CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8820|Reply: 101

[Tempatan] masalah air hanya berlaku di Selangor - KJ

[Copy link]
Post time 30-4-2014 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Khairy Jamaluddin dan isu air Selangor – Soraya Salim
APRIL 30, 2014
Saya merujuk kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disiarkan The Star Online pada 29 April 2014 berkenaan isu air di Selangor. Khairy dalam kenyataannya membangkitkan persoalan mengapa isu air di Malaysia ini hanya berlaku di Selangor.
Untuk pengetahuan beliau yang tinggal di kejiranan mewah di Lembah Klang, masalah air bukan hanya berlaku di Selangor malah sering berlaku di negeri lain di Malaysia ini tanpa mengira musim, sama ada musim kemarau mahupun musim hujan.
Bagi penulis yang bermastautin di Johor sejak 30 tahun lalu, masalah air sudah menjadi kelaziman bagi rakyat di sini walaupun di kawasan bandar. Pengguna di Johor antara yang membayar tarif air tertinggi di Malaysia sejak sekian lama tetapi ia bukan jaminan mereka akan mendapat bekalan air mencukupi setiap hari.

Untuk pengetahuan Khairy juga, pengurusan sumber air di negeri Johor ini dimonopoli oleh SAJ Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Umno dan antara pemegang konsesi air swasta terawal di Malaysia. Hasilnya pengguna sering menjadi mangsa ketidakcekapan dan khidmat substandard yang diberikan mereka. Bekalan air sering terganggu tanpa mengira masa, tanpa sebarang notis kepada pengguna dan tanpa bantuan bekalan lori tangki.
Pada musim kemarau baru-baru ini (yang masih berlarutan sehingga kini), bekalan air sering terganggu tanpa notis. Lebih memburukkan keadaan, sebarang aduan kepada syarikat pemegang konsesi tidak pernah mendapat tindak balas yang memuaskan.
Sepanjang Februari hingga Mac lalu, pengguna dibekalkan air masin, berkualiti rendah dan bertekanan sangat rendah tanpa sebarang notis, yang disyaki berpunca daripada sumber air alternatif akibat penurunan paras air di empangan negeri ini. Kebanyakan pengguna berasa ragu-ragu dengan kualiti air ini dan terpaksa berebut-rebut membeli air mineral yang dibotolkan kerana khuatir kesihatan akan terjejas.
Sepanjang tempoh ini, tiada langsung notis dikeluarkan kepada pengguna yang terjejas tentang paras empangan di negeri ini atau keadaan kualiti air apatah lagi sidang media daripada menteri besar atau kerajaan negeri. Tiada pula liputan meluas yang diberikan pihak media arus perdana seperti TV3 atau Utusan Malaysia tentang masalah ini.
Selain itu, masalah catuan yang berlarutan di Kluang, Johor sepanjang Februari hingga Mac lalu  menjejaskan sebahagian besar penduduk daerah itu tetapi tidak juga mendapat liputan meluas media Umno seperti TV3 dan tidak disensasikan Utusan Malaysia.
Adakah Khairy sedar akan fakta ini atau sengaja menenggelamkan isu ini kerana ia mendedahkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan BN dan pemegang konsesi air yang berkait rapat dengan Umno? Jika Khairy benar-benar ikhlas hendak mencari penyelesaian bagi isu air, maka eloklah beliau menilai juga prestasi kerajaan-kerajaan negeri dan pemegang konsesi air di seluruh Malaysia ini.
Sebelum isu air di Selangor menjadi hangat, kita juga sering mendengar tentang masalah air di beberapa bahagian negeri Pahang terutamanya kawasan tanah rancangan Felda. Masalah air tersebut juga  berlarutan bertahun-tahun malah sering disiarkan dalam rancangan terbitan TV3, Aduan Rakyat. Seperti biasa isu ini tenggelam kerana ia berlaku di negeri pimpinan BN. Rakyat juga yang menjadi mangsa.
Di samping itu, umum masih belum lupa akan catuan air di negeri yang diwakili Khairy sendiri iaitu Negeri Sembilan baru-baru ini ekoran kemarau berpanjangan yang menjejaskan paras air di empangan negeri tersebut.
Tidak pula kita terbaca artikel panjang lebar Khairy di media arus perdana yang mengkritik pengurusan air di Negeri Sembilan. Malah kita amat hairan dan pelik dengan kenyataan menteri besar Negeri Sembilan yang mempelawa pengusaha industri di Selangor untuk berpindah ke Negeri Sembilan ekoran masalah air di Selangor sedangkan negeri itu turut dibelengu krisis air yang berlarutan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu ibarat kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
Kita juga tahu tentang inisiatif DAP melalui program Impian Sarawak dan Sabah yang menggali sumber air bersih bagi masyarakat pedalaman yang masih tidak menikmati bekalan air bersih dan bergantung hidup kepada air sungai yang tercemar. Semuanya akibat kegagalan kerajaan negeri mengurus tadbir sumber air yang mengutamakan rakyat miskin dan memberi akses kemudahan asas kepada rakyat selepas 51 tahun menyertai Malaysia. Tiada pula kedengaran sungutan Khairy tentang isu bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak selama ini.
Selaku seorang menteri Kabinet yang disegani, Khairy harus berlaku adil dengan mengulas isu air ini secara objektif dan bukan berdasarkan politik kepartian yang sempit. Tidak dinafikan, masalah air di Selangor ini adalah masalah yang serius yang melibatkan rakyat terbanyak dan ketidakcekapan kerajaan negeri Selangor mengurus situasi ini turut dikesali.
Namun, kita juga sedia maklum masalah air di Selangor sebahagian besarnya turut berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus sumber air dengan baik. Diharap Khairy tidak membutakan mata dan memekakkan telinga beliau daripada menilai isu ini berdasarkan fakta yang tepat dan perspektif yang menyeluruh.
Sebagai pemimpin parti yang mahu menjuarai isu-isu rakyat, Khairy tidak harus bersikap selektif dan menuding jari kepada sesetengah pihak yang berbeza pandangan politik dengan beliau. Umum juga mengetahui perancangan untuk membina Langat 2 diusulkan sejak era kepimpinan BN di Selangor dahulu tetapi hanya disensasikan oleh Umno Selangor dan kerajaan Persekutuan sekarang untuk kepentingan politik masing-masing.
Malangnya rakyat yang sering menjadi mangsa permainan politik sempit sebegini. – 30 April, 2014.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2014 08:53 AM | Show all posts
sebagai menteri yg aku hormati..sgt mengecewakan ia keluar dari mulut KJ
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kj ni sengal
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat tempat aku segamat..xpernah plak ada masalah air kecuali time banjir..ehe tempat lain kat johor aku xtahu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:03 AM | Show all posts
menteri apa tau, rumah depa ayaq mana pernah putus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:07 AM | Show all posts
Bagi penulis yang bermastautin di Johor sejak 30 tahun lalu, masalah air sudah menjadi kelaziman bagi rakyat di sini walaupun di kawasan bandar. Pengguna di Johor antara yang membayar tarif air tertinggi di Malaysia sejak sekian lama tetapi ia bukan jaminan mereka akan mendapat bekalan air mencukupi setiap hari.

sebab air dijual ke singapore...camana nak cukup air
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2014 09:08 AM | Show all posts
kat malaysia hanya selangor ngan penang jer problem, tak caya tengok tv3 ngan utusan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:08 AM | Show all posts
apa punya statement daa... kat tempat aku kl ni dah 2 bulan kena catu air sampai sekarang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 09:10 AM | Show all posts
aku x kisah la. masalah pokok dia masalah air.. da bertahun2 tau ada masalah air kat msia ni apsal x bertindak?

maknanya mmg fail la org2 yg urus air ni. baik resign la drp menyusahkan semua org...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:13 AM | Show all posts
owh baru iols tau
rupanya2 wangsa maju - keramat - desa pandan - taman maluri tu dalam negeri selangor
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:22 AM | Show all posts
Bulan 4 dan bulan 5 adalah zikir munajat Khalid Ibrahim
beramai ramai berzikir nama Khalid Ibrahim baik di porem mahupun di blog dan Fesbuk..semua zikir sama


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:23 AM | Show all posts
kt pahang ada masalah air
kwn aku kadang malas nk balik kg sll je xda air
kalo ada pn kecil
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:23 AM | Show all posts
apa kata KJ balik rembau dok kt sana
x yah dtg menumpang  di selangor
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:24 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 30-4-2014 09:22 AM
Bulan 4 dan bulan 5 adalah zikir munajat Khalid Ibrahim
beramai ramai berzikir nama Khalid Ibrahim  ...

nape dia marah sgt?..x dpt mandi wajib ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:25 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 30-4-2014 08:56 AM
Dekat tempat aku segamat..xpernah plak ada masalah air kecuali time banjir..ehe tempat lain kat joho ...

JDT ada air masin dalam paip air
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:29 AM | Show all posts
kecimpret posted on 30-4-2014 09:24 AM
nape dia marah sgt?..x dpt mandi wajib ka?

dpt bayaran le tu .... har hari duk skrip sama.... khalid berahim khalid berahim  
minggu ni lembut plk dgn bung nuar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 09:32 AM | Show all posts
walaupun KJ ni hensem tapi......

takkan baru jumpa OBAMA dah berubah KJ oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:38 AM | Show all posts
Taiping kawasan paling lembab di Malaysia pun kena catu air...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:58 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 30-4-2014 09:29 AM
dpt bayaran le tu .... har hari duk skrip sama.... khalid berahim khalid berahim  
minggu ni ...

ada musim2 plak yer...minggu ni khalid..minggu depan anwar...kalo anwar dpt bonus lebih skit kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:58 AM | Show all posts
mirage_46 posted on 30-4-2014 09:08 AM
kat malaysia hanya selangor ngan penang jer problem, tak caya tengok tv3 ngan utusan

kelantan pun sama daaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.179975 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list