CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8003|Reply: 112

[Tempatan] Kebanyakan lelaki tak bayar pun tuntutan nafkah

[Copy link]
Post time 11-6-2014 11:15 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Lelaki yang mempunyai tanggungan selepas bercerai dikesan gemar berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah.
Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM),Prof Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, taktik itu dikesan ketika pihaknya meneliti sistem pangkalan data maklumat bersepadu daripada agensi kerajaan terhadap lelaki yang diperintah oleh mahkamah untuk memberi nafkah kepada tanggungan selepas bercerai.
"Mengikut trend terkini, kebanyakan mereka sengaja berpindah-randah untuk melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa selepas ingkar arahan mahkamah.
"Sejak 2013, BSK bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Menerusi pangkalan data agensi terbabit, maklumat peribadi seperti majikan dan alamat terkini bekas suami yang ingkar itu akan diperoleh dan memudahkan urusan menghantar notis mahkamah meminta mereka membayar tunggakan nafkah yang  diperintahkan," katanya.
Sebelum ini, portal berita ini melaporkan tindakan bekas suami yang memberi alasan tidak munasabah bagi mengelak membayar nafkah, antaranya kerana gagal berjumpa anak dan mengakui diri muflis, selain menipu tidak mempunyai wang sedangkan memiliki harta termasuk kereta dan rumah mewah.
Mengikut statistik JKSM, Selangor mencatatkan jumlah kes tuntutan nafkah tertunggak tertinggi iaitu 500 sejak 2008 dan 207 kes untuk tahun lalu sahaja, manakala Sabah (186) dan Wilayah Persekutuan serta Johor yang masing-masing mencatatkan 171 dan 142 kes untuk tempoh lima tahun.
Mohd Naim berkata, sejak 2010 kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta kepada BSK untuk membantu bekas isteri yang tidak mempunyai sumber pendapatan.
"Kita memang ada menyediakan bantuan kewangan kepada bekas isteri dengan memberi bayaran pendahuluan nafkah selama enam bulan.
"Bagaimanapun, ada syarat yang ditetapkan dan ia akan diberikan kepada pemohon yang layak sahaja," katanya.
Justeru, beliau meminta bekas isteri yang mempunyai masalah dalam soal pembayaran nafkah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan BSK.
Mengikut prosedur, katanya, pihaknya akan memberi nasihat supaya bekas suami dapat menyelesaikan tunggakan nafkah secara baik.
"Sekiranya bekas suami gagal membayar, BSK boleh arahkan majikannya membuat potongan gaji untuk membayar nafkah berkenaan.
"Jika masih ingkar, tindakan lebih tegas dikenakan yang boleh membawa hukuman penjara atau melelong harta untuk menyelesaikan tuntutan nafkah," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembab btol sistem negara.. Potong je la terus Dr kwsp bapak tu direct..
Heran jugak bapa takmo byr nafkah anak..tlg bg sb wahaai lelaki?mg tak wajib?bole msk syurga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:25 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 11-6-2014 11:20 AM
Lembab btol sistem negara.. Potong je la terus Dr kwsp bapak tu direct..
Heran jugak bapa takmo byr ...

malaysia tak de sistem centralise.

akak pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:31 AM | Show all posts
Akhirat nanti menjawab la dengan anak2 ye wahai bapok2 (eh silap, bapak) tak bertamadun
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:35 AM | Show all posts
contoh plng dekat
AC mizal kedekut taik kucing
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk lelaki biasa.. Mahkamah suh pay 300 utk each anak tu pon liat.Tp pay astro, top up broadband bole saje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 11-6-2014 11:25 AM
malaysia tak de sistem centralise.

akak pelik.

Agaknye sistem disini..lps cerai automatic darah daging dgn anak terputus teros?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:42 AM | Show all posts
mungkin lelaki mahu sembah wang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 11:43 AM | Show all posts
atas dunia...boleh la berpindah randah..akhirat nanti nak pindah kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:43 AM | Show all posts
singapore boleh buat potong gaji kenapa kita x boleh buat camtu? mungkin sbb singapore kecik kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:45 AM | Show all posts
kesian...yg ni maybe bapak2 yg betul2 dah xingat anak makan ke x...pakai baju ke x....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:48 AM | Show all posts
Tak malu betul lah lelaki melayu sunni mcm ni, patutnya nafkah anak adalah satu tanggungjwb tak payah naik turun mahkamah pun mmg kena bagi. Jenis takde tanggungjwb, takde integrity takde credibility!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:49 AM | Show all posts
macam bangsat, lepas tu berskandal ramai2 bleh plak....padahal menafkahkan anak2 adalah perbelanjaan paling mulia.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:52 AM | Show all posts
axl_bach posted on 11-6-2014 11:49 AM
macam bangsat, lepas tu berskandal ramai2 bleh plak....padahal menafkahkan anak2 adalah perbelanjaan ...

kalau mulia takkan la lelaki tu bercerai dan tinggalkan anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak berpoligami laju aja berhujah pasal sunah nabi, payung emas dll.

Tapi bab nafkah, mencicit lari...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:55 AM | Show all posts
noor2 posted on 11-6-2014 11:52 AM
kalau mulia takkan la lelaki tu bercerai dan tinggalkan anak bini

bab bercerai banyak faktor noor yg cantik rupawan.....yg tu malas laa nak ulas tp bab nafkah nih kejadah ape yg culas sgt nak bayor, benda wajib tuuuuuu.........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 11:56 AM | Show all posts
axl_bach posted on 11-6-2014 11:49 AM
macam bangsat, lepas tu berskandal ramai2 bleh plak....padahal menafkahkan anak2 adalah perbelanjaan ...

nak kena bela scandal pula...jadi budget utk anak dah xde..

lelaki xmampu macam ni je yang mampu berscandal..

xmalu dengan Allah,malu la dengan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:56 AM | Show all posts
~boolean posted on 11-6-2014 11:52 AM
Kalau nak berpoligami laju aja berhujah pasal sunah nabi, payung emas dll.

Tapi bab nafkah, menci ...

sbb bab poligami sedap dan mengasyikan.....bleh merasa pelbagai jenis saban hari.......yg nafkah nih nak kene kuar dari poket sendiri.....lahanat punya manusia

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:56 AM | Show all posts
apa dorg heran. mahkamah syariah m'sia bukan boleh buat apa pun klau dorg x bayar nafkah anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 11:58 AM | Show all posts
kenapa yer ramai lelaki yg mcam ni...
mcam la boleh terlepas dr tanggungjwb tu..
kalau x didunia..diakhirat kelak..
maybe kat dunia hidup masih senang lenang lagik, kaya raya, sihat walafiat, x de kurang apa pun...kena lak da ada bini baru & ank baru...
kesian ank2 yg terabai ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069589 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list