CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 2

Kebankrapan.....adakah wajar si bankrap di lepaskan secara otomatik ??

[Copy link]
Post time 10-3-2014 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Sdra/sdri sekeliannya, assalamualaikum,

Kebankrapan adalah satu perkataan taboo pada pemegangnya. Si bankrap tidak dapat keluar negara, tidak boleh bekerja dengan syarikat keluarga, tidak boleh membaharui road tax kereta, tidak boleh bertanding didalam pilihan-raya, tidak dapat menjadi Pengarah Syarikat dan byk lagi sekatan sekatan yang dikenakan terhadap pemikul nya.

Banyak sebab sebab kenapa sesaorang itu di bankrapkan. Hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah pendek kata hutang hutang yg melebihi RM30,000 boleh menjadikan sesaorang itu bankrap apabila ia tidak dapat membayar balik ansuran bulanan yang di tetapkan. Walaubagaimanapun terdapat kes kes saperti menjadi penjamin kepada pelajar atau penjamin kepada satu satu loan, juga menjadi bankrap apabila pelajar atau penerima loan tidak membayar balik jumlah pinjaman nya. Ini adalah kes yang 'malang' buat penjamin.

Sunggohpun begitu ada terdapat kes kes di mana Pengarah Syarikat jatuh bankrap kerana tidak menepati janji nya kepada pelabur. Contohnya ialah Azlan Kazaidin, bekas Pengarah kepada Syarikat Jari Hijau Enterprise dan juga bekas Pengarah kepada Syarikat Hartanah Proven S berpejabat di Sungai Buloh, Selangor. Azlan Kazaidin sekarang adalah seorang muflis. Azlan melalui syarikatnya telah menarik wang dari pelabur pelabur untuk urusan perniagaannya dengan janji pulangan dividen yang tinggi. Setelah bertahun tahun membuat urusan jual-beli di internet, menjual prodak herba dan kesihatan, menjual buku buku, Azlan telah membuka perniagaan vermikompos melalui Syarikat Jari Hijaunya tapi kemudian nya beraleh arah membuat Projek Hartanah melalui Syarikat Proven S bersama abang dan kakak nya. Kesemua wang dari pelabur pelabur di Projek Vermikompos di pindahkan kepada Projek Hartanah ini. Ada yang melabur sehingga RM260,000 di dalam Projek Hartanah Azlan Kazaidin. Tetapi belum pun sampai 6 bulan, Syarikat Jari Hijau telah tutop dan beliau juga telah keluar sebagai Pengarah di Syarikat Proven S. Pelabur pelabur telah kehilangan wang yang banyak. Dari 'research' yang di jalankan oleh pelabur yang kehilangan SUKU JUTA wang oleh Azlan Kazaidin, ia mendapati, tiada perniagaan hartanah yang di jalankan oleh Azlan sejak dari mula kerana tanah tanah belum di pecah lot dan tanah didalam perjanjian yg dibuat bukan milik Syarikat nya saperti yang di katakan. Ini adalah satu penipuan dari Azlan sejak mula lagi dan Azlan di heret ke mahkamah dan di jatuhkan status muflis pada 18/10/2013. Dia tidak hadir ke mahkamah untok 'defend' diri nya. Dan sehingga hari ini gagal menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia di Shah Alam.

Individu individu yang jatuh muflis atas kerana menipu orang awam adalah tergulong di dalam status bankrap yang paling hina atau yang paling bawah.

Banyak 'pressure Group' yang di tubohkan oleh NGO atau lain lain badan untok memperjuangkan hak hak mereka yang bankrap. Salah satu nya adalah Forum di bawah:

http://www.lawyerment.com.my/boa ... ankruptcy_Law-0.htm

Ramai yang mahukan undang undang kebankrapan di gubal dan di ubah kerana ia menyekat individu individu untok maju. YB Khairy Jamaluddin dan beberapa individu lain juga telah menyokong bahawa merwka yang bankrap perlu di berikan peluang ke-2.

You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=Bm-di54DTWo

Saya sangat bersetuju dengan usha Yb Khairy Jamaluddin supaya mereka yang jatuh bankrap bukan atas sebab mereka sendiri saperti mereka yang menjadi penjamin dilepaskan kerana mereka hanyalah penjamin dan bukan penghutang. Penjamin tidak bersalah jika org yg dijamin tidak membayar hutang mereka. Juga bagi mereka yang sudah menjelaskan hutang pokok  (Capital Debt) diberikan peluang untok bebas dari status bankrap kerana mereka sudah menjelaskan hutang mereka. Dalam byk keadaan org yg berhutang terpaksa membayar bunga yang sangat banyak, jadi ini tidak adil utk mereka. Jika mereka dapat menjelaskan hutang pokok, mereka sepatutnyalah diberikan peluang untok bebas dari muflis.

TETAPI...

Kes kes kebankrapan saperti Azlan Kazaidin tidak harus di berikan pelepasan kerana ia menipu orang awam. Azlan Kazaidin perlu membawa status kebankrapan ini sehingga akhir hayatnya selagi ia belum menjelaskan hutangnya kepada pelabur. JIka individu individu yang sentiasa mengambil peluang untok berniaga atas wang orang awam di berikan harapan atau hope bahawa status bankrap ini boleh di lupuskan maka akan terdapat ramai opportunist yang akan membuka syarikat syarikat dan menarik pelabur pelabur untok melabur. Setelah cukop wang di perolehi, mereka akan menutop syarikat mereka saperti apa yg di lakukan oleh Azlan Kazaidin...dan melarikan diri dengan wang itu.

Individu individu saperti Azlan Kazaidin yang dulunya pernah memberikan ceramah ceramah bagaimana mengelakan diri dari masaalah keuwangan untok mereka yg mempunyai rekod CTOS dan mereka yang disenarai hitamkan atau mereka yang sudah jatuh bankrap sudah tentu tahu bagaimana mahu memboloskan diri dari permasaalahan bankrap. Sudah tentu dia tahu cara untok lari dari masaalah ini dengan menggunakan segala lubang lubang yang ada didalam sistem yang ada. Dan salah satunya ialah tidak menghadirkan diri di JIM.

Saya sangat berharap kepada YB Khairy Jamaluddin supaya dapat melihat isu kebankrapan ini dari sudut orang yang di tipu oleh si bankrap. Pelepasan muflis ini perlu di lihat secara merit dan perlu mendapat persetujuan dari pempetisyen (mereka yang membankrapkan) juga melalui usha si bankrap ini untok membayar balik wang hutang mereka sehingga habis. Si bankrap saperti Azlan Kazaidin tidak boleh dilepaskan ke domain awam kerana ia akan sentiasa mencari jalan untok menipu orang awam dalam bisnes dan orang awam perlu mendapat perlindungan daripada menjadi mangsa penipuan mereka mereka ini.






























Last edited by Tresta on 10-3-2014 03:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 11:11 PM | Show all posts
bg adam manusia ramai penipu..

siapa suruh melabur dan bodo2 kena tipu..

simple je..

sorry cakap kasar..

akhirat ada bro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 11:33 PM | Show all posts
TQ AdamBillionaire.....

You tak cakap kasar..cuma beri pendapat saja.

Ramai org yang kena tipu disebabkan mereka ini naive atau tidak ariff didalam hal hal bisnes. Apabila mendapat kepastian dan ketentuan yang wang mereka selamat untok di laburkan, maka mereka mudah percaya.

Azlan Kazaidin dan keluarganya menjalankan bisnes hartanah. Mereka ada ofis, ada pekerja dan ada tanah tanah yang mereka tunjok kepada pelabur. Tapi itu adalah show saja.

Itu tak mengapa, tapi isu nya sekarang ialah org saperti Azlan Kazaidin yang sudah pun bankrap perlu membawa status ini sehingga akhir hayat nya supaya ia tidak diberikan peluang ke-2 utk menipu lagi...sehinggalah ia dapat membayar semula jumlah yang di hutangnya.

Terima Kasih.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044215 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list