View: 12484|Reply: 78
|
[Tempatan]
Brahim's: Kami dijadikan 'kambing hitam'
[Copy link]
|
|
Ibrahim Haji Ahmad Badawi
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Syarikat pembekalan makanan kepada Malaysia Airlines (MAS), Brahim's Holdings Bhd. (BHB) menganggap mereka telah dijadikan 'kambing hitam' sebagai pihak yang harus dipersalahkan terhadap prestasi buruk kewangan syarikat penerbangan negara itu.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi berkata, pihaknya kecewa terhadap perkara tersebut memandangkan tuduhan dibuat tanpa menilai kedudukan sebenar kontrak 25 tahun antara BHB dan MAS.
Katanya, tempoh kontrak yang panjang itu perlu memandangkan sewaktu BHB mengambil alih kepentingan di dalam syarikat pembekalan makanan MAS Catering Sdn. Bhd. pada 2003, mereka telah membelanjakan RM170 juta untuk membeli kepentingan itu selain terpaksa menanggung hutang terkumpul MCSB iaitu RM240 juta, selain terus mencatatkan kerugian RM40 juta setahun.
Menurutnya, ketika itu MAS Catering mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM240 juta, dana pemegang saham yang negatif dan menanggung kerugian RM40 juta setahun untuk operasinya serta mewarisi semua 'lejar tidak seimbang' syarikat itu.
"Konsesi 25 tahun diperlukan bagi memastikan pembeli mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan kembali pelaburannya, tidak seperti projek lain yang diselamatkan.
"Menerusi penjualan itu, jelas pembeli memerlukan sedikit jaminan kesinambungan perniagaannya. Ia tidak boleh dibandingkan dengan kontrak lain dalam MAS yang secara umumnya akan diperbaharui dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas tamat kontrak," katanya.
Menurutnya, hasil kerja keras selama 10 tahun, akhirnya menyaksikan kerugian terkumpul MAS Catering sebanyak RM240 juta, berjaya diselesaikan dan mencatat keuntungan operasi dua tahun lepas.
"Kami mengurangkan pembaziran, pekerja dikurangkan sebanyak satu pertiga kepada kurang daripada 1,200, menambah 12 pelanggan baharu dan menambah pengeluaran hampir dua kali ganda," kata Ibrahim.
"Meskipun MAS membayar membayar kira-kira RM260 juta kepada syarikat itu setiap tahun ke atas perkhidmatan yang diberikan, jumlah itu hanya 1.6 peratus sahaja daripada keseluruhan kos operasi MAS.
"Sumbangan dari segi kos yang tinggi adalah pembayaran gaji dan elaun kakitangan serta bahan api," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140826/ko_01/Brahims-Kami-dijadikan-kambing-hitam#ixzz3BSFCC1ZW
|
|
|
|
|
|
|
|
MAS dah mula menggila dah...tu la sblm ni membazir tak ingat dunia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Ibrahim Ahmad Badawi ..
kalo la datuk ibrahim ni join politik dn jd PM dulu...
mesti ABdullah ahmad badawi bukak sykt katering dn diberi nama Dollah... |
|
|
|
|
|
|
|
Punai sihat MAS ni kan ke Abdullah Ahmad badawi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rase sebab kan brahim ni...byk sgt faktor lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
pui, makanan yg dibekalkan dh jatuh standard berbanding dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg elok pun MAS jatuh....
Pengurusan derang hire semua stok senang lenang, malas, makan gaji buta... tau nak mudah jek...
kerja tak buat.. now its time to collapse... bagus sangat...
selagi meleis caprut dok jaga periuk nasik kabel2... selagi tu ler hancor...
sama la etika2 pekerja meleis yg kerja di syarikat2 besar.. atau syarikat2 nasaro.. semua stok nak hebat, nak kasta, nak dok kat atas.. fairwork rights takde langsung....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontrak catering selama 25 tahun...beribu ribu...taniya...
Takkan sepuluh tahun baru reach ROI kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami nak tahu siapa yg pi supply nasi lemak
|
|
|
|
|
|
|
|
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo flight tu 3 org je naik.
and kontrek depa foreverrrrrr..
|
|
|
|
|
|
|
|
kos bahan api??? oooo nak salahkan anak mahathir yg own Petron lah ye???
nampak x permainannya di situ??
apa lagi pengikut setia Mahadewa, ayuh mulakan kerja mencaci family Pak Lah ini agar maruah keluarga Mahadewa terpelihara... |
|
|
|
|
|
|
|
supersudoku posted on 26-8-2014 09:51 AM
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo fl ...
yang jadi persoalan....sapa yang buat perjanjian macam tu? berahim sudah pasti takan sesuka ati charge flight penuh
tapi bab nasi lemak dah takda ikan bilis dulu...MAS ada terbabit jugak ke dlm conflit tu
|
|
|
|
|
|
|
|
zainuddinmaidin posted on 26-8-2014 09:50 AM
Kami nak tahu siapa yg pi supply nasi lemak
Nampak tak menyelerakan |
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 26-8-2014 09:46 AM
Kontrak catering selama 25 tahun...beribu ribu...taniya...
Takkan sepuluh tahun baru reach ROI kot? ...
untung slps tolak yg masuk poket |
|
|
|
|
|
|
|
supersudoku posted on 26-8-2014 09:51 AM
from what i heard, dari pilot sendiri.
berahim catering ni akan charge harga flight penoh evendo fl ...
Brahim mmg antara penyumbang besar kerugian MAS. Kos bahan api bukan faktor sbb MAS Kargo catat keuntungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan tak best mcm dulu, long haul baik naik emirates, lg sedap hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
syarikat bekal makanan ni, termasuk bekalkan arak sekali tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Company mana yg buat utk MAS masa 90an? Masa tu THE BEST segalanya.. nasi beriani so tasty, chicken juicy, nasi lemak very coconuty.. aiskrim haagen dazs sebagai penamat/snacks.. bukan magnum hokey.
Brahim pun sedap jugak.. diorang buat utk airline yg singgah pun sedap. Lagi sedap dari catering airport oversea. Cuma tu la.. 25 tahun??! |
|
|
|
|
|
|
| |
|