CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6095|Reply: 53

[Tempatan] Hukum produk Cadbury tercemar DNA babi 'halal dimakan'-Fatwa Majlis Kebangs...

[Copy link]
Post time 29-5-2014 07:41 PM | Show all posts |Read mode
29/05/2014 7:18pm

PUTRAJAYA - Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2014 07:47 PM | Show all posts
PUTRAJAYA - Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
   
"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
   
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
   
Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
   
"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
   
Beliau berkata, pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
   
Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.
   
"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.
   
Abdul Shukor berkata, hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum
dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.
   
Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.
   
Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.
   
"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.
   
Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
   
"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.  - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:51 PM | Show all posts
hukum hudud ciptaan ulama..hukum makan dabury..ciptaan ulama...anak2 puak2 ni melantak aje asalkan tekak sedap....kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. dah bole makan skrg.. isele menang lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:56 PM | Show all posts
HALAL pulakkk????


Harap selepas ini makin banyak benda haram dapat dihalalkan agar hidup kita semua lebih mudah dan tidak terkongkong
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:02 PM | Show all posts
Badut.Sarkas posted on 29-5-2014 07:55 PM
Alhamdulillah.. dah bole makan skrg.. isele menang lagi!



Mau tak menang, sampai dah halal makan babi.

Tapi skit jah babinyq dlm cekelat tu, tak rasa apa pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 08:03 PM | Show all posts
pulok.. satgi bak ku teh pun halal gak ke?; P
** oops lupo ada bak ku teh ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kecoh hingga nk cuci darah bagai..declared halal.semakin bingung ummah suchi terhadap pegangan mureka..petanda untuk kebali ke isele sebenar.
#jiwakacau
#cadburytelahmenang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 08:12 PM | Show all posts
Orange1 posted on 29-5-2014 08:02 PM
Mau tak menang, sampai dah halal makan babi.

Tapi skit jah babinyq dlm cekel ...

ni mesti coklat babi ambil daripada stem cell

=

ingat babi yakini cadbury produk terbaru cadbury stemcell pig

ingat jakim yakini logo halal
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:18 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 29-5-2014 08:12 PM
ni mesti coklat babi ambil daripada stem cell

=

Amboiii comel lote anak babi baju pink tu bery d gegurl sgtttt!
Amboii lps ni bertambah ramailah gegurls beli sbb adq stem cell harus kulit glowingg klu mkn ni hehe

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Golden churn tahun lepas haram jap
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:24 PM | Show all posts
Orange1 posted on 29-5-2014 08:18 PM
Amboiii comel lote anak babi baju pink tu bery d gegurl sgtttt!
Amboii lps ni bertambah ra ...

patung kut?

akak tengok dia punya bulu sama cm bantal busuk anak kak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
muslim malaya lucu. jap nak tukar darah tercemar dna babi lah(macam mana darah manusia boleh tercemar dna babi?), nak bakar kilang cadbury lah, nak saman billion ringgit lah, alih alih ketua agama korang modified hukum kepada halal. tak tetap pendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:27 PM | Show all posts
xpe selagi xmemabukan mcm arak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
majlis fatwa kebangsaan telah dibabikan oleh cadburry...

boleh la pegi batu caves lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:33 PM | Show all posts
Itu common sense bukan. Sebelum tersebar result dna babi itu memang ia berstatus halal. Sesiapa yg memakan adalah 'dimaafkan'. Tetapi selepas disahkan secara official bahawa ia mengandungi dna babi, ia sudah tidak lagi halal dimakan.

Statement ini bermaksud utk menenangkan puak extremis yang mahu mencuci darah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 08:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:35 PM | Show all posts
sbnrnya org phm ke x dgn word 'contamination' tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 08:35 PM | Show all posts
betul la tu tindakan majlis fatwa, kang nanti huru hara pulak nk tukar darah la, xleh pegi mekah la, nk bakar kilang la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:37 PM | Show all posts
yay bleh makan babi tanpa was was
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.181739 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list