CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14159|Reply: 49

Housemate jenis banyak tanya. Macam mana nak atasi?

[Copy link]
Post time 22-2-2014 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Salam...
Aku ada masalah sikit dengan sorang housemate aku ni (merangkap room mate). Kiranya dia baru beberapa bulan la masuk rumah ni. Masalahnya dengan dia ni, dia terlalu lah banyak tanya sampai boleh buat aku rimas. Ok, mula-mula tu aku rasa dia macam okay, friendly, boleh bawak sembang. Tapi lama kelamaan aku dapat rasakan yang dia ni busy body.

Aku ingat aku sorang je yang rasa dia camtu. Rupanya housemate aku lagi sorang pun rasa rimas jugak dengan dia ni. Korang bayangkan, first day masuk rumah ni, dia dah tanya berapa gaji housemate aku yang rimas jugak kat dia tu. Itu baru tanya gaji, belum tanya pasal benda lain lagi.

Haritu masa tengok tv waktu malam, aku bancuh la air nescaffe o. Saje la aku minum sebab aku memang selalu je buat tiap malam. Lepas tu boleh pulak dia tanya kenapa aku minum nescaffe. Dia tanya lagi, aku nak stay up ke malam ni minum nescaffe? Aku malas nak layan, aku jawab je la cara sarkastik. Aku jawab, "kan dah memang selalu minum. Tak tau pulak nescaffe boleh minum kalau nak stay up je". Lepas tu dia mcm terasa dan terus tak tanya pape lagi. Tapi cara tu tak terkesan sangat sebab tak lama lepas tu mesti ada je soalan bangang dia nak tanya.

Housemate aku yang turut sama rimas dgn dia tu, kalau nampak dia duduk kat ruang tamu dan takde orang lain yang lepak sama kat ruang tamu, memang dia cepat2 bangun dan masuk bilik. Kalau budak tu ada dalam bilik, cepat2 dia pergi ke ruang tamu. Fyi, kami bertiga sebilik.

Housemate aku yg rimas kat dia jugak tu pernah lah cerita kat aku. Masa dia tengah basuh kain, budak tu pergi dapur dan tanya, "kak b** basuh kain ke?". Nasib la bukan kena kat aku. Kalau aku, memang pissed off la rasanya dan mulalah keluar jawapan sarkastik. Satu lagi perangai dia ni, dia suka bercerita/bertanya tak tengok mood orang terlebih dahulu. Dulu time aku busy dengan final year project, balik rumah mesti dah malam. Penat, stress, semua ada la. Memang nampak la muka aku stress. Boleh pulak dia banyak tanya. Memang aku bertambah stress la jawabnya.

Bertanya tu normal. Tapi bila kita banyak tanya, lebih2 lagi tak tengok mood orang tu macam mana, tu yang buat orang naik rimas tu. Aku ingat nak tegur dia dgn cara slow talk. Tapi aku tak reti la nak cakap macam mana kat dia. Kalau boleh tak nak buat orang kecik hati. Sekarang ni dengar cerita dia dah nak pindah rumah lain yang dekat dengan tempat dia intern. Memula kitorang happy la. Tapi dah nak dekat hujung bulan ni, takde pun nampak gaya nak pindah. Barang pun tak kemas. Housemate aku tanya dia, bila nak pindah (sampai mcm tu sekali), pastu dia cakap tak sure lagi nak pindah ke tak. Hmmm....

Kalau tak pindah, kena la hadap dia. Dah la duduk sebilik. So macam mana nak selesaikan masalah ni? Last edited by Mashi17 on 23-2-2014 11:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2014 08:28 AM | Show all posts
Alamakk. Thread ni dah ada eh? Katup je la kalau lebih kurang sama. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 08:40 AM | Show all posts
apa kata ko start pow dia..suruh dia belanja makan..alang2 dah dia sayang ngn ko...baru dia stop banyak tanya kot..lol...

sekali dia banyak tanya "bila korang nk belanja aku makan plak?" lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 08:56 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 22-2-2014 08:40 AM
apa kata ko start pow dia..suruh dia belanja makan..alang2 dah dia sayang ngn ko...baru dia stop ban ...

Haha... Since aku dah habis study, aku balik rumah parents aku. Tu pun sebab aku nak mengelak daripada dia la. Housemate aku yang lagi sorang tu keje dah. Nak tak nak dia kena la hadap budak tu haha sian dia. Hari2 duk whatsapp aku suruh balik rumah sewa sebab tak nak duk berdua dgn budak banyak tanya tu.

Dia cakap, budak tu tanya ada tak aku texting housemate aku tu sepanjang aku duduk rumah parents aku ni. Pastu dia tanya kat housemate aku tu bila aku nak balik rumah sewa. Aku cakap la kat housemate aku tu yang aku tak kan pergi sana selagi budak tu tak pindah. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 09:01 AM | Show all posts
Nak kata aku ni jenis banyak cakap, tak pun. Aku memang jenis tak suka banyak cakap. Kalau dia tanya, aku jawab sepatah sepatah je atau tak jawab langsung (buat tak dengar). Tapi semua tu tak mujarab la. Tak kan sepanjang waktu kat rumah tu aku nak sumbat telinga dgn earphone pulak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:04 AM | Show all posts
jujur dgn dia ? kdg2 org cmni ada culture shock atau mental wayar otak rosak..

jadi bantu dia. nasihatkan dia. ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2014 10:07 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:04 AM
jujur dgn dia ? kdg2 org cmni ada culture shock atau mental wayar otak rosak..

jadi bantu d ...

Jujur ape benda ko ni? Tak paham aku. Huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:10 AM | Show all posts
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:07 AM
Jujur ape benda ko ni? Tak paham aku. Huhu...

jujurlah yang kau annoying dgn dia?

yang kau peram watpe? kadang2 budak tu lurus bendul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2014 10:16 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:10 AM
jujurlah yang kau annoying dgn dia?

yang kau peram watpe? kadang2 budak tu lurus bendul..

Yup memang aku nak terus terang tapi aku tak reti sangat nak cakap macam mana untuk bagi dia faham dan dalam waktu yang sama, tak nak dia kecil hati.

Tekaan kau memang betul. Dia memang lurus bendul. Skema la katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:22 AM | Show all posts
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:16 AM
Yup memang aku nak terus terang tapi aku tak reti sangat nak cakap macam mana untuk bagi dia faham ...

aku pernah rasa pe dia rasa...

tips aku? nasihatkan dia supaya tak culture shock? atau pun suruh dia bermasyarakat.. jgn jd penguin bawah tempurung...

kau guide dia dpt pahala?

mcm aku? belajar daripada pengalaman..

kalau kau tak guide dia sampai bila2 dia tak faham dan jd sebegitu..

masalah ni dinamakan social mental problem..

atau cultur shock...

mungkin dia ni dahulu kena buli? atau di sisih masyakarat? atau pun lone ranger??

bukan tugas kita nak menghukum dia. tp tugas kita bantu pe termampu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2014 10:31 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-2-2014 10:22 AM
aku pernah rasa pe dia rasa...

tips aku? nasihatkan dia supaya tak culture shock? atau pu ...

Uikk... Aku rasa kau ni macam overthinking pulak. Dia takde la nampak macam pernah jadi mangsa buli, culture shock, lone ranger or apa2. Dia ni seorang yang nampak skema, baik, dan cerdik. Aku rasa mungkin sebab dia budak masscomm, so dia terbawak bawak sampai ke rumah (sikap banyak tanya. Maybe).

Dia ada jugak pernah cerita kat aku yang classmate dia ramai yg macam tak suka dia. Aku diam je la. Dalam fikiran aku, "dengan perangai ko yg mcm ni, tak ramai yang tahan". Hehehe.

Kawan2 yg dia kata bff dia, masa perlukan dia (pinjam duit) baru cari. Masa tak perlu, diorang kawan dgn org lain. Mungkin dia kesunyian kot. Tapi pedulik ape aku. Dia dah ganggu ketenteraman jiwa aku dan manusia lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:51 AM | Show all posts
Mashi17 posted on 22-2-2014 10:31 AM
Uikk... Aku rasa kau ni macam overthinking pulak. Dia takde la nampak macam pernah jadi mangsa bul ...

budak masscoom ek? suruh dia jd budak wartawan..

atau paparazzi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 11:32 AM | Show all posts
ada masa kita raya annoying bila orang banyak tanya. tapi dia sendiri tak sedar yang dia buat orang lain annoyed kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 01:30 PM | Show all posts
social mental problem
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 10:07 AM | Show all posts
org mcm ni ko kena laser balik

membasuh ke? x la..cuci pinggan
nk stay up ke? taktahu plak coffee ni utk org jaga malam..xde plak kat kotak ni bgthu

time ko stress..aku tgh sakit kepala nanti2 la tnya..kalau x faham bahasa gak, ko cakap

ko ni byk tnya betul la..waktu utk tnya2 adalah dr pukul 9pg smpi 9mlm shj..luar waktu kaunter pertanyaan ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la kan kita nih jangan peramah dgn sebarang orang... kena kaji dan faham dlu sikap manusia nih....

aku dlu jenis peramah gak tapi aku perasan la osmet aku yg jenis suka nafsi nafsi cam tak suka je bila aku peramah dgn dia... bukan busy body pun... ada orang jenis nafsi nafsi

Sejak tu aku dah tak peramah dgn sebarang orang.... klu bff aku baru aku keluarkan balik perangai gile gile aku.... dgn orang lain aku pendiam dan skema...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2014 11:18 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 23-2-2014 08:52 PM
Tu la kan kita nih jangan peramah dgn sebarang orang... kena kaji dan faham dlu sikap manusia nih... ...

Nafsi nafsi? Cemana tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 11:23 PM | Show all posts
tiramisuu posted on 23-2-2014 10:07 AM
org mcm ni ko kena laser balik

membasuh ke? x la..cuci pinggan

Azab wei... Dah la katil aku sebelah katil dia. Setiap kali sebelum aku nak tidur, aku akan baring sambil online. Time tu pun dia menyemak tanya macam2. Aku online baca blog, tengok forum, fb, macam2 lagi, terus tak boleh nak fokus. Bila aku buat dono je, mulalah dia tanya "mas buat ape tu? Online ape?". Sampaikan aku kena sumbat earphone dan pasang lagu kuat2 supaya aku boleh ignore dia. Bayangkan, sampai aku tidur bertentangan dgn arah dia tidur semata-mata tak nak kepala kami searah. Punyalah aku nak avoid dia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 11:26 PM | Show all posts
popjack posted on 22-2-2014 01:30 PM
social mental problem

Aku ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 11:28 PM | Show all posts
Mashi17 posted on 23-2-2014 11:26 PM
Aku ke dia?

budak byk tanya tu lah, aku ikut pepatah adam si bilionaire tu!ayat baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.131366 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list