CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4343|Reply: 29

[Tempatan] Atasi perbalahan sesama Islam

[Copy link]
Post time 12-5-2014 12:00 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Perbalahan antara mazhab atau sektarian merupakan antara masalah utama yang dihadapi masyarakat Islam di dunia.

Bekas Imam Pusat Islam Washington, Muhammad al-Asi berkata, pergeseran fahaman sesama Muslim hanya akan mengundang kepada pergolakan dan konflik seperti yang berlaku di Syria dan Iraq.

“Di Syria, orang Islam berbalah apabila golongan Syiah dan Sunni mahu mempertahankan fahaman masing-masing. Ini sekaligus mencemarkan imej Islam yang menggalakkan penyelesaian konflik melalui perbincangan dan keamanan.

“Sedangkan, sektarian merupakan strategi oleh musuh untuk menjadikan Sunni dan Syiah sebagai mangsa. Dengan perbalahan yang timbul, mereka boleh melaksanakan kepentingan tersembunyi terutamanya dari sudut ekonomi,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berada di Malaysia sempena kunjungan delegasi NGO Universal Justice Network (UJN) sejak Selasa lalu hingga hari ini.

Katanya, tidak mustahil perbalahan yang sering berlaku di negara Timur Tengah itu boleh merebak ke Malaysia sekiranya tidak dibendung.

“Dalam sejarah, kesemua imam ini saling hormat-menghormati dan tidak pernah bermusuh. Jadi tidak timbul isu ada mazhab yang lebih sah berbanding yang lain.

“Jika ada percanggahan pendapat, kita perlu mencontohi semangat lapan imam ini. Sekiranya perkara ini tidak diterapkan dalam pemikiran masyarakat Islam, kita akan terus berbalah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi delegasi UJN, Massoud Shadjareh berkata, umat Islam perlu kembali pada Deklarasi Aman 2004 yang mahu perpaduan sesama Islam dicapai untuk mengelakkan pertelingkahan yang hanya memberi kelebihan kepada musuh Islam.

“Tiada guna persoalkan status keislaman seseorang dan budaya hormat-menghormati perlu disuburkan selaras dengan tuntutan agama dan perintah ALLAH.

“Elakkan konflik dalaman seperti yang berlaku di Iraq di mana ribuan umat Islam dibunuh akibat permusuhan sesama sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/na ... sama-islam-1.278860

berbeza dengan zaman Tun Mahathir, banyak pertentangan berkaitan Islam dan sekular
tetapi sekarang banyak perbalahan adalah sebab politik semata2
UMNO pun dah kembali kepada Islam sebenar
sudah kurang isu kafir mengkafir sebab PAS pun dah bersama kafir2
semoga umat Islam kembali bersatu, umat Islam bersatu, rahmat kepada semua


@Acong
Last edited by DTECCONAN on 12-5-2014 12:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 06:49 PM | Show all posts
Terpanggil thieo untuk komen dalam thread dtek ni.

semacam sebelum ini, thieo selalu lah berpesan2 ke lobai dan juga ummah non moslem yang lain (atau pon ada sesetengah ummah kata, kafer zimmii) agar sentiasa berpegang pada tali yang teguh

dtek tau apa itu tali?

Kerna memandang kan ummah di tanah melayu ni bermacam2 perangai dan fahaman, tidak kira set2 urban mahupun pprt, maka thieo rasa kita patut fokus tentang persamaan sahaja berbanding bergaduh2 tentang perbezaan antara kita semua, bak kata omputeh, common ground.

Dan persamaan yang dapat kita nampak dengan jelass dan terang sekali, thieo rasa adalah hak asasi manusia lah


Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
islam melayu plak bnyk haram dari halal.itu haram.ini haram..iskk yg tu gugur akidah.lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:00 PM | Show all posts

setiap bulan ramadan melayu islam bebalah pendapat tentang solat sunat tarawikh..lapan ka 20..20 ka lapan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:03 PM | Show all posts
Dulu ada seorang forumner perempuan penyokong PAS di board local politics selalu menyeru orang supaya berpegang kepada tali Allah. Sekali kantoi kat board lain dia kata tarzan menjerit sebab Jane bergayut kat tali Tarzan......hahahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 01:03 PM | Show all posts
thieo posted on 12-5-2014 06:49 PM
Terpanggil thieo untuk komen dalam thread dtek ni.

semacam sebelum ini, thieo selalu lah berpesa ...

ikatan persaudaraan Islam adalah yang paling utama
jika tali persaudaraan Islam kukuh, maka lahirlah ikatan lain yang mendapat manfaatnya

Korea Selatan dan Korea Utara pun bergaduh
di Thailand sesama sendiri pun bergaduh.... mana dia dikatakan ikatan hak asasi tu?
satu pihak lagi menyatakan mereka kuat satu pihak lagi menyatakan mereka lebih berkuasa

lihatlah perbelahan yg terjadi di Mesir, Syria semuanya atas sebab perbalahan agama


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2014 01:19 PM | Show all posts
thieo posted on 12-5-2014 06:49 PM
Terpanggil thieo untuk komen dalam thread dtek ni.

semacam sebelum ini, thieo selalu lah berpesa ...

Thieo,

Ummah di malaysia ada tali masing-masing dan mereka akan berdebat tali siapa yang lebih teguh. Tali yang mereka pakai nampak lebih sifat ketalian daripada tali orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:28 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 13-5-2014 01:03 PM
ikatan persaudaraan Islam adalah yang paling utama
jika tali persaudaraan Islam kukuh, maka lahir ...

dtek,

hang bagi comparison yang silap.

ikatan persaudaraan Islam adalah yang paling utama
jika tali persaudaraan Islam kukuh, maka lahirlah ikatan lain yang mendapat manfaatnya
Korea Selatan dan Korea Utara pun bergaduh

Jika islam kukuh pun, hang tak rasa akan ada pergaduhan islam - non moslem? Serupa jua lah dengan korea selatan dan korea utara. Apa hang ingat korea utara tu sama ideologi hak asasi manusia dengan korea selatan ka?

Non sense bagi thieo bila hang kata persaudaraan islam adalah yang paling utama. Apa2 pun boleh wujud kan keamanan kalu semua orang bertoleransi. Bukan hanya agama.

Key word dia di sini toleransi aja. Dan bagi thieo, toleransi dalam agama sangat kurang.

Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 01:30 PM | Show all posts
ultra78 posted on 13-5-2014 01:19 PM
Thieo,

Ummah di malaysia ada tali masing-masing dan mereka akan berdebat tali siapa yang lebih  ...

Jadi bam ultra, apa2 tali pun pasti aja bergaduh kalu mahu compare2.

Mana dia lobai yang asik jerit2, "tali aku tali aku, tali kamu tali kamu" tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:33 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 12-5-2014 07:03 PM
Dulu ada seorang forumner perempuan penyokong PAS di board local politics selalu menyeru orang supa ...

Ini lah yang thieo seru jua.

Sapa2 yang mahu pegang tali Allah, pegang lah erat2. Sapa2 yang mahu pegang tali tarzan, pegang lah hati2 jua. Sapa2 yang nak pegang tali hang pun thieo tidak lah kisah.

Yang jadi masalah, bila orang yang pegang tali hang, mau compare dengan orang yang pegang tali tarzan, tali mana lebih teguh dan kukuh.


Thieo : Berpegang kepada tali sundri aja
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:45 PM | Show all posts
siapa syiah? siapa sunni? siapa wahabi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 01:47 PM | Show all posts
thieo posted on 13-5-2014 01:28 PM
dtek,

hang bagi comparison yang silap.

kalau kamu belajar betul2 tentang Islam kamu akan tahu Islamlah yg dpt merapatkan jurang persaudaraan

jadi, bagaimana dikatakan hak asasi, menurut Korea selatan lain, menurut Korea Utara lain
Thailand tu bergaduh sebab apa? sebab politik

lagi satu, post ni utk mengingatkan orang Islam, bersatu atas nama Islam
sekarang ni masing2 bergaduh pasal perbezaan dlm agama
jadi, perbezaan ini jika dibiarkan akan menimbulkan banyak masalah

apabila org Islam tidak bersatulah perbalahan berlaku, sehingga berperang sesama sendiri
ini sudah dibuktikan beberapa ribu tahun dahulu
lihatlah bila Islam kuat, boleh menguasai dunia
sekarang ni, satu tempat pun bergaduh, bagaimana nak kuasai dunia

seruan ini kepada Muslim, yg perasan Muslim tu tak payahlah
kalau nak bersatu atas nama hak asasi ka apa ka lantaklah


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Amalkan islam sederhana sebab tu tali yg najib pakai...tali syumul n diredhai....dunia ni jangan bersederhan pulak nnt melayu tak boleh compete dgn cina dan india.....inilah jalan kejayaan dunia wal akhiroh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:53 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 13-5-2014 01:47 PM
kalau kamu belajar betul2 tentang Islam kamu akan tahu Islamlah yg dpt merapatkan jurang persaudar ...

Jadi thieo rasa ini hanya lah post syok sundri aja.

Bagi hang memang lah bersatu moslem dapat mengurang kan perbalahan. Tapi apa jadi selepas itu? Pi bantai semua orang yang tak sehaluan?

fikir2 balik, mungkin hitler buat propa macam ini kot. Nazi merapat kan jurang persaudaraan antara mereka. kalu dilihat dari point of view mereka, tidak lah teruk sangat, tak gitu dtek?

Prffftttt agenda kapung cam ni level2 kapung aja lah yang mudah kagum dtek.


Thieo : kalu asik berfikir mengguna kan sarban sundri, memang jadi macam ini lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:54 PM | Show all posts
Acong posted on 13-5-2014 01:45 PM
siapa syiah? siapa sunni? siapa wahabi?

Yang penting depa sunat tali mereka acom.

Hang apa ada?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 02:04 PM | Show all posts
thieo posted on 13-5-2014 01:53 PM
Jadi thieo rasa ini hanya lah post syok sundri aja.

Bagi hang memang lah bersatu moslem dapat  ...

apa benda yg hang merepek ni?
fokus sekarang tentulah pasal masalah perbalahan antara sesama Muslim
contohnya di Malaysia, antara PAS dan UMNO
di luar negara antara SYria, Mesir dan sebagainya
masalahnya perbalahan ini tak membawa sebarang faedah langsung kepada masyarakat bukan sahaja Islam tetapi semua manusia
apa benda yg merepek sampai hitler, Nazi segala?

apa faedahnya bergaduh pasal politik, perbezaan pendapat mazhab dan sebagainya
sedangkan banyak benda boleh dilakukan untuk memajukan org Islam dlm pelbagai aspek ekonomi, teknologi dan sebagainya

inilah yg aku cuba sampaikan, merepek2 sampai Nazi segala tu apa hal?
orang ajak bersatu dalam Islam pun membebel2 pasal Nazi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 02:05 PM | Show all posts
ajak bersatu, tak bergaduh sesama Islam pun ada yg sentap
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 02:07 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 13-5-2014 02:04 PM
apa benda yg hang merepek ni?
fokus sekarang tentulah pasal masalah perbalahan antara sesama Musl ...

Thieo bagi contoh aja kerna hang punya view, masih terbatas dalam kapung2 isle hang tu.

sebagai contoh,

apa benda yg hang merepek ni?
fokus sekarang tentulah pasal masalah perbalahan antara sesama Muslim
contohnya di Malaysia, antara PAS dan UMNO
Hang kira PAS dan UMNO aja. Mana DAP dalam equation ni? Mana moslem yang tak mahu kan pemerintahan islam? mana the likes macam amelie de strange tu?

Mana dtek, mana?

Point nya, thieo mahu kata yang hang masih hidup dalam kelompok kekapungan hang yang tak universal.


Thieo : cuba cuba lah tanggai sarban itu dikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 02:24 PM | Show all posts
thieo posted on 13-5-2014 02:07 PM
Thieo bagi contoh aja kerna hang punya view, masih terbatas dalam kapung2 isle hang tu.

sebagai ...

kenapa pula dikatakan bersatu dengan UMNO dan PAS adalah kekampungan, dan bersatu dengan DAP adalah urban, bersatu dengan puak2 liberal dikatakan tidak kekampungan? siapa yg melabelkan semua ini?

pandangan aku berdasarkan 'Islam' bukannya sekular, bukannya mengikut mana2 acuan yg tidak bersifat keIslamanan

kalau kamu anggap kesatuan semua tu urban, jadi pilihlah kesatuan yg kamu rasa sesuai tu

aku membawa kesatuan menurut Islam

nama jer golongan intelek, tetapi boleh pula label, kesatuan Islam adalah kekampungan, kesatuan semua adalah urban

time nak merendahkan org lain, boleh pula, tetapi diri sendiri sembang pasal 'intelektual', berpemikiran tinggi

mcm aku kata la, kalau ada org nak bawa ideologi sekular sekalipun silakan, tetapi aku nak sampaikan bahawa dengan Islam juga manusia boleh maju setanding dgn ideologi2 sekular

semua ni dah terbukti pada zaman Rasulullah dan zaman2 khalifah Islam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 02:28 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 13-5-2014 02:24 PM
kenapa pula dikatakan bersatu dengan UMNO dan PAS adalah kekampungan, dan bersatu dengan DAP adala ...

Thieo tidak lah kata kena amik view DAP 100%. Tapi kalu hang baca balik post thieo atas2 tu, thieo kata amik lah common ground.

Contoh nya, apa common ground PAS, UMNO dan DAP?

sebegitu lah apa yang thieo maksud kan. Kalu hang bertegas mahu bersatu dalam islam, apa orang yang bukan islam akan react? hang mau paksa semua ka ikut? Itu bukan bersatu nama nya dtek.

dan semacam post thieo sebelum ini, ni semua syokk sundri aja. bersatu konon. hanya untuk orang2 yang mentality macam hang aja. level2 kapung boleh la kagum.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067643 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list