CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6857|Reply: 25

KES PUKUL ANAK DI SWEDEN, ANAK MENGAKU PERNAH DIPUKUL SERIBU KALI?

[Copy link]
Post time 20-2-2014 08:47 PM | Show all posts |Read mode
(4 GAMBAR ROTAN) KES PUKUL ANAK DI SWEDEN, ANAK MENGAKU PERNAH DIPUKUL SERIBU KALI?admin | 20/02/2014        | 0 Comments

Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak-anak mereka, berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013.

Memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, Ammar,12, berkata beliau juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.

Kenyataan itu disampaikan dalam video oleh pendakwa Anna Arnell di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mattias Moller pada hari kedua perbicaraan. Memakai seluar jeans dan jaket hijau, Ammar juga memberitahu tentang dua insiden di mana beliau didakwa dipukul oleh ibu bapanya.

Insiden pertama adalah apabila dia mendengar muzik yang kuat ketika melakukan kerja rumah dan ibunya memukulnya dengan penyangkut baju sebagai hukuman. Insiden kedua adalah ketika dia dan kakaknya bergaduh di dalam kereta semasa bapa mereka memandu mereka ke sekolah. Beliau berkata beliau telah dipukul di bahu oleh bapanya Azizul Raheem Awaluddin setelah memukul kakaknya.

Terdahulu di dalam video berasingan, anak bongsu pasangan itu  Arif telah menunjukkan beberapa objek yang diambil dari rumah mereka dan diminta untuk mengenal pasti yang mana digunakan untuk memukul beliau. Beliau yang berusia tujuh tahun kemudian mengenal pasti dua rotan dan pembersih karpet sebagai objek yang digunakan oleh ibunya, Shalwati Nor Shal untuk memukulnya.

Mamakai baju kurung berwarna emas, tudung kelabu dan jaket, Shalwati kelihatan tenang sepanjang prosiding itu yang diadakan pada waktu pagi. Dia dan suaminya Azizul duduk bersama peguam mereka Johan Tamm dan Kristofer Stahre.  Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang prosiding.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia, Datuk Badruddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammed Tayib dan beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan itu. Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember 2013 kerana didakwa mendera keempat-empat anak mereka , yang kini di bawah jagaan ibu saudara mereka di Kelantan.

Mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, bulan lepas. Anak sulung pasangan itu Aishah , 14, dan Ammar kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala Adam , 11, dan Arif kini belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan dijangka berjalan selama 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dan akan melihat Shalwati dan Azizul membuat pengakuan tidak bersalah mereka atas  melanggar integriti anak-anak mereka.

Berita asal: Astro Awani

- See more at: http://sensasimalaysia.com/4-gam ... thash.KiBo3tZ5.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 08:53 PM | Show all posts
simpan rotan...tapi tk pernah ajar anak2 tau pemimpin tanah air... sampai malaysia Datuk Seri I think jawab yg budak pompuan gemok tu...menyampah..ini la dia melayu duduk obersea..poyo...lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 09:39 PM | Show all posts
budak budak diberi minum coke, jadi hyperactive. bila tak leh control kena pukul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:20 PM | Show all posts
Awal perbicaraan pun dah makin menarik ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:42 PM | Show all posts
rotan sampai 4 btg......mmg psycho......mmg jenis tgn laju je naik......
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 11:33 PM | Show all posts
ibubapa uy bermuka2 kat luar depan kawan2 tunjuk mulia alim sangat. Haaaaa.... Tuhan bayar cash. Satu donia tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2014 01:22 AM | Show all posts
tengok kesian bila anak anak depa ni balik malaysia. semua benda dia buat menjadi perhatian media. nampak sangat dorang tak selesa dengan perhatian yang di beri. tahu,rakyat malaysia ni kan prihatin. tapi,sampai depa masuk sekolah di ambil tahu. semua pasal mereka rasa di tanya. kalau diri saya sendiri pun tak selesa. eh,macam lari topik je. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:07 AM | Show all posts
tgk drp pic tu mcm hepi famili jeh...
kerap gak dorang kena pukul ngan mak pak...
bebdk mn pndi menipu kan...
kalo citer yg sama ..konpem btl la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 11:40 AM | Show all posts
kesian budak2 tu..
makayah spesis panas baran...
ke mental problem..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 12:12 PM | Show all posts
Jenis mak pak yg panas baran dan tak boleh kawal diri.

Nasib baik tak jd kejadian yg lebih teruk kat budak2 tu.

Anak2 cam ni mesti akan ingat apa yg mak bapak depa buat sampai mati.

Susah nak kaunseling budak2 yg trauma cam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 12:32 PM | Show all posts
mcm x percaya pulak aku mak bapak dorg mcm tu. tgok gmbar mcm bahagia je
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 03:28 PM | Show all posts
takutnya tgk bahan bukti....

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 05:50 PM | Show all posts
tu gambo masa bebudak tu kecik lagi..cute cute jer sumer
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 05:59 PM | Show all posts
muka cam baik....

sian anak2 dia...takkan anak2 dia nak menipu lak....takkan anak dia sanggup biar mak pak kena lockup..

ker ada org ugut anak2 dia....tapi apa lak motipnya.....huhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 06:56 PM | Show all posts
bnyk spekulasi org buat tp xtaulaa yg mn yg betulnya

1- mak bpk baran
2- anak hyper- jenis bila cakap xmakan saman
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:31 PM | Show all posts
Me baca open letter from sahabat the couple.. he said the couple sgt baik n sederhana ja orgnya.. so tak yah la dengor sgt report kaunselor sweden itew.. they ollz punya undang2 diferent dari we ollz. Kalo anak tak nak buat homework ke school work boleh jer they ollz nak hukum anak murid kan? Me faham they nak protect kids but they went too far la sampai penjarakan the parents bukan nye the kids kena dera pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 09:35 PM | Show all posts
Btw kat sweden kids kenot kena jentik pun mengikut undang2 they ollz lah hehe  so kalo kena rotan ke hanger ke kira kesalahan berat. Stupid laws.  Kat Malaysia ni cikgu pun boleh ja rotan budak2 nakal kat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 10:41 PM | Show all posts
dunia2..................kesian pasangan nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 11:18 PM | Show all posts
kesian family ni....apa nak buat, duduk tpt org, nak tak nak kena ikut law diorang. kalaupun common sensenya, pukul anak sikit = bukan dera, tp law di situ kata camtu, nak buat gaya mana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 12:28 AM | Show all posts
Parent mental.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.335291 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list