CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3288|Reply: 35

[Tempatan] BR1M selaras dengan syariat Islam

[Copy link]
Post time 24-2-2014 12:35 AM | Show all posts |Read mode
PEKAN: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.
"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.
Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.
"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M Parlimen
Pekan di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini hari.
Di majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 1,000 penerima daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Peramu Jaya,  Bebar dan Pulau Manis.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya.
Najib berkata, kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diletakkan sebagai keutamaan tertinggi dalam pertimbangan kerajaan.
Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan perlu memperkukuhkan ekonomi negara untuk mengelak daripada berhadapan situasi terpaksa meminjam untuk perbelanjaan negara.
"Ia tidak banyak beza dengan mengurus rumah tangga, jika kita terpaksa pinjam daripada pihak lain sama ada insitusi kewangan, koperasi atau paling parah pinjam daripada ah long kerana tak cukup pendapatan, maka kita akan berhadapan dengan situasi yang parah," katanya.
Menurutnya, ekonomi negara pada masa kini berada di tahap yang baik dengan pertumbuhannya berada di paras sederhana tinggi, lebih baik berbanding kebanyakan negara.
Namun, katanya, masih ramai yang tertanya-tanya dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak dan menghapuskan subsidi gula dalam keadaan sedemikian.
"Ramai yang tertanya-tanya kenapa pula perlu naik harga minyak dan hapus subsidi gula seolah-olah membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi pada masa kini," kata Najib.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa jumlah pembayar cukai di negara ini tidak ramai sedangkan perbelanjaan kerajaan bertambah setiap tahun.
"Setiap tahun kita perlu tambah penjawat awam, rekrut ribuan jadi guru, jururawat, polis dan tentera dan kalau kita tambah penjawat awam, perbelanjaan juga meningkat, sedangkan hasil tidak bertambah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar untuk memastikan hanya golongan yang berpendapatan rendah sahaja menerima manfaatnya iaitu menerusi BR1M sekali gus mengawal perbelanjaan serta memperkukuh ekonomi negara. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 12:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 12:55 AM | Show all posts
kali ni tarak misleading tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 12:56 AM | Show all posts
masalahnya tu bukan duit ko bijan.........tu memang duit yang dikutip daripada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:17 AM | Show all posts
Amaun selaras x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:21 AM | Show all posts
duit BR1M aku dah habis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2014 07:14 AM | Show all posts
lobai DS Najib lebih mulia daripada lobai bodoh yg kata "takkan pegi kelinik free kerajaan nk layanan first class"

lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:14 AM | Show all posts
lobai DS Najib lebih mulia daripada lobai bodoh yg kata "takkan pegi kelinik free kerajaan nk layanan first class"

lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 07:17 AM | Show all posts
HUHA posted on 24-2-2014 01:21 AM
duit BR1M aku dah habis.

cepatnya....kau beli apa?.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:29 AM | Show all posts
wahhhh
dah jadi ustaz pulak
mujib...mujib
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:36 AM | Show all posts
Salaam.

Tak hairan kalau macai mati2 backup; BENGAP.



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:40 AM | Show all posts
leenaz posted on 24-2-2014 07:29 AM
wahhhh
dah jadi ustaz pulak
mujib...mujib

sejak2 gamba amik wuduk tu, fefeeling ustaz pulak pokcik sorang tu



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:45 AM | Show all posts
BungaSaffron posted on 24-2-2014 07:40 AM
sejak2 gamba amik wuduk tu, fefeeling ustaz pulak pokcik sorang tu

Nasib baik macai tak berebut-rebut ambil air lebihan basuhan

Baru urban

Macai style.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
BungaSaffron posted on 24-2-2014 07:40 AM
sejak2 gamba amik wuduk tu, fefeeling ustaz pulak pokcik sorang tu

Seriously??? Gila kelakar. Terguling2 aku gelak baca caption dlm image kau tepek
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 24-2-2014 07:45 AM
Nasib baik macai tak berebut-rebut ambil air lebihan basuhan

Baru urban

Hahahaha. Ntah2 diorang amik and letak dalam botol bawa balik rumah buat minum. Amik berkat orang kata. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:48 AM | Show all posts
BungaSaffron posted on 24-2-2014 07:40 AM
sejak2 gamba amik wuduk tu, fefeeling ustaz pulak pokcik sorang tu

kan
patut artikel ni letak gambar tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib dah start quote hadis pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:54 AM | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 24-2-2014 07:45 AM
Nasib baik macai tak berebut-rebut ambil air lebihan basuhan

Baru urban

tak sanggup ku bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 07:55 AM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 24-2-2014 07:47 AM
Seriously??? Gila kelakar. Terguling2 aku gelak baca caption dlm image kau tepek

page2 troll gini memang kretip bab2 meng-troll jibby & geng be end
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 09:33 AM | Show all posts
d-7-0ne posted on 24-2-2014 12:56 AM
masalahnya tu bukan duit ko bijan.........tu memang duit yang dikutip daripada rakyat.

daripada rakyat kembali semula kpd rakyat memanglah tak melanggar syariat Islam.  Terimalah tanpa was2.  Wa halalan thoiyiban.  Tanpa cop halal pun tetap halal untuk semua.  Tak gitu ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.078717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list