Edited by maxim at 1-2-2015 09:43 AM
Eina Azman Bernikah Dengan Lelaki Sikh Hujung Tahun Ini
Pelakon wanita yang sering kali dilanda kontroversi, Eina Azman akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Sikh pada penghujung tahun ini.
Jejaka yang berjaya menambat hati gadis berusia 19 tahun ini, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada mulanya tidak mengetahui Eina adalah seorang pelakon kerana mengakui kurang mengenali nama-nama selebriti tempatan.
Eina mendedahkan sikap bertanggungjawab, matang dan suka menasihatinya, merupakan ciri-ciri yang ada pada Gurmet yang berjaya mencuri hatinya untuk menjalinkan perhubungan dengan jejaka tersebut.
“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami,” katanya memetik Harian Metro.
Sementara itu, Eina menyatakan perbezaan agama dan jurang usia yang besar bukanlah menjadi halangan buat mereka kerana ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam sedikit demi sedikit.
Last edited by maxim on 24-9-2014 02:27 PM
|