View: 4499|Reply: 23
|
5 kali gagal bunuh isteri
[Copy link]
|
|
Moscow: Seorang peniaga Russia yang tidak mahu berkongsi kekayaan dengan isterinya, menanggung kerugian lebih besar selepas ditipu lima pembunuh upahan palsu sebelum ditangkap.
Sebuah mahkamah di Moscow mengesahkan, Konstantin Monastyrsky, 47, dihukum penjara lapan setengah tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, Monastyrsky mendakwa isterinya kaki botol, tetapi tidak mahu menceraikannya kerana akan menyebabkan dia terpaksa menyerah separuh hartanya.
Monastyrsky sebaliknya merancang membunuh isterinya dan menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembunuh upahan.
Dia membayar 200,000 ruble (RM17,500) kepada lelaki itu.
Bagaimanapun, apabila tidak ada apa-apa berlaku, Monastyrsky menemui lelaki berkenaan semula sebelum menyedari dia pemabuk dan sudah menghabiskan semua wang terbabit untuk membeli arak.
Dalam pengakuannya kepada polis, Monastyrsky berkata, ia cubaan kelimanya untuk membunuh isterinya dan menghabiskan antara 100,000 hingga 500,000 ruble untuk setiap cubaan.
Kisahnya berakhir dengan isterinya menguasai semua hartanya. |
|
|
|
|
|
|
|
membazir je, kena tipu satu hal.. last2 wife die yg dapat .. hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Niat dah tak baik dari awal lagi.....tak berkongsi dengan isteri.... |
|
|
|
|
|
|
|
org tamak selalu rugi..
ade jugak yg kedekut ngn wife sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
O.T sikit.
kepercayaan orang cina, isteri kena di jaga elok elok.
kalau tak nanti bisnes tak bagus.
jangan kedekut dgn isteri.
sebab tu mereka kalau berskandal pun, isteri tak diceraikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
SUDAHNYA DAPAT KE BINI SEMUA |
|
|
|
|
|
|
|
azmyn posted on 18-8-2014 03:21 PM 
SUDAHNYA DAPAT KE BINI SEMUA
Dan dia terpaksa meringkup dalam penjara...........
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia-sia nak untung terus rugi |
|
|
|
|
|
|
|
seronokla bini dia menghabiskan harta laki..... |
|
|
|
|
|
|
|
amek kaw...kan dah mendapat..kedekut sgt..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
drpd kena bagi separuh, dah skrg semua reta bini dia dpt. dia mendapat penginapan percuma 8 tahun dlm penjara je. huhuhu. padan muka lah. xtau nk kata apa lg |
|
|
|
|
|
|
|
fail sungguh..tamak sgt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawaksssss..end up masuk jail tak dapat apa pun  |
|
|
|
|
|
|
|
xtau nk kesian kan ke or nk padankan muka ajer... itulah jgn tamak haloba sgt bang..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|