Sumber: Malaysian Digest
.
Sekitar Mac lalu kecoh mengenai sebilangan pengguna jenama produk minuman kolagen dan kecantikan wajah, AuraWhite Beauty yang bertindak mahu memboikot produk tersebut ekoran kontroversi yang menimpa dutanya iaitu pelakon Hanez Suraya. Namun hal itu tidak menjejaskan jualan juga pemasaran produk berkenaan.
Menurut Pengarah Pengurusannya, Furyna Azmeer, kontroversi Hanez membantu mempopularkan lagi produk mereka. Beliau turut mengesahkan yang Hanez Suraya bukan lagi duta mereka sejak April lalu. Bagaimanapun jelas Furyna, pihaknya tidak membatalkan kontrak Hanez sebagai duta sebaliknya pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant' itu sendiri yang menarik diri.
"Berkenaan kontroversi Hanez, ada pro dan kontranya. Dari segi jualan berjalan seperti biasa. Tak terjejas. Malah kontroversi Hanez sebenarnya buat orang lagi kenal dengan produk kami.
"Selepas kejadian kontroversi itu, Hanez sendiri yang nak tarik daripada terus menjadi duta kami. Kata Hanez, dia terpaksa berbuat demikian demi kebaikan produk. Hanez tidak lagi menjadi duta sejak April 2014", kata Furyna ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baru Aura White, bbertempat di Hotel Aloft, Kual Lumpur, semalam.
Tanggungjawab Amyra dan Natasha
Natasha Hudson & Amyra Rosli dilantik sebagai duta baru AuraWhite Beauty. Kredit foto Suhhaizul Izhar.
Sebagai pengganti, produk berkenaan telah melantik dua selebriti iaitu pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Amyra Rosli dan pelakon juga pengacara, Natasha Hudson sebagai jurucakap yang baru.
Kata Furyna, walaupun Amyra masih baru dalam industri namun imej dan penampilan gadis itu antara faktor menarik dan melayakkan pelakon itu memikul tanggungjawab tersebut.
Sementara Natasha pula mewakili kaum wanita yang bertudung. Sekaligus pemilihan kedua-dua personaliti ini selaras dengan konsep AuraWhite yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini.
"Kami sedia maklum Amyra masih baru dalam industri. Tapi dia masih muda serta memiliki imejnya yang menarik seiring dengan namanya yang semakin dikenali ramai. Selain pihak kami juga mencari personaliti yang berimej muslimah dan sopan juga elegan. Justeru kami merasa Natasha paling sesuai", katanya yang tidak meletakkan apa-apa syarat khas kepada kedua duta ini kerana pihaknya percaya akan kewibawaan mereka dalam menjaga nama baik produk.
Furyna (tudung merah) bersama duta-duta AuraWhite, Nastaha HHudson dan Amyra Rosli juga duta AuraWhite Men, Izzue Islam (sut hitam).
Dalam pada itu, Amyra mengakui tanggungawab ini sangat besar buatnya namun dia akan mengalas kepercayaan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.
"Saya memang sudah lama mengamalkan AuraWhite. Saya mulakan dengan makanan tambahan kemudian saya cuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, saya gembira dan bersyukur. Tak dinafi, ini satu tanggungjawabb yang berat apatahlagi saya masih baru dalam industri. Tapi saya tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang AuraWhite beri pada saya", kata Amyra yang dilamar AuraWhite kira-kira dua bulan lalu.
Manakala Natasha pula berkata pada awalnya dia tidak menyangka akan dipilihh sebagai duta kerana dia dimaklumkan oleh Furyna sendiri bawa pihak produk mahukan seorang model.............................................................
http://www.malaysiandigest.com/h ... lagi-aurawhite.html
Last edited by adik^manis on 2-5-2014 09:56 AM
|