View: 8567|Reply: 30
|
Siti Saleha elak cetus kontroversi
[Copy link]
|
|
“SAYA tidak pernah berniat menyorokkan kekasih daripada pengetahuan umum, cuma teman lelaki saya lebih selesa jika hubungan kami tidak terlalu didedahkan memandangkan dia seorang yang pemalu dan ‘low profile’,” jelas pelakon cantik, Siti Saleha terhadap dakwaan dirinya menyembunyikan hubungan percintaannya daripada peminat.
Bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu, Saleha bagaimanapun mendedahkan dirinya kini sedang bercinta dengan seorang jejaka yang berasal daripada Portugal.
“Sebenarnya kami banyak luangkan masa bersama, cuma kalau majlis-majlis tertentu yang turut dihadiri wartawan saya tidak bawa dia kerana dia sendiri enggan tampil di khalayak ramai.
“Buat masa ini, saya tidak mahu dedahkan namanya. Apa yang boleh saya katakan, dia berusia 27 tahun dan kini bekerja di dalam bidang kewangan,” katanya.
Saleha akui ciri-ciri 'sweet guy' yang dimiliki jejaka tersebut adalah antara salah satu sebab dia mula jatuh cinta dengan buat hatinya itu.
“Dia adalah antara lelaki yang paling sweet yang pernah saya kenal.
“Setakat ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya.
Bagaimanapun, Saleha akui sebagai seorang selebriti, dia juga mengawal perhubungan itu untuk mengelakkan timbulnya cerita yang kurang enak.
“Saya tidak mahu disebabkan hubungan ini, macam-macam cerita yang tidak elok timbul.
“Kontroversi adalah perkara yang saya mahu elakkan,” katanya.
Makin 'demand'?
Beralih pada karier lakonannya, Saleha turut menafikan kemenangannya bergelar Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular baru-baru ini, menjadi tiket percuma untuk dirinya menjadi lebih demand.
“Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir mengenai hal itu. Sejak dulu lagi saya bukan jenis yang suka berbuat seperti itu.
“Sebagai pelakon saya amat mementingkan kualiti dan agak selektif dengan skrip yang ditawarkan kerana saya mahu bawa watak yang berkesan.
“Tapi kalau tawaran itu memang datang dengan bayaran yang tinggi, saya tidak kisah dan saya anggap ia satu bonus,” jawabnya.
Selain itu, Saleha turut bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh kelab peminatnya sehingga dia berjaya mencapai kejayaan itu.
“Saya memang tidak pernah menjangkakan kemenangan ini. Saya fikir ini adalah kerja keras yang dilakukan peminat setia saya.
“Bagi saya kemenangan ini juga adalah kejayaan peminat saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Saleha bakal tampil dengan drama siri Astro, 13 episod Manis selain bakal terlibat dalam penggambaran filem Upin & Ipin terbitan KRU.
|
|
|
|
|
|
|
|
siti saleha ni best sangat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon drama n filem apakah...sampai menang anugerah pelakon popular...
sorry la..iouls xtgk ABPH baru2 nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki paling sweet.. jumpa yang baru, jugak paling sweet |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka je si Saleha ni. Tp tu la...x de drama atau filem yg betul2 naikkan nama dia. Sampai skrg x boleh nak accept dia menang kat ABPBH hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu beriya2 sgt nak tunjuk..
pastu skrg xnak tunjuk plak. sbb bf low profile..
ntah apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka sally nie.. so pretty! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bertabah di dalam industri kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kecantikan dia kadangkala jadik penghalang utk maju ....
Muka cam ni akan dpt watak yg super cliche... bayangkan kalau dia dpt watak gelandangan... jadi laritajuk .hihihih |
|
|
|
|
|
|
|
enchikfitz posted on 9-6-2014 01:29 PM
aku suka je si Saleha ni. Tp tu la...x de drama atau filem yg betul2 naikkan nama dia. Sampai skrg x ...
Untuk Thn 2013, Ruby, Asmara Luna dan Memberku Hawa memang menarik drama & lakonannya.
Bagi filem, lakonan dalam Balada Pencinta paling bagus setakat ni, walaupun wayang kutip sikit je.
|
|
|
|
|
|
|
|
usahaone posted on 10-6-2014 12:35 AM
Alhamdulillah , best sangat. , baik, cantik, lakonan pun bagus
Cuba tgk lakonannya dalam ...
she failed to make me want to watch tv |
|
|
|
|
|
|
|
usahaone posted on 10-6-2014 01:16 AM
Tak pe la jimat tenaga elektrik Elektrik pun dah mahal
Tapi alhamdulillah setakat ni lako ...
ok...meh...4/10
|
|
|
|
|
|
|
|
ai tgok lakonan saleha ni xmenarik pon
tah la
xkena ngn jiwa ai gitew
lagi2 cerita kerat 14 tu Last edited by hasniey on 10-6-2014 02:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
berlakon cerita KERAT 14 lepas tu ko kata ko selektif???? |
|
|
|
|
|
|
|
x best bek tgk Jesmin Hamid yg vogue tue lg |
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 12:55 PM
siti saleha ni best sangat ke?
X best mana pun.. kalo wechqt ngan laki orang baru best pada ai saleha ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|