CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2591|Reply: 16

[Jenayah] Penjenyah berbelang ancam penduduk..boleh menyapa lg

[Copy link]
Post time 18-3-2014 04:44 PM | Show all posts |Read mode

suspek rupa seperti ini
sekadar gambar hiasan

MARAN - Penduduk Kampung Luit dekat sini bimbang akan keselamatan mereka ketika keluar menoreh getah berikutan dakwaan terdapat seekor harimau belang berkeliaran di ladang getah berhampiran Hutan Simpan Temelong sejak bulan lepas.

Kehadiran ‘pak belang’ itu menyebabkan beberapa peserta tanaman getah berkelompok Ladang Tanah Pinggir Aur Gading yang melibatkan 49 peserta dengan keluasan 400 ekar itu takut untuk menoreh kerana trauma.

Dalam kejadian terbaharu pada minggu lepas, seorang penduduk, Mohd Yassin Logam, 83, mendakwa ‘disergah’ harimau berkenaan dalam jarak kurang 10 meter.

Menurutnya, dia keluar sendirian menoreh getah seawal jam 9 pagi dan berehat seketika selepas selesai beberapa baris pokok.

“Saya menyandar pada sebatang anak pokok kelapa dengan kaki di tempat duduk motosikal di tepi jalan.

“Tidak lama kemudian, seorang rakan menunggang motosikal melalui jalan tersebut dan apabila nampak saya sedang berehat, dia menyapa kuat.

“Sebaik sahaja rakan saya menyapa, tiba-tiba bunyi ngauman datang dari sebelah bawah bukit, saya yakin itu harimau dan betul-betul dekat dengan saya,” katanya.

Menyedari dirinya dalam bahaya, Mohd Yassin segera menghidupkan motosikal sebelum bergegas beredar dari kawasan tersebut.

Pada satu kejadian terdahulu pada hujung Februari lepas, seorang wanita mendakwa terserempak dengan seekor harimau belang ketika sedang menoreh getah bersama suami.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, wanita tersebut cuba melarikan diri selepas bertentang mata dengan harimau terbabit namun terjatuh akibat kaki tersadung akar pokok.

Menyedari kehadiran suami wanita itu datang untuk menyelamatkan, harimau tersebut berlalu pergi tanpa menunjukkan sebarang tanda terancam.

Seorang penduduk, Ghani Midun, 53, berkata, pasangan suami isteri tersebut merupakan penduduk yang mengambil upah menoreh di ladangnya dan menceritakan detik cemas itu.

“Ladang kami bersebelahan hutam simpan dan terdapat aliran paya di mana harimau berkenaan dipercayai mendapatkan sumber air.

“Cucu kepada Mohd Yassin sudah memaklumkan kepada Jabatan Perhilitan dan ada kakitangan datang namun tiada jejak yang jelas bagi membuktikan kehadiran harimau itu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 04:52 PM | Show all posts
time2 camni laa pulok rimau nk memunculkan dirinya itu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:54 PM | Show all posts
yg penjenayah ni harimau la yer? =='
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:57 PM | Show all posts
Takutnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 04:58 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 18-3-2014 04:54 PM
yg penjenayah ni harimau la yer? =='

harimau kata manusia penjenayah kerana ceroboh kawasan dia
manusia kata harimau penjenayah kerana ceroboh kawasan dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:59 PM | Show all posts
harimau comel dituduh sbagai penjenayah???  tak baik tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 05:26 PM | Show all posts
the_killer posted on 18-3-2014 04:58 PM
harimau kata manusia penjenayah kerana ceroboh kawasan dia
manusia kata harimau penjenayah kerana ...

cantik hypotesis anda...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:43 PM | Show all posts
Salaam.

Tak baik kau gelar dia penjenayah.

Haiwan antara makhluk Allah yang paling taat berbanding manusia.

Haiwan pun bertasbih.


PS: Kalau saiz badan aku 10 kali ganda, aku peluk2 harimau tu Comelnya....

Last edited by BelovedTaeyeon on 18-3-2014 05:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 05:47 PM | Show all posts
dia bukan penjenayah. tu memang asal kawasan dia. kita yang amik kawasan dia

sian rimau
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:52 PM | Show all posts
time nilah paling sesuai utk call tokmoh masuk utan angkat dobiji kelapa dan laungkan Allahuakbar
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 11:15 AM | Show all posts
Cabaran penoreh getah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 11:17 AM | Show all posts
Bukan aku ye... aku vegetarian...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 02:07 PM | Show all posts
pukul 9 pegi noreh?..selalu nenk kluar pkl 6 pegi noreh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 02:20 PM | Show all posts
mesti tempat tu dah kehabisan babi hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 04:08 PM | Show all posts
jangan tembak dia..
kesian dia..
kalau nak tangkap pastu bg dekat zoo..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 04:27 PM | Show all posts
rimau tu bersiar-siar makan angin tu
bagi can lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2014 04:35 PM | Show all posts
annehuda posted on 21-3-2014 02:20 PM
mesti tempat tu dah kehabisan babi hutan...

mungkin..babi kena sembelih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056104 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list