View: 6358|Reply: 17
|
5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus
[Copy link]
|
|
5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja baru-baru ni tiba-tiba ‘jatuh cinta’ dengan Miley Cyrus selepas menonton Hannah Montana. Cerita ini sudah lama tapi sebab baru tengok, Teacher Muja tersuka. Malangnya, Miley Cyrus sekarang sudah jauh berbeza dengan Hannah Montana. Sedih, tapi apa sangatlah yang kita boleh buat.
Mahu tahu beberapa fakta menarik tentang Miley Cyrus? Kamu tahu tak nama sebenar Miley Cyrus bukan Miley? Ya, Miley Cyrus bukan nama sebenar bintang pop yang telah menghiasi dada-dada tabloid dalam beberapa tahun ini termasuklah perkara baik dan perkara buruk. Jadi apa nama sebenar Miley Cyrus?
Namun begitu, bintang remaja ini kelihatan sangat fokus dengan satu perkara iaitu karier muziknya, yang sangat jelas berjaya dengan dominasi yang berjaya dilakukan pada carta muzik seluruh dunia. Daripada Hannah Montana kepada seorang yang dianggap keterlaluan, popularitinya dilihat semakin meningkat tanpa tanda kejatuhan.
Miley Menderita Penyakit Tachycardia
Miley Cyrus menderita sebuah penyakit jantung iaitu Tachycardia yang menyebabkan kadar jantungnya yang dalam keadaan rehat tiba-tiba menaik dengan mendadak. Miley pernah berkata,”Di atas pentas, tiada satu detik pun di mana saya tidak memikirkan jantung saya.”
Dolly Parton Adalah Ibu Pembaptisannya
Penyanyi country legenda dan penulis lagu, Dolly Parton adalah ibu pembaptisan Miley Cyrus.
Nama Sebenar Miley Cyrus Adalah Destiny Hope Cyrus
Nama sebenar Miley Cyrus adalh Destiny Hope Cyrus tetapi ditukar untuk menyesuaikan dengan nama pentasnya kepada Miley yang berasal dari nama panggilannya iaitu ‘Smiley’.
Rekod Vevo Untuk Lagu Wrecking Ball & We Can’t Stop
Lagu Miley Cyrus yang bertajuk ‘Wrecking Ball’ memecahkan rekod paparan VEVO untuk lagu paling banyak dimainkan dalam tempoh 24 jam. Ini pun berlaku selepas ‘We Can’t Stop’ memecahkan rekod yang lain. Ia mencapai 100 juta tontonan lebih cepat daripada video lain dalam sejarah.
Tarikh lahir Miley Cyrus
Ramai juga yang tertanya-tanya umur sebenarny Miley Cyrus. Miley Cyrus dilahirkan pada 23 November 1992. Jadi, pada tahun 2014, Miley Cyrus berumur 22 tahun! Opps, sama pula umur kami. Sangat mengagumkan apabila bintang pop yang masih muda ini berjaya menjual berjuta-juta album dan berjaya menggapai populariti yang luar biasa pada umur yang sangat muda.
Teacher Muja dapat rasa ramai yang bermimpi untuk menjadi Miley Stewart dalam Hannah Montana, tapi masihkan mereka berasa begitu melihatkan Miley Cyrus sekarang? Begitulah manusia. Mereka boleh berubah dengan begitu drastik dalam sekelip mata. Tidak perlulah kita hairan tentangnya. Makanya, selalulah berdoa agar Allah sentiasa menetapkan Islam dan Iman kita supaya sentiasa meningkat dan kita tidak berubah ke arah keburukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman Hanna Montana juga yg sweet ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 suka jugak layan Hannah Montana |
|
|
|
|
|
|
|
...HANNAH MONTANA IS DEAD...klau x silap miley ni berubah sejak
mak pak diorg nak bercerai... |
|
|
|
|
|
|
|
suka juga hanna montana ni..lawak sbb abang dia tu..sampai terpikir nak mengurat gadis yg lahir pada 1992..maklumlah aku pun masa tu form 6...sejak miley dah berubah arah...aku rasa menyampah..dah la suara tk berapa best...itu sahaja komen saya..time kaceh |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet then.. tgk gmbr concert baru dok mengangkang je tak habis2 |
|
|
|
|
|
|
|
aik lum rasmi ke nama Miley tu... igtkan dia dh tukar terus nama legally.. |
|
|
|
|
|
|
|
miley da officially tukar name ke miley cyrus..dlm 3 or 4 years lpas la..
cube tgk "last song" miley yg blakon ngn ex fiance dye... |
|
|
|
|
|
|
|
BellExOra: miley da officially tukar name ke miley cyrus..dlm 3 or 4 years lpas la.. cube tgk "last song" miley yg blakon ngn ex fiance dye...
iyek? last song tu lagu apa?
aku bru tau miley sebaya aku 22, muka mcm lewat 20an je |
|
|
|
|
|
|
|
Suke sgt dia dlm hannah montana..best..
Tapi sejak dia dok suka mngangkang ni, terus x minat..
Memang artis keluaran disney, semuanya akan hancur yee.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua sayang hannah montana dari miley skang..
aku pun...zaman hannah montana siap pi tgk movie lagik..
tapi sayang lepas putus tunang dia makin teruk |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 28-2-2014 03:02 PM
iyek? last song tu lagu apa?
aku bru tau miley sebaya aku 22, muka mcm lewat 20an je
last song tu...movie..
miley ngn liam..
|
|
|
|
|
|
|
|
teruk sangat Miley ni... kenapa la tak kekalkan imej dalam Hannah Montana tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
I think dia ni tengah alami 'identity crisis'. Dia masih lagi2 mencari2 diri dia sebenar and lebih2 lagi di sana byk sgt pengaruh.
Also, i think dia nak penonton tgk dia sbg seorang dewasa, bukan lagi 'hanna montana' yang sweet…tu sbb perubahan dia begitu mendadak.
But yalah…ni mcm terlalu sgt nak tunjuk kat org yg dah dewasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
comey jah time rambut panjang dulu..huhuu........ |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah, time hannah montanna tu sgt la sweet nye..
now mcm hilang arah.. |
|
|
|
|
|
|
|
miley yg dulu bkn lah yg skrg... dlu cantik sekarang hampeh melayang. adehhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|