CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7294|Reply: 55

[Jenayah] Edisi Malaysia aman : Ditembak sampai gugur kandungan dan rakan lain diculik

[Copy link]
Post time 25-6-2014 09:34 AM | Show all posts |Read mode

Rosman (kiri) memegang jarum pelali yang digunakan pencuri untuk menembak lembu.

BESUT - Kejadian mencuri lembu dengan cara menembak menggunakan ubat pelali sebelum melarikan lembu berkenaan di sekitar Kampung Padang Buluh, dekat sini, kembali berulang selepas kejadian terakhir dilaporkan pada Mac lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, seekor lembu milik penduduk hilang dipercayai dicuri, bagaimanapun dua lagi tidak sempat dilarikan selepas pencuri terserempak dengan penduduk kampung.


Mangsa, Rosman Awang, 52, berkata, kejadian minggu lepas adalah kedua berlaku terhadap lembu peliharaannya pada tahun ini, selepas pertama kali berlaku pada akhir Mac lalu.

“Saya fikir pencuri yang sama kerana mereka menggunakan cara sama mencuri lembu yang dilepaskan di dalam ladang iaitu menembak dengan jarum yang mengandungi ubat pelali sebelum melarikan lembu tersebut.

Salah seekor lembu betina milik seorang rakan yang dijaga saya bernilai kira-kira RM1,500 telah hilang. Manakala, dua ekor lembu betina milik saya yang tak sempat dilarikan ditemui dalam keadaan separuh sedar serta terdapat jarum berhampiran lembu,” katanya.

Rosman berkata, salah seekor lembu yang tidak sempat dilarikan itu bunting dan akibat ditembak pelali menyebabkan ia keguguran, manakala anak lembu yang dilahirkan mati.
Menurutnya, dia terpaksa memberi lembunya air kelapa sebagai penawar selain memberi ubat.

“Akibat kejadian berulang itu menyebabkan penternak lembu di sini melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan lembu peliharaan, dan berharap pihak berkenaan mengambil langkah mengatasi masalah ini,” katanya.

Last edited by the_killer on 25-6-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 09:35 AM | Show all posts
cehh..lombu punya cerita ka
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:36 AM | Show all posts
aku ingt org da..haiyaaa...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:38 AM | Show all posts
ckenj posted on 25-6-2014 09:36 AM
aku ingt org da..haiyaaa...hehe

so kamu tak kesian dekat arwah baby lembu tu dan perasaan keluarga lembu itew?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:40 AM | Show all posts
kesian...mesti ibu lembu tu sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 09:42 AM | Show all posts
semoga roh baby itew dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2014 09:45 AM | Show all posts
#prayforlembu


::cuak baca title, sekali masuk, lembu rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:45 AM | Show all posts
zalimnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2014 10:02 AM | Show all posts
akakmasihvogue posted on 25-6-2014 09:40 AM
kesian...mesti ibu lembu tu sedih

mestila dah anak kan, mesti dia sedih
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:04 AM | Show all posts
perghhh ubat pelali ni kuat btol smpi boleh gugurkan bb lumbu.. sian mak lmbu tuh..

mana dpt jarom pelali n ubat tuh?? bese perhilitan atau vet je ada.. boleh sng2 je ke beli? tak mahal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:06 AM | Show all posts
lembu rupenya... ni mesti kes nak cari duit beli baju raya ... tak pon nk buat modal sewa tapak bazar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:07 AM | Show all posts
mengong tajuk......
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:08 AM | Show all posts
muo1202 posted on 25-6-2014 10:06 AM
lembu rupenya... ni mesti kes nak cari duit beli baju raya ... tak pon nk buat modal sewa tapak baza ...

xpun nk buat sate
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:18 AM | Show all posts
alahai...lembu punya cerita..

apa2 pun mmg kesian walaupun yg gugur hanya anak lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:20 AM | Show all posts
PANDAI TT BOH TAJUK
SYABASSS HIHIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:20 AM | Show all posts
the_killer posted on 25-6-2014 10:38 AM
so kamu tak kesian dekat arwah baby lembu tu dan perasaan keluarga lembu itew?

sy besymphy dgn nasib nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 10:21 AM | Show all posts
gempak betul tajuk

apa pun sian kat mama lembu tu sbb baby dia mati
org yg wat tu patut dihukum dgn tembak gak dgn ubat pelali keliling bdn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:47 AM | Show all posts
tajuk tak bleh bla....aduiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:53 AM | Show all posts
tajuk kan main....hawau tul
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 10:54 AM | Show all posts
tajuk tak menahan... bengong...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.234728 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list