CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 2

Sejarah Internet

[Copy link]
Post time 14-3-2014 11:19 AM | Show all posts |Read mode


Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear.

Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.

Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.

Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 12:12 PM | Show all posts
aku ingat lagi masa mula2 involve dgn keje2 yg memerlukan jaringan internet satu ketika dulu seperti sistem Abacus bagi syarikat pelancungan..time tu apabila berkomunikasi secara online hanya terhad diantara dua pihak dimana dihubungkan melalui dom server ke bgitu bunyinya..itupun hanya terhad kepada berberapa patah perkataan yg penting sahaja.

ketika itu kemahiran IT amat limited apatah lagi bagi aku yg baru mula bekerja..tetapi sekali sekala pakar system syarikat datang ke pejabat kami untuk update / upgrade system maka aku mengambil kesempatan itu memerhati dengan bersungguh2 apa saja yg dia lakukan. kemahiran untuk memperbaiki kesulitan sistem iaitu memahami certain command di keyboard mampu membantu sebarang kesulitan sekiranya berlaku tanpa perlu menunggu pakar utk datang memberi bantuan.

oleh itu..aku mampu menghafal comand2 yg telah aku observed, bila terjadinya permasalahan berkaitan system online..aku dengan ragu2 dan sedikit courage mula cuba membaiki mengikut specifik command..dan ternyata ianya memberi tindakbalas yg baik dan sistem terus beroperasi seperti biasa.

ternyata dulu sistem lebih mudah dan tidak banyak yg perlu dipelajari tapi amat terhad pengetahuan dikalangan kita. kini sistem lebih kompilkated tetapi lebih jelas dan pengetahuan meluas dikalangan kita memudahkan untuk memahami apa itu internet dan to work with it.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu?? Hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.487884 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list