View: 6645|Reply: 52
|
[Jenayah]
ISIS suda kembangkan sayap pengganas ke Malaysia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia berjaya mematahkan beberapa perancangan kumpulan militan radikal untuk mengebom beberapa tempat di sini yang didorong oleh tindakan pergerakan ekstremis jihad Syria.
Timbalan Ketua Bahagian Antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin, berkata 19 militan yang disyaki itu yang ditahan antara April hingga Jun lalu yang merancang untuk mengebom pub, disko dan kilang pengeluar bir Denmark di sini.
Beliau berkata, berkata anggota kumpulan itu yang semuanya rakyat Malaysia, berhasrat mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khalifah Islam di Asia Tenggara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura, serta bercadang ke Syria untuk belajar dari pergerakan Negara Islam dan Levant (ISIL).
Perancang itu termasuk membabitkan golongan profesional dan dua suri rumah.
Mereka masih di peringkat awal perbincangan mengenai perancangan itu dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan untuk membuat bom, katanya.
Tujuh orang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.
"Mereka merancang untuk melancarkan kempen keganasan dan perjuangan bersenjata dan mati syahid," kata Ayob Khan.
Polis percaya rakan yang bersubahat dengan mereka masih lagi berada bebas di luar.
Sesetengah daripada mereka ditahan di lapangan terbang dalam perjalanan untuk ke Turki dan Syria bagi menjalani latihan dan memperoleh bantuan lain daripada ISIL.
Perancang Malaysia itu berusia antara 20 dan 50 tahun. Sesetengah mereka yang ditahan sudahpun diumumkan oleh pihak berkuasa, tetapi pihak polis masih belum memberi maklumat terperinci mengenai perancangan dan iedologi anggota kumpulan yang disyaki itu.
Ada yang sudah memulakan kempen mengumpul wang termasuk menerusi Facebook, untuk ke Syria atas alasan untuk melakukan kerja kemanusiaan, kata Ayob Khan.
"Ketika polis menyoal siasat, mereka bercakap mengenai ideologi ISIL, termasuk pembunuhan orang tidak bersalah dan juga orang Islam yang tidak menyertai kumpulan itu," katanya.
Bar dan kilang arak berdekatan Kuala Lumpur adalah antara sasaran mereka kerana pengambilan alkohol dilarang oleh Islam, katanya.
Ayob Khan berkata suspek juga berharap untuk mewujudkan rangkaian dengan sel ISIL global dan serantau.
Katanya, polis percaya sehingga 40 rakyat Malaysia sudah ke Syria bagi menyertai perang sivil di sana.
Menurut laporan media tempatan, seorang pekerja kilang berusia 26 tahun, Ahmad Tarmimi Maliki pernah meletupkan 25 askar elit Iraq dalam serangan pengeboman kereta di sana, Mei lalu. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
ISIS kill innocent people! |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk menakutkan betol.Guna keganasan macam dah takde cara lain jemah? |
|
|
|
|
|
|
|
Meleis dgn keganasan bagai aur dgn tebing. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la....
ummah2 meleis yg suka kira dosa and pahala org suke la tu dgn keganasan mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
anggaran mmg byk kepala kne pancung nti kt mesia
ala ala penjajahan jepun |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Ujongs pon termasuk sekali |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ade yg belen2 militan yg masih berkeliaran kat Meleisia...
jejage la korang.... |
|
|
|
|
|
|
|
abihla...set2 kiasu mesti lari dok belakang pokok petai sambil menyammar jadi petai.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lina66 posted on 20-8-2014 08:16 AM
mesti ade yg belen2 militan yg masih berkeliaran kat Meleisia...
jejage la korang....
Yang kau sendriik harbor dalam bilik bomb shelter pigeon hole kau...Belen berapa lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmna dorg bole jd taksub isis? kene rasuk ke hape? cmna isis tu bole sampai seruan depa kat militan2 tu semua? |
|
|
|
|
|
|
|
tindakan mereka mengebom kilang arak |
|
|
|
|
|
|
|
ni geng ISIS CI bila Polis nak tangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 20-8-2014 08:10 AM
anggaran mmg byk kepala kne pancung nti kt mesia
ala ala penjajahan jepun
mereka tak pancung..mereka sembelih mcm sembelih lembu gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cak! posted on 20-8-2014 08:50 AM
tindakan mereka mengebom kilang arak
Sesetengah orang entah IQ dia mmg rendah semulajadi atau rendah krn diperbodohkan?
Kalau ikut teori awak, adakah orang hindu boleh mengebom tempat sembelih lembu?
keganasan dgn xxxxx bagai aur dgn tebing?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya nnt adelah poremer masuk pastu komen 'islam itu agama keganasan' |
|
|
|
|
|
|
|
Nak mati Syahid, tapi cara perang dia boleh membuatkan orang biasa terbunuh..
nak perang ikut islam, tapi tak tau caner nak perang cara islam...
dungu nyaaaaaaaaa.... banyak set2 meleis caprut camnih.. nak shortcut pi sorga kekdahnya... ahahhahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Terroris isle!
bukan ke ramai orang isle memuji isis? Ada yang sanggup pergi keluar dari Malaysia untuk Bantu isis tu, Last edited by LUNCH on 20-8-2014 09:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|