|
BUKAN sahaja pasangan, Chris Martin dan Gwyneth Paltrow, bahkan Richard Marx dan Cynthia Rhodes, juga turut menambah bilangan pasangan Hollywood yang memilih untuk mengakhiri pernikahan.
Rumah tangga yang dibina hampir 25 tahun itu dikatakan mula berantakan sejak Julai tahun lalu.
Menurut Marx dalam satu rancangan soal bicara, penceraian ini merupakan hal terbaru dalam kehidupannya.
"Ya, kami dalam proses penceraian. Inilah kehidupan baru kami dan sebolehnya, saya hanya ingin bersenang-senang sahaja tanpa memikirkan sebarang masalah," katanya.
Marx dan Rhodes pertama kali bertemu ketika menjalani penggambaran filem, Staying Alive, pada 1983.
Mereka berkahwin pada 1989 dan mendapat tiga cahaya mata, Brandon, 23, Lucas (21) dan Jesse (20).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|