View: 3750|Reply: 22
|
[Tempatan]
Mulai 2016, F1 Sepang diadakan diwaktu malam
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Usul menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) pada waktu malam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) seperti dicadangkan kerajaan dalam rundingan kontrak penganjuran acara berprestij itu yang berakhir tahun depan mempunyai pro dan kontranya.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata, beberapa perkara perlu diambil kira, terutamanya membabitkan kos tinggi bagi memasang lampu di sepanjang laluan litar.
“Pertamanya, saya berasa lega kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sendiri sudah memberikan lampu hijau kepada SIC melakukan perbincangan awal dengan pihak penganjur F1 untuk menyambung kontrak berakhir tahun depan.
“Keputusan Perdana Menteri itu membolehkan kami mengemukakan beberapa cadangan kepada Bernie Ecclestone (Supremo F1) dalam usaha menarik lebih ramai penonton pada masa depan andai kontrak penganjuran F1 dilanjutkan, antaranya termasuklah berusaha mencari pelumba tempatan yang dapat beraksi dalam F1.
“Cadangan lain pula menganjurkan perlumbaan pada waktu malam. Tapi cadangan ini perlu diteliti dengan mendalam kerana ia pasti membabitkan kos besar kerana litar perlu dilengkapi dengan lampu.
“Bukan saja di litar, malah kawasan seperti tempat letak kereta juga perlu dilengkapi dengan lampu,” katanya.
Jelas Razlan, penganjuran pada waktu malam membolehkan rating televisyen meningkat kerana kelompok utama penonton F1 adalah dari Eropah,” katanya.
Namun katanya, segala aspek akan diteliti terlebih dulu dan yang lebih penting ialah negara dapat menyambung kontrak bagi menganjurkan perlumbaan itu.
Sementara itu, Razlan turut meminta pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin segera bangkit selepas mempamer aksi hambar pada pusingan pembuka tirai MotoGP pada bulan lalu.
“Dia tidak boleh memberi alasan lagi dan perlu bangkit seawal pusingan kedua di Amerika Syarikat, 13 April ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
konsert yg seksi2 tu buat plak masa siang |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu hina singapork wt race wktu mlm...skunk jilat balik |
|
|
|
|
|
|
|
malam okay la...sejuk sikit. panas melantung kat situ, nak berjalan pun x sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
Tiru Singapork Ke?
Ai, aku yang tebal muka..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 posted on 3-4-2014 11:04 AM
Ai, aku yang tebal muka..
TDM tak bagi tiru little red dot.
|
|
|
|
|
|
|
|
malam...kalu ade earth hour nk tutup tak game sejam |
|
|
|
|
|
|
|
popjack posted on 3-4-2014 11:23 AM
malam...kalu ade earth hour nk tutup tak game sejam
Bukan ke Earth Hour dah tak relevan lagi sejak iklannya tak lagi tunjuk kat TV? |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak mow komen pasal f1 ...saya nak komen penganjur sepang drag....pehal setiap kali lumba delay sebab trak problem?? |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 posted on 3-4-2014 08:47 AM
Bukan ke Earth Hour dah tak relevan lagi sejak iklannya tak lagi tunjuk kat TV?
kejap je tu...nnti dorg lupe buat balik kempen yg sama....
|
|
|
|
|
|
|
|
mlm ngantuk aa nk drive.. |
|
|
|
|
|
|
|
jonkunyit posted on 3-4-2014 10:03 AM
buatlah selepas isyak
isyak pukul 5 pagi pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Tt tak paham artikel ka.. baru cadangan la. Cakap serupa utusan juga.
Main malam bukan nak ikut spore, tapi bernie penah kata kalo nak sambung kontrak kena main malam. So nak tak nak kena ikut la kalo nak please bernie. Singapore dpt kontrak pon psl main malam la. |
|
|
|
|
|
|
|
berancuk posted on 3-4-2014 09:30 PM
isyak pukul 5 pagi pun boleh
tetapi azan waktu isyak bukan pada pukul 5 pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
jonkunyit posted on 3-4-2014 10:08 PM
tetapi azan waktu isyak bukan pada pukul 5 pagi
sapa suruh ko azan kat litar F1?...
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 3-4-2014 10:43 PM
sapa suruh ko azan kat litar F1?...
bila pula saya cakap saya akan azan di litar F1? kamu ada baca dan faham akan komentar saya yang sebelum ini? |
|
|
|
|
|
|
|
jonkunyit posted on 4-4-2014 08:05 AM
bila pula saya cakap saya akan azan di litar F1? kamu ada baca dan faham akan komentar saya yang s ...
aku bacalah...
apa isunya orang nak semayang isyak lepas abis F1. masih di dalam waktu kan?
itulah hikmahnya waktu isyak tu panjang. kalau Allah nak suruh sembahyang on the dot haruslah dia buat waktu isyak on the dot. Apa yang ko tak puas hati...
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 4-4-2014 06:26 PM
aku bacalah...
apa isunya orang nak semayang isyak lepas abis F1. masih di dalam waktu kan?
tadi soal isu azan, sekarang sudah tukar isu waktu solat, kenapakah awak tidak cuba jelas dalam isu yang awak cuba bangkitkan?
|
|
|
|
|
|
|
|
jonkunyit posted on 4-4-2014 06:30 PM
tadi soal isu azan, sekarang sudah tukar isu waktu solat, kenapakah awak tidak cuba jelas dalam is ...
mamat tu fikir azan tu solat...solat tu jugak azan...
2in1..1in2...gitu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|