas jalan raya di negara ini dikategorikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai kenderaan lama dan uzur.

Lebih memburukkan keadaan, 83 peratus kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan pada tahun 2012 adalah disebabkan oleh kenderaan-kenderaan berat ini, di mana sebilangannya turut melibatnya kenderaan lama yang disebutkan tadi manakala 18.7 peratus pula adalah lori.

Ketika mendedahkan perkara ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, waluapun agak sukar untuk 'mengarahkan' syarikat-syarikat yang memiliki kenderaan berat termasuk lori lama dan uzur itu menukar kenderaan mereka, namun usaha-usaha ke arah itu sedang giat dijalankan.

"Kita tahu kenderaan uzur dan lama yang tidak disenggara dengan baik antara penyumbang kepada kemalangan namun kita juga tidak boleh memaksa syarikat-syarikat berkenaan menukar secara mendadak kenderaan mereka.

"Kemungkinan syarikat berkenaan hanya ada satu sahaja kenderaan berat berkenaan dan kenderaan itu pula uzur, jadi agak sukar untuk mereka membeli kenderaan baru.

"Tapi, kita sedang berusaha dan memantau perkara ini dengan teliti agar jumlah kenderaan berat yang lama dan uzur akan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

"Lambat laun, mereka kena akur untuk menukar kenderaan lama itu kerana mereka juga kena mematuhi kod amalan kesihatan dan keselamatan SPAD bagi membolehkan permit mereka diluluskan," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 11:06 PM | Show all posts
turunkan harga jentera tersebut
setiap 3 tahun pengusaha ganti baru
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 11:11 PM | Show all posts
Lori kepala kayu merupakan jentera paling celaka atas jalan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 12:00 AM | Show all posts
..kat London nun bas/lori tahun 60an masih dipakai lagi...itu nugara maju tuh...masalahnya bukan usia kenderaan, tapi perkara2 berikut:

- Sistem perlesenan
- Peraturan (efektif/updated atau tidak)
- Penguatkuasaan peratutran (
- Rasuah atau tidak
- Insentif pada pengusaha






Last edited by pyropura on 20-2-2014 12:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 12:44 AM | Show all posts
ada2 aje nak suruh kluaqkan duit berbelanja, depa tak nak tau pulak sbb apa kenderaan uzur tu? jalan berlubang2 tak ambil kira? rasuah bawah meja? statement ni paling best, bunyi mcm ugut ja..sepad sepad..

"Lambat laun, mereka kena akur untuk menukar kenderaan lama itu kerana mereka juga kena mematuhi kod amalan kesihatan dan keselamatan SPAD bagi membolehkan permit mereka diluluskan," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 08:03 AM | Show all posts
‘Syed Albar has failed taxi drivers’

KUALA LUMPUR: Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Syed Hamid Albar should resign for failing to revamp the current taxi system nationwide, said a taxi service provider company.
According to Premium Big Blue Taxi Service founder and advisor Shamsubahrin Ismail, Syed Hamid was only interested in visiting the Mass Rapid Transit (MRT) sites rather than focusing on transforming the taxi system in the country.
“He talks a lot about transformation but he has only introduced the 1Malaysia Taxi program using the Gold Proton Exora.
“But a few trips to Genting (Highlands), the car breaks down and it takes a lot to fix it,” Shamsubahrin said in a press conference at his office here today.
According to Shamsubahrin, not all national cars were suitable to be used as taxis.
“When we say that the Exora is not suitable to be used as taxis, they condemn us and say that we do not support national products,” he said.

sepenuh:
http://www.freemalaysiatoday.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2014 08:20 AM | Show all posts
takkan nak kenderaan baru je kot......ampuh ke deme nak wat cam tue...bukan beli kereta peloton wei nak angkut tanah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.481369 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list