CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2679|Reply: 8

info kekosongan jawatan kontrak upm

[Copy link]
Post time 7-3-2014 10:34 AM | Show all posts |Read mode
dari masa ke semasa i akan updet kekosongan jawatan kontrak di upm
semoga dpt membantu kengkawan yg masih mencari.

sebagai mukadimah hari nih....

IKLAN JAWATAN KOSONG PT(P/O) GRED N17
               
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di UCTC.  Taraf jawatan adalah Kontrak.
                    
Syarat Lantikan;
1.        Warganegara Malaysia,
2.        Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
3.        Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,
4.        Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kepujian empat (4) matapelajaran lain yang berkaitan pada peringkat SPM.
               
Pemohon yang berminat diminta mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan yang boleh dimuaturun daripada laman web Pejabat Pendaftar, UPM di alamat http://reg.upm.edu.my beserta salinan sijil-sijil pelajaran, kad pengenalan, surat beranak dan dokumen lain yang berkaitan.
              
Sila majukan borang permohonan yang telah lengkap ke Pejabat Pengarah, UCTC UPM di alamat seperti berikut :
               
PEJABAT PENGARAH,
PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI,
BANGUNAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR.
            
pada atau sebelum 14 Mac 2014 (Jumaat).
            
PERHATIAN :
(i)        Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak  mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii)        Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii)        Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
              
Sekian, terima kasih.
              
Zamre bin Yaacob
Penolong Pendaftar
No. Tel: 03-8947 1811               
No. Faks: 03 89464114
e-mail : [email protected]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2014 10:47 AM | Show all posts
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM
            
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar, UPM mempelawa calon Warganegara yang berkelayakan untuk membuat permohonan sebagaimana maklumat yang dilampirkan.
            
Sekian, terima kasih.
         
SALINAH BINTI JUNID
Penolong Pendaftar Kanan
Hospital Veterinar Universiti
Fakulti Perubatan Veterinar, UPM
Tel.: 03-86093943

berminat?
sila mohon sebelum 20 Mac 2014

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 05:02 PM | Show all posts
Diploma boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
wat masa nih mmg tgh bz

Last edited by bangcak on 2-4-2014 03:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 06:05 AM | Show all posts
bangcak posted on 7-3-2014 06:42 PM
Try le.
Biasanya iklan nih iklan tertutup so
Kalu try mungkin tak ramai dtg.

takde maknenye uolsss.....orang dalam yg tau tu tak reroger geng2 or sedara theyols ke? harus beratus yg datang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:24 AM | Show all posts
Bila diperlukan pekerja ni? Now tgh pregnnt 6 months..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2014 10:51 AM | Show all posts
JAWATAN KOSONG DI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
            
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar, UPM
mempelawa calon Warganegara yang berkelayakan untuk membuat permohonan bagi jawatan
Pembantu Setiausaha Pejabat (N17) / Setiausaha Pejabat (N27).
         
Tarikh Tutup Iklan: 17 Mac 2014
            
Sekian, terima kasih.
         
JUL BAKAR TAJUDIN
Ketua Penolong Pendaftar
Fakulti Perubatan Veterinar, UPM
Tel.: 03-8609386
Faks: 03-89471971
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 12:57 PM | Show all posts
ni jawatan kontrak ke sambilan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2014 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cikieda posted on 11-3-2014 12:57 PM
ni jawatan kontrak ke sambilan?

Kontrak. Setaon/ 6bln. Depens bajet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.741868 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list